Monday, March 7, 2011

KONPIP 2011, 1st Day

Bismillahrrahmanirraheem

" Masya-Allah, Halim! Mari masuk! Mari masuk!"

Sahut sahabat saya Hasbullah tika saya menjengah masuk tingkap dewan makan Sekolah Menengah Al-Maidah Ad-Diniah, Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang.

Tangannya aku sahut, terasa erat genggaman, sahabat Mesir yang dicutikan ini sudah lama aku rindu.

"Ya Latiff!!"

Disapa pula sahabat yang datang bersama, Abdul Latif. Juga dicutikan sempena Muzaharat di bumi Mesir.

-As-Sabiqin KONPIP 2010-
Sudah lengkap kini kehadiran kumpulan As-Sabiqin yang sudah lama meninggalkan KONPIP.

Kami pulang sebagai pemerhati, ingin melihat bagaimana usaha generasi baru menguruskan Konvensyen Pelajar Islam Pahang (KONPIP) sebagai platform meletakkan visi amal islami di sekolah-sekolah agama negeri Pahang.

Besar misi mereka, sebagaimana besar misi yang kami dahulu juga pikul untuk melihat perubahan di bumi kami sendiri.

" Eh Halim, Latiff, Ustaz nak pergi bandar kejap ni. "

"Owh, sori ustaz, kami bawak turun dulu barang-barang kami."

-Syukran Ustaz Hasbullah atas kesudian beliau menghantar kami-
Terlalu leka bermesra, lupa pula kepada Ustaz Hasbullah, guru penasihat badan dakwah sekolah saya yang bermurah hati menghantar kami ke lokasi KONPIP.

Langit menjelang maghrib mula terkuak, titisan hujan mula merintik. Ustaz Hasbullah sudah berangkat ke bandar Kuala Lipis, kami meletakkan beg-beg kami sementara di dewan makan.

Tiba-tiba Hasbullah menarik tangan saya dan membisikkan dengan perlahan,

"Halim, ada benda ana kene bagitau anta dengan Latiff lepas ni"

Tersenyum. Saya sudah menjangka.

................................................................................

"Assalamualaikum warahmatullah."

"Assalamualaikum warahmatullah."

Usai solat maghrib, saya mengajak Hasbullah ke dewan makan sementara peserta-peserta KONPIP mendengar kuliah maghrib. Latiff turut bersama.

"Kita buka majlis kita dengan Ummul Kitab Al-Fatihah."

Kami duduk dan memulakan bicara dengan surah yang mulia.

Melihat riak muka Hasbullah, saya sudah menjangka apa yang ingin diluahkan.

" Ada apa Hasbullah?"

"Ada isu sikit la Halim, macam ni........"

Mendengar penjelasan Hasbullah, saya mula cemas, Latiff juga begitu. Nampaknya ujian KONPIP tahun ini turut menimpa kami. Saya dan Latiff perlu mengendalikan bengkel. Kehadiran moderator yang dijemput tidak dapat dipastikan, tetapi terlalu besar kemungkinan mereka tidak mampu meluangkan masa memberi pengisian.

Makluman kepada kami? Hari pertama program.

Persediaan? Kosong.

Kami membentang untuk program apa? Konvensyen peringkat negeri.

Bila waktu bengkel kami? Esok.

Rasa cemas kami? Hanya Allah yang tahu.

Kami tidak mahu menyalahkan sesiapa, kami ingin memberi penyelasaian. Kami saling berpandangan, Latiff juga faham.

" Bagitahu kami situasi program."

(Bersambung.......)

2 comments:

  1. macam cerpen ...bes2...cepat sambung...

    ReplyDelete
  2. jangan lupa update pasal anak2 buah bawah group enta. nak tgk perkembangan adik ana.dia anak sulung lelaki dlm keluarga, besar harapan ayah kami nak tgk dia jd org berguna.

    ReplyDelete