Thursday, January 23, 2014

Hoi Anda! -Exam-

0 comments
-Bismillahirrahmanirraheem-

Alhamdulillah tamat akhirnya exam blok ni.

Sejak masuk kuliyah perubatan baru ku tahu tinggi rendah langit bumi.

Mungkin masa matrikulasi, sekolah menengah kita boleh terlepas dengan study last minute tapi masuk undergraduate studies lagi-lagi kuliyah satu ni memang killer!


Bye-bye books! For now, hehe

Saya masih ingat kisah seorang course mate yang termuntah-muntah dalam bilik lepas habis satu paper.

Satu lagi pengalaman roomate yang insomnia 3 hari kot sebelum hari pertama evaluation.

1 tahun setengah dah berlalu, sekarang exam macam kangkung masak belacan yang dimasak tengahari. Tak goyang lansung.

Anatomy? Celah gigi.

Pathology? Di hujung jari.

Histology? Hek elek barang kacang.

Tapi kan, kan, kan....

Something has always been bugging my mind when exam week starts. This thing isn't just confined to the Kuliyyah of Medicine.

JIHAD ILMU


"Gonna face my hardest challenge. Moga Allah permudahkan!"

"Bakal berjuang di medan pertempuran exam. Hanya kepadamu Allah aku berserah."

"Usaha. Doa. Tawakkal. Insya-Allah akan menyerlah kali ni!"

"Chaiyok! Chaiyok! (isi nama anda) akan bertempur esok dengan soalan! Doakan kittew ye?"

"BerJIHAD atas kertas esok. Akhirnya kita bertemu musuh-musuhku!"

Okeyh, saya pun tak larat nak listkan frasa-frasa di atas. Tengok stail ayat pon korang boleh agak bila student-student akan mula bertasbih dengan kata-kata ni. (Tak nak ambik screenshot, takut ade yang terasa)

Notification & newsfeed kita akan dibanjiri dengan doa-doa & kalimah pembakar semangat. Semuanya pulang kepada Tuhan bahkan ada yang mengaitkan usaha dia sebagai jihad di jalan Allah.

Wow! Saya tabik anda itu!

Sememangnya musim exam menukarkan manusia-manusia menjadi hamba Allah yang sebenarnya. Persoalan yang timbul ialah sebelum tu mereka hamba apa ya?

Andaikata kita keluar kejap dari time-frame exam dan rujuk kepada perbuatan-perbuatan yang memakan selang masa kita dalam sehari, berapa banyakkah yang menunjukkan kita hamba Allah?

Yang paling saya tak boleh terima ialah mereka yang mengatakan berusaha untuk exam ini ialah jihad.

Hoi anda! Ye anda! Mujahid exam!

Saya ingin bertanya jihad apakah yang anda maksudkan?

Adakah ia jihad dengan menghadap tumpuan atas notes sedang azan sudah berkumandang memanggil kau menghadap Tuhan?

Adakah ia jihad dengan bersekang mata lewat malam sehingga meninggalkan seruan Tuhan ketika fajar menyinsing?

Adakah ia jihad yang kamu kepilkan dengannya ketaatan kepada perintah Allah & menjauhi larangannya?

Kerana jihad yang aku fahami sekarang ialah menentang musuh yang paling rapat dengan kita, yakni hawa nafsu yang memberontak daripada patuh kepada Tuhannya.

Apa semua ni? Huarggggh!

JADI?


Ya, jadi, so, perkataan yang menuntut satu alternatif diusulkan. 

"Maksudnya tak payah lah lepas ni kita berdoa masa musim exam ya? Sebab kita jadi hamba Allah time exam kan?"

"Engkaw menutup pintu rahmat Tuhan la. At least dia berdoa time exam."

Hoi anda! Ye anda!

Anda fikir sang pembicara mampukah berbicara tentang urusan ini andaikata dia sendiri tak pernah mengalaminya?

Tidakkah antara sebab musabab seorang memberi peringatan kerana dia sendiri sudah merasa perit mengalami musibah atas perkara yang diperingatkan?

Saya tahu betapa rasa bersalahnya ketika bangun subuh selepas hari pertama habis exam, yang mana seminggu sebelumnya kita mengadakan solat hajat, bacaan surah Yasin, qiyamullail, sedang waktu itu matahari sudah sepanjang galah.

Saya tahu betapa rasa mualnya kita menghadap skrin penyedut kehidupan kita tapi kita jarang menghadap membaca kalam suci Tuhan kita.

Saya tahu betapa risaunya diri memikirkan diri yang menjadi Allah pekerja kita, yang kita minta penuhi segala hajat kita, tanpa kita memberiNya apa-apa pun.

"Eh? Kami solat pe? Puasa bulan Ramadhan pe?"

Hoi anda! Ye anda! Anda yang perasan ibadahnya sudah mencapai tahap khusyuk lagi khudu' para wali!

Yang perasan solatnya di awal waktu dan berjemaah di masjid tetapi tak pernah perasan Allah memastikan jantung kita tak terlambat mengepam darah ke seluruh tissue badan yang dahagakan oksigen & kelemasan bahan-bahan kumbahan!

Yang perasan hatinya fokus & hadir dalam ibadah tapi tak pernah perasan Ar-Raqeeb yang sentiasa fokus & hadir memerhatikan gerak-geraknya!

Yang perasan dirinya sudah menyumbang berjasa kepada manusia & duniya seisinya tapi tak pernah perasan nikmat & rahmat Ar-Rahman kurniakan kepadanya!

Hoi anda!

YA SAYA?


Saya tahu mungkin agak sukar untuk dihadam persoalan-persoalan di atas. Iyalah, change must start slowly kan? Kata orang yang malas & tak ikhlas.

Betul & benar. Saya pun bersetuju kerana untuk menerima hakikat selama ini kita memperbudakkan Allah & begitu berkira untuk bersamaNya dalam waktu 24 jam 7 hari seminggu sangat-sangat sukar.

Tapi saya lagi risau andaikata persoalan-persoalan ini ditujukan secara personal oleh Allah SWT sendiri pada yaumul Qiyamah.

Wahai anda. Ya anda yang sememangnya Allah ciptakan cenderung kepada kebaikan & pembaikan. Dengarlah pesanan Tuhan kita dalam surah al-Hadid, ceraian ayat yang ke-16:

"Belum tiba lagikah waktunya untuk orang-orang beriman, untuk secara khusyuk mengingati Allah & mematuhi kebenaran yang telah diturunkan?"

Ya anda. Allah bertanya kepada kita, 'Begitu leceh & insignificant kah Aku ini sehingga engkau utamakan urusan lain berbanding Aku?'

"Dan jangalah mereka menjadi seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu.."

Ya anda. Allah memberitahu kepada kita ada manusia-manusia yang sama bicara, helah & muslihat seperti kita. Yang suka berlengah-berlengah dalam menghargai Allah.

"Kemudian mereka melalui satu selang masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras"

Ya anda. Hati kita yang sebelum ini lembut & mudah menerima lagi melakukan kebaikan menjadi seperti batu.

"Hek eleh, jadi batu je pon. Kira hati kita ni kental, tahan lasak & tak emosional kan?"

Wahai anda. Adakah masih punya ruang kita bersilat di hadapan kalam Tuhan? Anda tidak rasa terancamkah dengan peringatan Tuhan ini?

Andaikata masih tidak terketuk & melekuk pintu besi hati anda, perhatikan bagaimana Allah SWT meriwayatkan kisah pengakhiran manusia-manusia itu.

"Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasiq."

Wahai anda yang masih punya hati lembut untuk terus membaca kalimah-kalimah ini.

Beranikah anda jamin, setelah anda menangguhkan kewajipan & melanggar segala stop-sign yang Ar-Raheem telah dirikan, anda masih dapat mengelakkan diri daripada menerima taqdir ini?

Jika tidak maka mari sama-sama kita mulakan langkah. Sahutlah peringatan abadi yang sudah Allah SWT simpankan buat tatapan kita ini.

Mungkin dengan solat fardhu. Dulunya 5 minit sebelum tamat waktu baru di atas sejadah kita berteleku, kita upgrade 5 minit sebelum azan sudah berada di masjid, sampai orang kata masjid ni ada penunggu!

Mungkin dengan Quran. Dulunya hanya tengok-tengok hiasan emas khat indah di kulit, kita upgrade baca 1 muka selepas habis solat.

Saya tak tahu, kerana saya bukan malaikat yang menulis kebaikan & keburukan anda.

Tapi yakinlah saya ingin catatan anda dipenuhi dengan kebaikan yang menghapuskan rekod-rekod keburukan anda.

Kerana saya tak ingin anda melalui jalan sukar yang pernah dilalui manusia-manusia sebelum kita.

Dan anda, ya anda! Tak perlu bagitahu saya apa yang kurang & apa yang anda telah perbetulkan.

Bagitahulah di hadapan Allah SWT di hari qiyamat nanti bahawa anda telah berusaha & melaksanakan.

Sekiyan.....




Nota: Exam kali ni antara yang paling relax sebab subjek sikit. Harap-harap boleh istiqamah jaga ibadah kalau masuk blok depan. Endocrine & Genitourinary system kot! T.T