-Bismillahirahmanirraheem-
Sudah satu tempoh yang lama berlalu sejak blog ni di-update-kan. Maaf wahai laman sawang peribadiku! Telah ku abaikan kamu sejak sekian lama.
Bukannya tak sayang, tapi ada benda lain yang lebih menagih kasih.
Bukan tak rindu, cuma anda benda lain yang lebih menagih rindu.
Bukan tak suka, cuma ada benda lain yang lebih menarik minat.
Bukan curang, cuma saya perlu mengutamakan apa yang lebih utama.
Lebih-lebih lagi sejak menanggung amanah yang paling besar yang pernah saya pikul sejak berumur 20 tahun ni.
Banyak sangat yang saya fikirkan, sampai nak berasap kepala dibuatnya.
Saya seorang pelajar, pemimpin, anak, abang, adik, daie, khalifah dan hamba.
Harapan saya,papan kekunci yang ditekan melakar buah fikiran dan lintasan hati dalam paparan skrin agar lebih terang jalan dan kekusutan yang melanda.
Saksikanlah ini usaha agar aku lebih memahami amanah kehidupan Ya Allah. Ameen...
Assalamualaikum,
ReplyDeletesememangnya tnggugjawab anda n mahupun setiap insan adalah fleksibel...Peganglah amanah dgn sebaik mugkin dan sentiasalah bergantung harap kepadaNya.. InshaAllah Dia akan permudahkan urusan hamba2Nya... Ameen..
Moga rahmat Allah sentiasa mengiringi setiap insan yg bergelar daie.
ReplyDeleteMenjadi seorang daie memerlukan sentuhan tarbiyah yg konsisten kerana tatkala kita tersungkur ke bawah, kita masih mampu tersenyum menyakini bahawa pasti ada Hikmah Illahi di setiap apa yg terjadi.
Dan setiap ujian yg dihadapi, tabahkan hati.
"Jadikan Rasulullah itu inspirasi buat diri."