Sunday, April 10, 2011

Mana Penyelesaiannye?

Bismillahirrahmanirraheem


Mengelamun, contemplating, muhasabah.


Apa lagi yang kita buat salah sebenarnya?


'Ana mencadangkan agar kita buat ceramah berkaitan isu ni untuk menyelasaikan masalah....'


'Saya rasa kita kena buat konsert Islamik supaya budak-budak ni lebih tertarik dengan hiburan yang Islamik dan cara untuk menarik minat mereka..............'


'Aku rasa kita kena anjurkan forum untuk mencerahkan...............'

Sudah diadakan ceramah.


Sudah diadakan konsert Islamik


Sudah diadakan forum.


Tapi dan saya tekankan, TAPI, masalah-masalah ni masih lagi persistant. Bukan di kampus sahaja ya? Temanya sama sahaja dalam semua peringkat masyarakat, bezanya siapa yang buat masalah tu.

Masalah apa anda tanya? Listkan semua gejala sosial, keruntuhan akhlak dan kegiatan mungkar yang wujud sekarang, tu lah masalah yang kita tengah hadapi.


Mana salah kita sebenarnya eh dalam menyelesaikannya semua?


Ceramah dan Forum tu...


'Eh, ada ceramah la malam ni.'


' When Adam meets Hawa, pergh! Macam best je. Jom pergi, jom pergi!'


'Ajak ramai-ramai!'


Mungkin ini kot bayangan yang kita ada sebelum kita buat ceramah, forum dan seminar. Nak-nak isu cinta, hubungan lelaki ngan perempuan kan? Yang ramai datang pula bukan mereka yang mengamalkan cinta larangan. Tema-tema yang diketengahkan pula kadangkala melebihi pemahaman orang ramai atau kurang kesesuaiannya.


"Kahwin muda, 8.00 malam, Dewan Abdul Halim Hazwan"


O.o


Tu tak masuk lagi ceramah, forum, seminar yang tak ada planning, speaker pakai hentam je apa yang dia rasa bersesuaian dengan tajuk. Commitee tak briefing tentang tujuan event, hadirin yang datang, atau isu yang perlu dijelaskan kepada speaker. Lagi teruk bagitahu last-last minute.


Akhirnya,yang patut datang tak datang, yang patutnya tak datang dan fokus dalam benda lain pula yang datang, yang datang tak faham, yang dah faham makin faham tapi tak tahu cara nak memahamkan orang lain, apa yang patut difahami tidak difahamkan dan apa yang tak patut difahami difahamkan secara partially sebelum masanya ia difahamkan.


Hmmmmm....


Konsert dan Pesta Hiburan Islamik pula


'Fewwwwitttt!'


'BOOOOOO!!'


'HAHAHAHA!'


Event-event sebegini menjadi satu lagi medium untuk mereka mengamalkan hedonisme, bukan tapak perubahan. Nak kata bawak mesej Islamik, errrr, mungkin lagu atau tema yang dibawa mengandungi simbol-simbol Islamik.


Kisah-kisah sahabat, perjuangan di Palestin, seruan ke arah akhlak mahmudah, cinta kepada Allah, etc.


Tapi la kan, mengikut hemat saya diaorang datang ni bukan untuk mesej tu, tapi lebih kepada menikmati persembahan. Bunyinya, iramanya, suaranya, nadanya, gimiknya.


Sepertimana mereka menikmati lagu-lagu yang dikategorikan 'lagha', its all about the beat and rythm man!


Yang disampaikan bukan HIBURAN ISLAMIK, tetapi kemampuan mereka yang ISLAMIK untuk MEMBUAT PERSEMBAHAN.


Hmmmm.....


Mengapa ni?




We are now at a crossroad.


Kita kini berada di suatu persimpangan, sama ada kita sanggup untuk mengkritik usaha kita yang selama ini yang kurang efektif, atau terus berpaling dan mengulangi segala-galanya.


Kita buat usaha..


Yang datang bukan golongan sasaran.


Yang datang tak minat.


Mereka terus di pinggiran.


Generasi yang menggantikan kita pun turut sama dengan tradisi yang sama.


Saya tak katakan tak berkesan tapi kurang berkesan. Siapa boleh sangkal yang ada antara mereka yang sedar dan bangkit setelah menerima hidayah melalui wadah-wadah ni?


Hidayah tu macam belon yang terapung merata-rata di awan sana, usaha yang kita buat seperti melontarkan anak panah secara rawak ke atas. Mungkin kena, mungkin tidak.


Tapi pemanah boleh ditrain supaya target satu-satu belon tu, kalau ada angin tolak itu QADAR Allah.


Mungkin kita tak gunakan anak panah yang lebih aerodinamik, sebab tu la tak sampai kat belon atas nun.


ATAU busur yang kita guna tak kuat atau efisyen, tenaga elastik daripada tali busur tidak dapat disalurkan sepenuhnya kepada anak panah yang dilancarkan. Bunyi je kuat, nampak je lawa tapi takleh nak deliver ke atas sana nun. ( Yang ambik physics tu boleh la syarahkan sendiri eh?).


ATAU cara dan angle kita lepaskan anak panah tu salah. Kita terus target straight line, buat linear release, rasa macam terus sampai, tak pertimbangkan pula tarikan graviti ke atas projectile, arah angin yang boleh merubah arah anak panah dan jarak kita dengan sasaran yang terlalu jauh. ( Sekali lagi, sila rujuk kitab  physics yang dah berhabuk tu)


ATAU kita target belon yang salah. Belon ada yang terbang melayang kat atas sana, ada yang rendah sikit. Patutnya target belon yang kita sampai bukan yang jauh tu.


Muhasabah balik.


Apa sebenarnya yang kita nak diaorang terima dan faham?


Adakah ia cara berhibur dalam Islam? Hubungan lelaki dan perempuan dalam Islam? Makan dalam Islam? Pemakaian dalam Islam? Ibadah dalam Islam? 


Atau mengapa mereka perlu ikut jalan yang Islam susun dan atur dalam perkara-perkara tersebut?


MENGAPA PERLU ISLAM DALAM SEGENAP KEHIDUPAN KITA?


MENGAPA PERLU DITOLAK KEHIDUPAN YANG BUKAN ISLAM DALAM HIDUP KITA?


Jalannya pula? Boleh ke dengan bagi ceramah atau forum yang rata-ratanya mereka semua ni malas nak dengar?


Boleh ke pula dengan program ONE-SHOT, sekali buat je, segala masalah ni dapat diselesaikan?


Haaaa, pikir-pikir!

.............................................................


Payah nak telan?


Tak payah telan takpe, apa saya katakan ni hanyalah kata-kata manusia biasa, berdasarkan pengamatan yang terbatas, pemikiran yang cetek dan personaliti yang tidak melayakkan beliau untuk menyampaikan mesej ni.


Boleh jadi analisis dan pengamatan yang saya buat ni salah.


Boleh jadi saya ni tak matang, sebab usaha yang dilakukan selama ni ada planning sebenarnya, ada step-by-step procedures yang sudah lama dicanang tapi saya je yang jahil sangat tak tahu.


Boleh jadi penyelesaian yang saya utarakan tak tepat, anda punya laaagi tepat.


Tapi MASALAH yang berada di hadapan kita PASTI, ia bukan IMAGINASI atau HIPOTESIS atau TEORI.


Rasanya yang terlibat dalam USAHA-USAHA ni ada, tapi entahlah, impaknya KURANG nampak.


Termasuk tukang karut yang sibuk menekan kekunci ni.


Tapi sekurang-kurangnya saya telah tiba kepada satu kesimpulan yang penting.


Telah tiba masa kita break free from the vicious cycle!


(Segala yang tercatat adalah muhasabah diri sendiri yang ingin dikongsi, kalau ada manfaat sila-silalah ambil.)

3 comments:

  1. sudah tiba masanya lim, sudah tiba!

    ya. kita perlu back to the basic..

    perkara basic dalam islam banyak lagi belum kita mantapkan..jadi

    KEMBALILAH!

    ReplyDelete
  2. betul..back to basic..macam Hasan Al Banna pilih..

    ReplyDelete
  3. Fikrah begini perlu disatukan dikalangan yg mempunyai matlamat yg sama & hasil yg lebih efektif akan terhasil.
    Insyaallah.

    ReplyDelete