Sunday, April 17, 2011

Trip 2 the Bookstore

-Bismillahirrahmanirraheem-


Tiba-tiba terlintas hari ni nak meredah bandar cari buku. Entahlah, sebab baru habis baca satu dalam masa seminggu ni, mungkin 'drive' nak baca buku tu masih ada.

Jadi dalam kira-kira pukul 12 gitu maka berpergianlah insan ini menaiki bas Metro nombor 12 ke stesen U lalu transit menaiki LRT aliran Gombak menuju ke Kinokuniya bookstore di Suria KLCC nun. Cari buku apa anda tanya? Kenapa tidak ke Syarikat Telaga Biru anda persoalkan? Apakah buat tabiat beliau ini menuju ke sarang ***tuuut***?

Hajat di hati nak survey la buku-buku pasal isu kontemporari Islam di pentas antarabangsa dan arena dunia. Kalau ada yang berkenan boleh la layan sampai pagi Isnin ni.

-Stesen KLCC, STESEN KLCC, kepada penumpang sila berikan laluan.....- 

"Huh? Dah sampai?"

"Aish, sibuk pulak minah ni nak rapat-rapat ngan jasad aku."

Boleh tahan jugak la kesesakan di stesen perhentian LRT di KLCC. Dalam meredah lautan manusia ke kedai buku, terperasan ramai sangat yang bawak goodies bag berjenama. ASUS, SONIC GEAR, POWER LOGIC,.

Owh, terlupa ada PC fair sekarang.

Dipedulikan lambakan manusia yang sedang memburu alatan eletronik, saya bergegas ke masjid As-Syakirin untuk solat Zhuhur. Terserempak pula dengan budak UIA yang baru habis MUET, on the way nak balik Pahang. Aduhhh, rindu pulak nak balik kampung.


...Assalamualaikum warahmatullah...


Kewajipan Fardu, check.

Barang-barang kepunyaan. Kasut? Dompet? Handset? Check.

Wokeh, Kinokuniya.

Masuk gerbang menghadap water fountain, cari jap floor map, blok J, 4th floor.

Akhirnya sampai jugak Kinokuniya. Agak busy jugak kaunter, mungkin petanda positif kempen membaca yang kerajaan buat ada la terkesan kat masyarakat Malaysia. 

Haai, tak payahlah pikir Halim oiii, gi survey buku kau tu.

Tuntas maka daku meredah lautan manusia yang sedang bersesakan ketika itu di bahagian depan kedai, namun tatkala ku menyelami lebih dalam ke samudera inventory kutub-kutub, makin ku dapati kurangnya penyelam-penyelam yang memiliki keinginan membuka ufuk minda ke langit yang lebih tinggi, yang mana semakin kita mendaki, makin sesak nafas yang cuba kita ambil!

Apa kemerngarutan yang cuba saya sampaikan ini?

Buku kontroversi yang menarik perhatian
orientalis tak kurang juga respon para Ulama'
-goodreads.com-
Lepas masuk dalam sikit kedai buku, saya dah nampak dah trend pembacaan pembeli buku. Bahagian fiksyen ramai. Bahagian buku memasak boleh tahan, bahagian fesyen pun boleh kata begitu, check dalam sikit kat bahagian bahasa Cina ( ada bahagian spesifik untuk buku dengan pengantar Chinese tau?) pun ramai orang Cina.

Sampai je kat section buku yang ingin saya survey, seolah-olah cengkerik berbunyi, malah berkonsert dengan julang gemilang.Buku-buku tentang perkembangan agama, politik, ekonomi seolah-olah diabaikan. Biasanya dalam Kinokuniya boleh baca buku-buku yang ada kat shelves kalau ada banyak cetakan dalam kedai. Buku-buku seperti ini biasanya sudah dikeluarkan daripada balutan plastik.

Tapi saya boleh kata agak pelik, awat kebanyakan buku kat seksyen ni macam tak ada orang sentuh?

Lantaklah korang, apa lagi, mulalah saya belek satu-satu buku yang ada. Daripada lambakan buku-buku Islamophobia ( ni efflux dari 9/11 la ni), karya-karya Tariq Ramadan hingga kepada hasil tangan Edward Said, banyak judul-judul yang menarik minat saya. Tak dilepaskan juga membelek buku Karen Armstrong, seorang penganalisis agama Barat yang bukan orientalis stereotaip, yang mana buku-bukunya berjaya menukar persepsi Barat tentang Islam pasca 9/11. ( Did I mention she is a freelance monotheist who favours Islam?)

Hmm, ada tak buku tu? 

Teringin juga nak periksa buku 'Who needs an Islamic State?' tapi tak ditemukan lagi. Ditumpukan pula dekat buku 'Road to Mecca' karya Muhammad Asad, sebuah buku yang menceritakan bagaimana seorang Yahudi bernama Leopold Weiss menjadi Muslim bernama Muhammad Asad lalu menjadi antara penterjemah kitab tafsir bahasa Inggeris terhormat zaman ini..

Aii, kene geledah lagi ni. Nak tanya petugas kedai malas.

Alhamdulillah akhirnya ketemukan jua daku akan buku itu. Rupanya agak nipis judul tulisan Dr Abdel Wahab Al-Effendi ni eh? Saja nak cari buku pasal definisi Negara Islam yang lebih jelas, lebih-lebih lagi baru-baru ni ada wacana kat CFS di mana panel (Imam Feisal, Imam at a masjid near Ground Zero, New York) tu cakap:

"Is it only when you imply hudud you can declare yourself an Islamic state?"
Karya seorang pencari realiti
-http://my.opera.com/khairbakhsh/blog/-

Ada la putaran dan kejutan plot sebelum beliau sampai ke peringkat tu, tapi mungkin dalam entri blog lain.

Banyak buku nak beli ni! Jap-jap, check dulu poket.

Bukak dulu benda segi empat tu.

Aduhhh! Ada tiga puluh ringgit je! Mane cukup!

Lalu saya dengan langkah yang penuh bangga keluar daripada Kinokuniya selepas agak-agak sejam menyelongkar tanpa sehelai kertas promo apatah lagi buku yang dibawa bersama. Mesti bengang petugas kedai kan? Ada jugak terasa aura benci dan malice masa keluar kedai tadi. Maaf eh window shopping?

Walaupun pulang dengan tangan kosong, dapat juga saya simpulkan beberapa pengajaran penting safar kali ni. Nak saya listkan ke? Rasanya lebih baik saya simpan untuk diri saya sendiri, lagipun ada juga benda-benda sensitif yang tersingkap nanti. Lebih afdhal anda sendiri simpulkan pengajaran dari cacatan saya yang agak janggal ni untuk manfaat hidup anda sendiri.

Wokeh! 22 April book fair, wait 4 me!



(P/s- Sebelum beli buku pastikan siapa publisher, lebih-lebih lagi yang pengantarnya bahasa Inggeris, mahunya Orientalis kang lepas khatam rosak Aqidah!)

0 comments:

Post a Comment