Saturday, April 16, 2011

Makkah dan Madinah

-Bismillahirrahmanirraheem-


(Mu'min dalam konteks artikel ini ialah Mu'min yang sempurna Iman atau sedang berjuang untuk menegakkan IMAN)

(Manusia umum pula dalam konteks artikel ini ia masyarakat umum yang kurang peduli dengan tuntutan agama, bukan orang bukan Islam sahaja)


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu dan tetaplah bersiap siaga di perbatasan negerimu dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung."
(Surah Aali-'Imran:200)

"Wahai manusia! Sesungguhnya telah sampai kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu, (Muhammad dengan mukjizatnya) dan telah kami turunkan kepadamu yang terang benderang (Al-Qur'an)."
(Surah An-nisaa':174)

Masih teringat lagi subjek Pendidikan Syariah Islamiyyah masa SPM dahulu. Ada la jugak termasuk dalam silibus subjek ni untuk peperiksaan Sijil Pengesahan Mesin (SPM) ni tentang sumber-sumber hukum dalam Islam, khususnya Tafsir Al-Qur'an.

Antara gaya bahasa yang digunakan Allah dalam kitab sucinya ialah bentuk seruan yang disticnt. Ia memberi signifikan dalam membezakan samada ayat ini diturunkan sebelum Hijrah atau selepas Hijrah.

Ulama memberikan klasifikasi ayat yang turun sebelum Hijrah sebagai ayat Makkiyyah.

Yang turun selepas Hijrah diklasifikasikan sebagai ayat Madaniyyah.


Lebih lanjut Berkenaan Makkiyyah dan Madaniyyah 


Dalam membahaskan kategori Makkiyyah dan Madaniyyah, ada juga ulama yang menisbahkan Makkiyyah kepada ayat yang betul-betul diturunkan di Makkah dan Madaniyyah kepada ayat-ayat yang betu-betul diturunkan di Madinah.

Tetapi klasifikasi ini tampak kurang tepat kerana ada ayat yang turun bukan di Makkah atau di Madinah seperti di Thaif.

Oleh itu saya lebih cenderung kepada pendapat yang pertama yang lebih memenuhi ciri-ciri ayat yang dimaksudkan.

Antara perbezaan ayat Makkiyyah dan Madaniyyah yang lain ialah struktur ayat-ayat itu sendiri, kepada siapa ayat-ayat itu ditujukan dan kandungan seruan yang dimaksudkan kepada mereka .

Ayat-ayat Makkiyyah rata-ratanya PENDEK manakala ayat-ayat Madaniyyah agak PANJANG.

Ayat-ayat Makkiyyah ditujukan kepada MANUSIA secara UMUM manakala Madaniyyah khusus kepada mereka yang BERIMAN.

Kandungan ayat-ayat Makkiyyah menekankan AQIDAH yang benar manakala ayat-ayat Madaniyyah menumpukan pelaksanaan SYARIAT.

Saya rasa semua sudah tahu tentang ciri-ciri ini. Sekiranya dibuka buku teks, item-item ini sudah disenarai kemas dalam sebuah jadual untuk memudahkan mesin-mesin manusia menyimpan maklumat-maklumat ini dalam kotak memori, hanya menunggu masa peperiksaan Sijil Pengesahan Mesin untuk dimuntahkan agar mendapat pengiktirafan produk gred A+ daripada kilang penghasilan modal manusia.

Tetapi pengetahuan uslub Al-Quran bukanlah satu mata merit untuk kita gunakan dalam usaha mencari tempat dalam institusi atau badan korporat.

Tidak, uslub Al-Quran penuh dengan hikmah agar manusia memahami betapa halusnya Tuhan menyemai mesej KEBENARAN dalam kehidupan mereka.

Kenapa? Persoalan inilah yang perlu timbul apabila kita bertemu dengan satu corak dan proses yang berulang. Setiap perkara yang malar dan konsisten mempunyai ketetapan yang menyimpan HIKMAH yang besar.

Kenapakah ketikamana Allah menujukan firman-NYA kepada manusia secara umum hanya satu mesej disampaikan dalam format kecil-kecilan? Sedangkan kepada orang yang beriman firman-NYA panjang, kompleks dan teliti sepertimana ayat tentang hutang (2:282) dalam Surah Al-Baqarah?

Kenapakah tidak disampaikan mesej AQIDAH kepada manusia secara umum dengan ayat-ayat yang panjang?

Kenapakah tidak disampaikan mesej SYARIAT kepada Mu'min dengan ayat-ayat yang simple dan vague?

Kenapakah mesej SYARIAT tidak disampaikan kepada manusia secara umum tetapi hanya kepada golongan Mu'min?

Kenapakah mesej AQIDAH tidak disampaikan kepada manusia dengan ayat-ayat yang panjang dan pelbagai isinya?

Saya bukan ahli tafsir dan saya bukan mahu merumuskan satu lagi pendapat baru dalam disiplin ilmu ini.

Namun, merenung kembali ayat-ayat Al-Qur'an yang saya dan anda semua baca saban hari membuat saya terfikir, bertanya, mencari rujukan dan membuat satu rumusan.


Halusnya Proses Pembentukan Manusia Itu

' Apa nak jadi orang zaman sekarang ni, pakaian ketat-ketat, sendat-sendat, tak cukup kain!'


'Kita perlu sampaikan kepada mereka yang aurat perlu ditutup! Wajib!'


........................................................


' Mengapa la diaorang dengar lagu-lagu macam tu? Tak tahu ke semua lagu tu bawa mesej seks bebas, anti-tuhan, lawan agama?'


' Tu la sebab kita kena tarik minat diaorang ni kepada Nasyid!'


........................................................


' Abang, ayang rasa kita kena hantar anak kita ke sekolah tahfiz, biar lancar baca Al-Quran, siap ada jaminan syafaat kat akhirat nanti'

........................................................


' Mengapalah budak-budak ni angkat sangat artis-artis? Tak tahu ke Rasulullah tu contoh terbaik kita?'


........................................................


Kembalilah kepada pemakaian yang Islam anjurkan.

Kembalilah kepada hiburan yang dibenarkan Islam.

Kembalilah membaca Al-Qur'an.

Kembalilah mencontohi sifat-sifat Rasulullah S.A.W.

Kembalilah kepada SYARIAT.

Itulah sebenarnya mesej yang kita sampaikan kepada orang ramai, yang mana kita sendiri boleh lihat kurang peduli dengan pesanan dan anjuran yang kita cuba bawa.

Cara kita membawa mesej-mesej itu pula bagaimana ya? Mudahkah diterima? Jika mudah adakah sampai mesej itu kepada mereka?


AQIDAH DAN SYARIAT, WORLDVIEW DAN WAY OF LIFE

Allah S.W.T. menujukan ayat-ayat yang mengandungi tuntutan SYARIAT, WAY OF LIFE kepada golongan MU'MIN kerana hanya golongan MU'MIN yang peduli, cermat dan teliti terhadap suruhan dan larangan dari TUHAN.

Demikianlah, maka format ayat-ayat Madaniyyah yang digunakan Allah sememangnya menepati golongan sasaran.

Allah S.W.T. menujukan ayat-ayat yang mengandungi mesej AQIDAH, TAWHID, WORLDVIEW yang benar kepada manusia umumnya kerana inilah menjadi nadi agar terdorong kehidupan kita untuk mengikuti SYARIAT.

Demikianlah, maka format ayat-ayat Makkiyyah yang pendek, menerangkan hanya satu fokus yakni AQIDAH yang benar, simple & tak berlapik-lapik, mengetengahkan bukti-bukti, sememangnya bersesuaian dengan manusia yang memerlukan jawapan yang mudah untuk mereka fahami dalam konteks pemikiran mereka yang terdiri daripada pelbagai golongan.

Tidak pula format ayat Makkiyyah digunakan untuk golongan Mu'min dan format Madaniyyah untuk manusia umumnya.

Adakah kita sebagai ummat Islam mengambil iktibar daripada metod Rabbani dalam mendidik dan mengajak manusia kepada kebenaran?

Apakah selama ini kita tersilap memberi prioriti, sehinggakan makin ramai yang jauh daripada SYARIAT kerana kita terlupa untuk pada masa yang sama mengangkat isu AQIDAH?

AQIDAH yang dimaksudkan pula bagaimana? Hanya sekadar mengambil definisi buku teks atau kita berwacana dengan mengambil kira pelbagai lapangan yang boleh ia pengaruhi?

AQIDAH sebenar membentuk persepsi.

AQIDAH sebenar membentuk nilai.

AQIDAH sebenar membentuk sikap.

AQIDAH sebenar menjadi titik tolak perubahan daripada DZULMAT kepada NUR.

Dan disini persoalan yang lebih besar timbul sebelum kita keluar untuk mengajak mereka ke AQIDAH yang benar, ADAKAH KITA sudah berpegang dengan AQIDAH BENAR  yang kita hendak ummat kembali berpaut kepadanya?

Sekadar perkongsian pengamatan untuk kita sama-sama fikir.

0 comments:

Post a Comment