Thursday, February 23, 2012

Baik telan dari luah...

-Bismillahirrahmanirraheem-

"Kau ni Halim perangai ko macam ni, macam ni, macam ni..."

"? Eh, tapi."

"Ni kajian lama dah yang orang buat. Sejak zaman Greek lagi."

"Okayyy, tttapi kan."

Muka semuanya berkerut. Nada sudah tidak lagi mesra.

Fuuh, telan je la Halim oii.

Dari kau terus bertekak, baik kau diam. Masalah tak selesai tapi KONFLIK berjaya dielakkan.

Kita ada banyak isu yang kita tak puas hati kan?

Boleh kata semuanya remeh-remeh dan kecil-kecil wal tak menganggu nyawa dan agama kita. Nak dibahaskan memang boleh, sampai angkat kain, berterbangan kerusi meja boleh sahaja kita teruskan sesi AKU LEBIH BENAR DARI KAU!

Tapi apa yang dapat dicapai di hujung bicara salam? Ego tercalar dan hati yang cedera tahap kritikal sampai perlu transplant.

Rosak sebab dah berkurap dengan rasa tak puas hati dan pandang senget kepada sahabat-sahabat yang berjumlah sekecil cuma di alam yang sementara ni.

Berapa ramai manusia member kita yang sampai kita perlu angkat senjata hanya untuk menegakkan benang yang basah?

Berapa ramai manusia yang baik Islamnya seperti rakan kita sampai kita perlu menggunakan hujah agama untuk memenangkan pendapat dalam bertelagah?

Berapa ramai manusia yang begitu baik kepada kita sampai sanggup kita layan sahabat kita macam lalang yang tumbuh meliar?

Jangan la hidup macam dalam PMS, relaks dan pertimbangkan yang BESAR daripada yang besar.

Kena ambil wudhu' cepat-cepat ni. /(>W<)\


3 comments:

  1. Alhamdulillah..
    Dia Maha Tahu rahsia hatimu..
    Sungguh niat baikmu itu didengarNya.
    Dan perubahan +ve ini ada hikmah yg lebih besar d ccNya, khususnya dirimu sbg daie & pemimpin.

    "Bukan ukuran kekuatan seseorang itu dengan bertelagah tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsunya ketika marah"
    (Hadis riwayat Bukhari)

    "Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) tertimpa musibah."
    (Hadith riwayat Bukhari)

    ~Marah itu mudah, Sabar itu indah~

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..
    Dia Maha Tahu rahsia hatimu..
    Sungguh niat baikmu itu didengarNya.
    Dan perubahan +ve ini ada hikmah&impak yg lebih besar d ccNya, khususnya dirimu sbg daie & pemimpin.

    "Bukan ukuran kekuatan seseorang itu dengan bertelagah tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsunya ketika marah"
    (Hadis riwayat Bukhari)

    "Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) tertimpa musibah."
    (Hadith riwayat Bukhari)

    ~Marah itu mudah, Sabar itu Indah~

    ReplyDelete
  3. Lebih baik menyesal diam daripada menyesal bercakap. - dr. Ismail kamus

    ReplyDelete