Wednesday, March 2, 2011

PELAPIS 2011

Bismillahirrahmanirraheem


Selesai sudah program PELAPIS 2011 untuk generasi kepimpinan tahun ini.Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada bakal pimpinan amal Islami di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah berkenaan cara bekerja dalam organisasi dan kepentingan rasa persaudaraan Islam, UKHUWWAH.

Aku hanya boleh menarik nafas lega dapat meluangkan masa dengan generasi baru sekolah lama aku ni. Nak tak nak, aku mengakui banyak benda yang aku terlepas pandang semasa aku di sekolah dahulu. Inilah peluang supaya mereka tak mengulangi kesilapan aku dan rakan-rakan.

Peluang bagi kami  mewasiatkan apa yang kami tahu agar anda punya titik rujukan.

Menghadirkan diri supaya anda tahu anda tidak keseorangan.

Memberitahu anda semua apa yang kami, generasi pendahulu tak tahu semasa berada di umur anda semua.

Memberikan anda sokongan yang kami tidak peroleh.

Menjadi tangan pembimbing yang dahulu kami tak sempat hendak sambut.

Menjadi pendengar yang tak sempat kami luahkan kepadanya masalah-masalah kami.

Menjadi contoh yang kami dahulu tak sempat bertemu dan belajar daripada mereka.

Semoga generasi kamu menjadi pembawa panji-panji ini dengan IZZAH dan IMAN.


Dan terus teguh dan TSABIT di medan ini.

Tiada harta yang lebih baik untuk diFARAIDHKANkan melainkan ilmu, hikmah dan pengalaman. Ke gone?

0 comments:

Post a Comment