Thursday, March 1, 2012

Esok itu

4 comments
-Bismillahirrahmanirraheem-

Pukul 4.07 minit pagi.

Paparan jam digital di hujung kanan skrin sedikit sebanyak mengingatkan tentang subuh yang bakal menjelma.

Adakah esok ku lebih baik ya Allah?

Saya yakin ramai mempersoalkan nafas yang masih tenggelam timbul di dada, sekalipun sudah pelbagai perkara anggota kita, mata, telinga, tangan, kaki sudah kerjakan.

Alhamdulillah, ada yang mematuhi jalan yang Makruf.

Tapi tak terkira berapa kali kita tergelincir daripada menuntuni jalan tersebut.

Untuk apa hari esok ku ya Allah?

Lalu terbaca sebuah post rakan di laman sosial:

"Allah S.W.T memberikan kamu hari esok, kerana Dia tahu tentang dosa-dosa yang kau lakukan & Dia ingin benar kamu berTAUBAT."

Diam seketika.

Terima kasih ya Allah!