Bismillahirrahmanirraheem
" Ada apa-apa ana boleh tolong?"
" Tak payah la tuan pengarah, nak susun bahan-bahan bengkel je ni."
Tuan pengarah tampak letih dan tertekan, saya lebih suka jika dia duduk sebentar dan berehat. Jangan push yourself too hard.
Persediaan untuk bengkel pada pukul 2.30 petang ini saya cuba siapkan. Alhamdulillah, bukan sahaja saya dan Latiff yang perlu mengendalikan bengkel. Kedapatan beberapa orang pemerhati yang menghadapi situasi seperti kami. Sempat kami berkumpul semalam untuk membahagikan tugas dan berbincang tentang pengisian.
...........................................................................................
" Apakah hasil kita mahukan setelah peserta mengikuti bengkel?"
" Apakah item-item yang perlu kita sampaikan kepada mereka?"
" Bagaimana kita ingin menyampaikan mesej agar mereka faham?"
Lega dapat berbincang, mahu kami perlu buat segalanya secara sendirian, boleh jadi hancur bengkel!
" Ana ambik bengkel SWOT."
Latiff memilih untuk berkongsi tentang muhasabah kemampuan organisasi, sesi kenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman.
"Kalau macam tu, ana ambil sesi perancangan program."
Dan disini saya sedang bergegas ke dewan untuk memulakan sesi pembentangan saya. Kelihatan dewan sudah pun penuh dengan perwakilan-perwakilan, hanya menunggu si pembentang yang setahun jagung ini berkongsi sedikit ilmu.
" Halim, ana serahkan majlis ni kepada anta eh? MC dah ready dah tu"
" Bagi ana rilek kejap, penat berlari dari bilik gerakan. Anta suruh budak-budak ni nyanyi lagu tema dulu."
"Okay, okay. Anta bernafas dulu, lagipun budak-budak ni tak bertenang lagi ni."
Hasbullah memegang unit protokol. Semuanya ad-hoc bak kata orang kat sini. Masa untuk membakar semangat nampaknya, sememangnya sesi yang tidak asing bagi otai protokol kami ni.
"Perwakilan?"
"Terbaekkkkkk!"
Ingat item-item yang kau nak rantai-rantai perjuangan ni faham.
"Okay, okay. Anta bernafas dulu, lagipun budak-budak ni tak bertenang lagi ni."
Hasbullah memegang unit protokol. Semuanya ad-hoc bak kata orang kat sini. Masa untuk membakar semangat nampaknya, sememangnya sesi yang tidak asing bagi otai protokol kami ni.
"Perwakilan?"
"Terbaekkkkkk!"
"Perwakilan?"
"Terbaekkkkkk!"
"Perwakilan?"
"TERBAEEEEKKK!"
"Sementara kita menunggu Ustaz Abdul Halim menyediakan bahan-bahan untuk sesi beliau, ana nak dengar sekali lagi antum nyanyikan lagu tema KONPIP, boleh?"
"Boleh!!!!"
"Sementara kita menunggu Ustaz Abdul Halim menyediakan bahan-bahan untuk sesi beliau, ana nak dengar sekali lagi antum nyanyikan lagu tema KONPIP, boleh?"
"Boleh!!!!"
"Perwakilan?"
"Terbaekkkkkk!"
Gulp, tertelan air liur. SAYA? USTAZ? Hasbulllah ni.
Huuuuuh, bertenang Halim nye oiiii. Tumpu kat pengisian lepas ni
.....Adakah kau lupa.....
Ingat flow majlis yang kau dah tetapkan semalam
.....Kita pernah berjaya.....
Ingat item-item yang kau nak rantai-rantai perjuangan ni faham.
.....Adakah kau lupa.....
Jangan risau kalau ada benda yang kau terlepas, ada fasilitator-fasilitator hebat-hebat yang membantu kau.
.....Memayungi, dua pertiga dunia.....
First step nanti tayang video GHAZWATUL FIKR then cuba kaitkan bengkel ni dengan keadaan umat Islam semasa dan usaha kita untuk membetulkan keadaan.
.....Budaya Islam di serata dunia......
Cakap nanti slow and steady, ingat yang kau ni jenis cakap cepat.
.....Adakah kau lupa.....
....................................................................................
" Ustaz Halim, boleh mula dah ke?", tanya MC dari perwakilan.
" Ah? Owh. Biar ana tayang video dulu eh, ana tahu antum semua letih."
Biar SAYA ya bertenang dahulu untuk 7 minit lagi, saya tak nak anda mendengar seorang lelaki yang bercakap bukan-bukan di depan anda semua.
Saya sedar, sekalipun anda semua tidak dapat tangkap dan faham apa yang saya bakalkan sampaikan, sekurang-kurangnya ilmu yang anda peroleh menjadi hujjah saya di mizan kelak.
Dan menjadi sebahagian daripada pelita yang anda bawa di jalan yang berliku ini.
"Ballighu anni walau ayah"
Bergema sabda Nabi di minda.
Dan 7 minit yang dimuatkan dengan tayangan video sudah berakhir.
" Tanpa membuang masa, saya mempersilakan Ustaz Halim untuk mengendalikan bengkel pengurusan program, falyatafadhal masykuraa."
"Bismillahrrahmanirraheem."
Ya Allah, ikhlaskanlah niatku.
(Bersambung.......)
ameen... saya setia dengan sambungan Doktor Abd Halim.../ Ust Abd Halim...
ReplyDeleteflexible org kg kabo...hehe
hebat lim, hebat..
alhamdulillah.. :)
ReplyDelete