Monday, March 14, 2011

KONPIP 2011, 3rd Day -Finale-

Bismillahirrahmanirraheem


" Halim, kepala anta."


" Owh, ana panas la Latiff, tu tanggal kopiah tu."


Latiff risau peserta akan pandang lain macam kepada para pemerhati. "Kami kena pakai baik-baik, dia semacam je tak ikut!". Mungkin ini tanggapan mereka yang Latiff risaukan. Saya pun pakai kembali kopiah. Betul juga cakap Latiff.


Kami sedang menunggu masa untuk pulang. Solat Zhuhur sudah, makan tengahari pun sudah, hanya menunggu segelintir eksekutif muslimat yang memutuskan untuk menumpang bas sekolah seperti kami.


Melihat kelibat perwakilan-perwakilan yang begitu gembira mengangkat beg-beg ke dalam van dan coaster sekolah masing-masing menimbulkan rasa sebak sepertimana banyak pengakhiran program-program lain.


Tapi kali ini kami bukan lagi perwakilan, kami pemerhati. Kerisauan dan kekhuatiran lebih menguasai kami saat ini. Latiff tampak lesu, seperti eksekutif-eksekutif lain. Kami tak ingin KONPIP hanya sekadar memberi sijil dan pengalaman program sekolah semata-mata.


Teringat kata-kata Ustaz Abu Bakar, wakil Jabatan Agama Islam Pahang semasa majlis perasmian penutup sebentar tadi,


"Saya berharap dengan usaha KONPIP akan lahir ramai individu-individu seperti fasilitator dan moderator yang hadir menjayakan program ini."


Kami hadir pada tapak ini kerana kami sempat menjalani proses tarbiyah


Dan KONPIP ini hanya sekadar satu titik dalam garisan tarbiyah yang bersimpang-siur dan panjang.


Kami perlu terus bersama dengan mereka dalam perjalanan ini, follow up sokmo kata orang lama.


Jangan sekali-kali berharap perubahan besar boleh berlaku jika usaha kita sekelumit cuma, tambahan pula buat hanya sekali, sekali tu pula segala macam perkara kita nak betulkan. Fokus apa yang perlu disampaikan dalam keadaan semasa sasaran, mulakan dengan yang paling asas dan step by step masuk ke peringkat yang lebih tinggi.


"Serulah ke jalan Tuhan-mu dengan bijaksana...."


(Surah An-Nahl: 125)


 Cara paling baik untuk melaksanakan perkara di atas ialah dengan menjalankan usrah. Usrah pula jangan distereotaipkan sebagaimana tanggapan majoriti masyarakat sekolah. Pasal pengisian pula banyak yang kami perlu bincang apa yang perlu disertakan.


Ini perkara yang saya selalu ingatkan kepada diri sendiri dan saya kongsi dengan rakan-rakan. Pada akhir KONPIP ini, resolve saya untuk bertindak berdasarkan prinsip ini makin kukuh.


" Anta nak buat apa balik ni Latiff?"


"Insya-Allah ana akan gi rehlah kat pantai ngan budak-budak ana. Baru tadi bincang."


"Hmmm, ana pun kene buat sesuatu balik ni."


"Segala cadangan dengan post-mortem kita tu jangan hilangkan eh? Nanti ana nak taip balik."


" Okay, ana simpan dalam beg."


" NAIK-NAIK! Hisy, budak-budak perempuan ni, berapa banyak beg korang bawak? Macam buat rumah lak kat sini. "


Pak Cik driver nampak nya dah tak sabar dengan kerenah eksekutif-eksekutif muslimat yang nak menumpang. Sempat saya nampak mereka sedang mengucapkan selamat tinggal mereka kepada rakan-rakan dan perwakilan-perwakilan KONPIP.


" Hah! Ada lagi ke?"


Semua penumpang sudah bersedia untuk berangkat.


" Latiff, jom naik."


" Jom."


KONPIP 2011. Satu milestone bagi kami. Tiba di sebuah pengakhiran plot cerita, akan datang pula sequel nya nanti.


Kami sedar banyak kebocoran berlaku semasa kami menjadi sutradara kisah ini.


Kami pelakon-pelakon perlu rehearse kembali skrip dan persembahan kami sekiranya mahu sampai ke finale yang hebat di hari Hisab nanti.

Ya Allah, permudahkan dan tetapkan hati-hati kami.



-Selamat Tinggal KONPIP 2011- :)



Anda pula? Sudah ada perancangan sendiri?

( Syukran diucapkan kepada semua AJK pelaksana KONPIP, dari Annuar, Faruq, Hasbullah, Afiq dan lain. Sori kalau x termasuk dalam coretan ringkas ni. )

0 comments:

Post a Comment