-Bismillahirrahmanirraheem-
Setiap perkara ada timbangannya.Tinggi rendah, panjang pendek, ada skala dia. Kata-kata pula bagaimana? Bagaimana kita mengukur kata-kata seseorang ya?
Tatabahasa? Kalau begitu ada sahaja cakap orang kampung yang tunggang langgang tapi lebih didengari dari cakap orang akademik. ( tapi tak semua orang kampung macam tu eh?)
Kehalusan bahasa? Kadang-kadang bahasa yang simple dan kasar lebih diterima dari yang berlenggok lentok. Pernah kena 'pangkah' dengan kawan? Haa, macam tu la rasanya.
Cakap yang berapi? Ada sahaja mereka yang menguap sekalipun ada speaker yang begitu bersemangat menghamburkan kata-kata di hadapan.
Bagaimana? Apa sebenarnya menjadi timbangan kata-kata, yang membezakan nilai dan keberatannya?
Kata-kata Ibu
'Hazwan, kau ni mengapa la suka sangat ponteng kelas? Penting sekolah tau?'
'Cikgu hairan betul la dengan kamu Hazwan, mengapa la kamu suka sangat dengan bendang bersemak tu?'
Hazwan buat-buat tak dengar teguran rakan sebelah dan guru, sudah seminggu mejanya di dalam kelasnya tidak berpenghuni. Habuk yang sudah mula terkumpul di atasnya, tak cuba lansung dia bersihkan. Sekalipun kelas berlansung, buku tidak pernah berkuak sehinggalah disuruh cikgu kerana pandangannya sentiasa dilontarkan ke hijau girang sawah padi di luar. Sejurus bunyi loceng terakhir berkumandang, dia terus bergegas ke rumah, diendahkan pandangan dan lirikan mata masyarakat sekolah.
'Siapa kau nak tegur aku?' Getus hati kecil Hazwan.
Dalam langkah kecilnya menuju ke pagar rumah, dilihat ibunya yang sudah lama menanti di daun pintu. Hazwan tunduk, terasa bagai ada sesuatu yang sedang meliputi jasad.
'Assalamualaikum.'
'Waalaikmussalam', salam dibalas oleh satu suara yang lembut.
Ditundukkan pandangannya, Hazwan terus menanggalkan kasut dan mengangkat kaki memasuki rumah, ibunya masih di daun pintu, melihat keluar tanpa berkata apa-apa.
Hazwan tahu dia tidak patut berkelakuan begini. Ibunya pasti ingin mengatakan sesuatu. Terhenti dalam langkah, Hazwan kini membelakangi ibunya. Digenggam erat tali galas beg, dia sedia untuk mendengar.
'Hazwan...'
'Ya mak?'
Sepi sebentar. Mungkin hikmah ibu sedang memainkan peranan, menenangkan dahulu si anak yang sedang keliru.
'Mak tahu Hazwan tak suka sekolah. Mak pun tahu Hazwan selalu ke tepi bendang yang abang kamu selalu bawa kamu pergi, tapi itu bukan sebab yang baik untuk Hazwan tak pergi sekolah.'
Hazwan hanya senyap membatu. Benar kata-kata ibu.
'Abang kamu tu dah habis belajar kat sekolah menengah dengan kamu. Dia dah lepas tingkatan 5, kamu tahun ni tingkatan 2. Tapi abang kamu berhenti belajar tak?'
Senyap lagi. Hazwan memang sudah tahu. Dirasakan lembut tangan ibu mengusap kepalanya.
'Esok Hazwan pergi sekolah belajar betul-betul ya?'
Terasa sebuah kucupan di atas kepala. Ibu terus berlalu ke dapur, tidak mengatakan apa-apa. Hazwan masih berdiri disitu.
Dia terasa tidak dihukum, tidak dipandang serong. Kata-kata yang didengarnya benar-benar terbit dari lisan insan yang menyayanginya.
Dalam seni hatinya, tersemai azam untuk pergi ke sekolah esok hari.
Girang Saiyidatina Aisyah mendengar titipan doa Rasulullah S.A.W. Diriwayatkan Humaira ketawa sehingga kepalanya jatuh ke riba.
Lalu Rasulullah S.A.W. bersabda: 'Adakah doaku menggembirakan engkau wahai Aisyah?'
'Mana mungkin saya tidak dengan doa sebegitu Wahai Rasulullah?' Jawab Aisyah r.a.
'Demi Allah! Inilah doa yang aku sentiasa panjatkan untuk ummatku!'
Satu jawapan yang betul-betul mantap dan layak dengan KERASULAN-mu ya Nabi Muhammad S.A.W!
Bagaimana nilai dan peribadi yang kita ada berbanding Rasulullah dalam menyampaikan kebaikan dan mencegah kemungkaran?
Hmmm, mungkin inilah sebab nasihat kita kurang berkesan, sehingga lansung tiada nilai apabila dihadapkan ke timbangan kata-kata. Wallahua'alam, apa yang saya katakan hanyalah hasil cerap deria kurniaan-Nya.
Namun khabar baginda S.A.W dari kata-kata, perbuatan dan taqrir adalah hujjah yang wajib dipertimbangkan dalam segala gerak-geri hidup kita.
Berapa berat rasanya ya coretan saya ni?
Masa untuk merujuk ke timbangan kata-kata, timbangan niat dan prinsip.

........................................................................................
Apakah beza kalimah ibu dengan mereka yang lain? Ingin dikatakan apa yang cikgu, rakan-rakan dan kenalan nasihatkan kepada Hazwan lain, saya rasa sama sahaja.
Pergi sekolah, jangan sedih, abang kamu masih sambung belajar.
Tapi apabila ibu memberi nasihat yang sama, hati Hazwan terus terbuka.
Apa yang saya tahu, kata-kata kita dinilai daripada niat dan prinsip ketika kita mula melafazkan sesuatu. Jika disampaikan sesuatu dengan bersahaja, niat dan prinsip kita akan dizahirkan dengan cara kita melayan si pendengar.
Tidak memandang muka si pendengar, suara kita hapak dengan perasaan malas dan terpaksa.
Lebih teruk lagi jika berbaur sinikal seolah-olah mengatakan 'AKU LEBIH SUCI DARIPADA ENGKAU'! Teguran diberikan dengan rasa bangga dan takabbur kerana melihat orang lain lebih teruk daripada kita, teguran yang menjadi penzahiran penyakit takabbur yang sangat halus.
Selepas itu dijustifikasikan sebagai hikmah kerana dianggap yang ditegur keras kepala.
'Orang hati gelap kita kena genyeh sikit! Baru tanggal karat!'
Saya tidak mengatakan segala teguran keras lahir dari sifat yang sinikal, tetapi sentiasa wujud satu garisan halus antara hikmah dan cara yang salah. Satu perkara yang kita patut berusaha untuk dielak daripada disengajakan.
Kerana teguran sebegini hanya menjarakkan mereka dari hakikat yang mereka sudah tahu kebenarannya.
NILAI NIAT DAN PRINSIP

Berbalik kepada soalan niat dan prinsip, tahukah anda atas dasar apakah dakwah Islam hari ini sampai ke bumi kita?
Ia dicetuskan bukanlah kerana rasa superiority orang Arab ke atas bangsa lain, satu sentimen yang dilaungkan oleh para Imperialis barat ketikamana mereka mengabsahkan penjajahan dengan slogan 'BEBAN ORANG PUTIH'.
Bukan juga berpaksikan rasa tingginya nilai diri sehingga para dai'e memandang tugas mereka adalah untuk mengajar manusia-manusia yang HINA soal akhlak dan budi.
Tapi atas prinsip nubuwwah yang sanggup menutup pandang seksaan dan cercaan kaum Thaif ketikamana seruan Islam disampaikan kepada mereka.
Kerana seruan itu dibuat atas bumi cinta dan kasih sayang.
Satu nilai yang meyiram utuh prinsip atau manhaj Rasulullah S.A.W.
Saya masih teringat satu kisah ketikamana Aisyah R.a meminta kepada Rasulullah S.A.W untuk berdoa untuknya. Lalu Rasulullah S.A.W. berdoa:-

"Ya Allah! Ampunilah dosa Aisyah yang terdahulu dan terkemudian, dan yang tersembunyi dan yang terang!"
Girang Saiyidatina Aisyah mendengar titipan doa Rasulullah S.A.W. Diriwayatkan Humaira ketawa sehingga kepalanya jatuh ke riba.
Lalu Rasulullah S.A.W. bersabda: 'Adakah doaku menggembirakan engkau wahai Aisyah?'
'Mana mungkin saya tidak dengan doa sebegitu Wahai Rasulullah?' Jawab Aisyah r.a.
'Demi Allah! Inilah doa yang aku sentiasa panjatkan untuk ummatku!'
Satu jawapan yang betul-betul mantap dan layak dengan KERASULAN-mu ya Nabi Muhammad S.A.W!
........................................................................................
Bagaimana nilai dan peribadi yang kita ada berbanding Rasulullah dalam menyampaikan kebaikan dan mencegah kemungkaran?
Hmmm, mungkin inilah sebab nasihat kita kurang berkesan, sehingga lansung tiada nilai apabila dihadapkan ke timbangan kata-kata. Wallahua'alam, apa yang saya katakan hanyalah hasil cerap deria kurniaan-Nya.
Namun khabar baginda S.A.W dari kata-kata, perbuatan dan taqrir adalah hujjah yang wajib dipertimbangkan dalam segala gerak-geri hidup kita.
Berapa berat rasanya ya coretan saya ni?
Masa untuk merujuk ke timbangan kata-kata, timbangan niat dan prinsip.
salam alaik.
ReplyDeletesetuju dgn anda. kata2 yg lahir dr hati pasti ada nilai nya.
tapi2, knapa ya kali ni ada sesuatu yg lain dgn tulisan anda? mcm ada yg tersekat.entahlah, saya ja kot yg rasa lain.
(ini kot yg dikatakan kena 'pangkah' dgn kawan?)
muhasabah..muhasabah..
Waalaikassalam,
ReplyDeleteAde bende tesekat ye? Ce citer ckit.
tersekat mcm mana ya nak cite..
ReplyDeleteem, entah la.
kadang2, 'rasa' tdk dapat diterjemah dgn kata2. insyaAllah, tulisan anda bermanfaat je sbnornya.
cuma 'rasa mcm tersekat'. tersekat yg bagaimana?tiada jawapan untuk itu.
barakallahu fiik.
Benar, kata-kata yg lahir dr hati akan membawa kesan yg luar biasa kepada setiap yg mendengarnya.
ReplyDeleteDan utk melahirkan kata-kata yg bermutu itu sangat memerlukan kepada ketulusan hati kepadaNya.
Terkadang,kita mampu berkata-kata dengan baik, memberi idea2 yg bernas..
tetapi tatkala hati tidak menjiwai apa yg sedang dipertuturkan.
Maka,mesej yg baik itu tidak mampu diterjemahkan oleh yg mendengarnya.
'ala kulli hal,kalamun jameel.