Bismillahirrahmanirraheem
Saya memang cenderung untuk berseorangan dari dahulu lagi. Bukan anti-sosial eh? Cuma rasa kalau duduk semeja pun bukan buat apa sangat pun. Cakap pasal rancangan televisyen, match bola sepak semalam dan macam-macam gossip lazat yang memang sedap didengar telinga.
Tapi manusia sudah diprogramkan untuk hidup saling bergantung dan berkomunikasi. Kalau lama sangat lawan instruction yang dah pre-installed ni, sah malfucntion.
Malfunction yang dimaksudkan bukan maksud lepas ni tecabut tangan, longgar pinggang atau contoh-contoh yang boleh dinisbahkan kepada mesin, tidak. Malfunction yang berlaku ialah malfunction emosi, jiwa, HATI.
Kamu Semua Bagaikan Sekawanan Kambing
Nabi Muhammad S.A.W. mengumpamakan ummat Islam bagaikan sekawanan kambing yang sentiasa bergerak bersama-sama, kerana there is safety in numbers, jamaah menjamin keselamatan.
Kita bukan serigala kerana sekalipun serigala juga bergerak dalam kumpulan atau packs, mereka masih boleh hidup sendirian.
Apabila seekor kambing terpisah daripada kawanannya, maka serigala yang sudah lama memerhati akan bertindak. Dibiarkan dahulu kambing itu terpukul dengan rasa keseorangannya, gelisah resah dan akhirnya rasa lemah untuk terus hidup.
Predators are opportunists, dilihat sahaja mangsa yang mudah untuk diterkam, peluang yang terhidang takkan tersia-sia.
Sebab itulah kita melihat banyak kes hisap dadah, minum arak, zina, bunuh diri, sakit mental dan MURTAD berlaku. Serigala syaitan sudah merenggut nafas keIMANAN kepada TUHAN dan ketentuan-Nya dalam perjalanan hidup.
Namun begitu, dalam masa yang sama ada kambing yang DIPISAHKAN dari kawanannya kerana sifat mengikut peraturan alam konon-kononnya, the strong survive while the weak gets left behind. SURVIVAL OF THE FITTEST!
Yang mantap amalannya tidak peduli dengan yang terumbang-ambing dalam amalan fardhu mereka.
Yang sudah jelas fikrah, pemikiran, condemn mereka yang masih khayal atau keliru.
Yang mantap akademiknya tak pernah terlintas untuk membantu mereka yang ketinggalan.
Yang senang tak ingin membantu yang sempit kewangannya.
Akhirnya lahir satu kelompok yang ELITIS, yang senang dengan mereka yang setaraf dan sekepala sahaja. Mereka sangka mereka boleh survive dalam keadaan mental mereka yang merendahkan orang lain. Nanti kesusahan baru mereka sedar yang mereka tidak pernah berada dalam ikatan, kumpulan atau jemaah. Mereka hanyalah individu-individu yang berkumpul kerana mempunyai persamaan yang bersifat sementara atau furu', peripheral, cabang semata-mata.
Apabila seorang ahli tersungkur, mereka akan ditinggalkan.
JADI.....
Yang terpisah perlu mencari kembali kawanan.
Kawanan pula perlu dibina atas dasar yang betul-betul dikongsi oleh semua individu.
Bukan pekerjaan, taraf kewangan, rupa, bangsa tetapi persamaan yang kita semua kongsi semasa kita dihadapkan kepada Allah S.W.T. setelah ruh-ruh kita diciptakan.
Iaitu kalimah tauhid, yang kita tuturkan ketika itu dengan perasaan penuh tawadhu' dan khusyu'.
Ini sudah cukup untuk kita memegang tangan mereka dan mengatakan mereka saudara atau saudari kita.
Dan sedarlah diri kamu wahai individu-individu bahawa kamu perlu bersama dengan saudara-saudara kamu dalam merentasi kehidupan. Sekalipun timbul perselisihan, kembalilah berdamai kerana perpecahan kita hanya menguntungkan serigala-serigala di luar sana.
Adakah saya masih berseorangan?
Aiiii, lepas kene basuh takkan nak duduk sorang-sorang dalam bilik. Kalau setakat social networking, facebooking tak cukup. Jangan face 2 facebook, tapi face 2 face.
Tapi suruh turun main bola saya keberatan sikit eh? haha.
Moga-moga perkongsian ini memberi manfaat. Sekian.

-Kesunyian pun boleh membunuh per?- |

serius manfaat sangat halim. aku berharap kau dapat terus menulis.. tulisan yang baik dan matang. thumbs up..
ReplyDeletehiduplah dalam jamaah. tak kisah lah jamaah mana-mana. asal tujuannya Allah kan...
syukran, harap2 betul matang la aku lepas ni. :)
ReplyDeletece post artikel enta ni di fb sbg notes, insyaAllah, byk manfaat org lain blh dpt.
ReplyDelete