Bismillahirrahmanirraheem
" Syukran ye kemaskan dewan?"
" Owh, tak ada masalah lah. Syukran ye bagi pengisian?"
" Afwan, afwan."
Janggal pula rasanya mengucapkan terima kasih kepada kakak-kakak fasilitator yang membantu mengemaskan dewan. Sebelum ini saya turut serta dalam menyusun kerusi dan meja, sekarang hanya menyusun kembali hasil kerja peserta daripada bengkel sebentar tadi.
Alhamdulillah, selesai.
Siap menerima cenderahati daripada pihak penganjur pula tu.
Tapi tak terasa pun lebih tinggi daripada mereka, saya lebih suka sekiranya saya boleh menjadi seorang fasilitator. Lebih dekat dengan generasi baru, lebih hampir dengan perkembangan mereka.
Jangan salah faham ya? Ini bukannya usaha cuba menjual diri saya sebagai orang yang rendah diri. Mereka yang rendah diri punya kemuliaan dan dengan rasa hamba mereka tidak berbangga dengan kemuliaan tersebut.
Seperti orang kaya yang memilih untuk memakai baju yang berjahit sana-sini dan orang miskin yang sememangnya memakai baju yang berjahit sana-sini. Siapa antara dua ni yang merendah diri?
Saya masih jauh daripada menjadi seorang murabbi, mereka yang berada dihadapan dan memberi panduan.Namun pengalaman tadi benar-benar membuat saya sedar.
Kita masih jauh dari TARBIYAH & DAKWAH yang berkesan.
Kita cuba menjaga buah, sedang pokok yang menghasilkan buah tidak pula kita jaga, siram dan baja.
Ini kesimpulan yang dapat saya buat.
Latiff juga membuat kesimpulan yang sama hasil dari pembentangan beliau.
Kami selaku pemerhati yang sudah melalui checkpoint KONPIP perlu memberitahu generasi seterusnya agar tidak terlepas pandang kesilapan dan kekurangan yang kami dahulu lakukan.
Next task, review, rethink, reorganize, record.
Kami ada satu hari untuk melakukan segala di atas.
Ya Allah, permudahkan.
(Bersambung......)
ok.
ReplyDeleteaku perlukan member cam kau utk jage pokok yang sedang hasilkan buah.
buah tarbiyyah org kabo