Thursday, June 9, 2011

Perahu Kecil

-Bismillahirrahmanirraheem-

Dah pergi dah seorang. Hmmmm, kami sangka kapal-kapal besar yang dah lama berlabuh ni lebih dahulu meninggalkan pelabuhan.

Tapi perahu kecil yang utuh yang itu sudahpun mengangkat sauh meneruskan perjalanan.

Sayu.

Sedih.

Kerana kami dinilai masih tidak bersedia untuk berlayar ke sana.

Utuhnya kayu sampan itu tidak reput dimamah hakisan laut.

Masih cerah varnis dan cat yang menyaluti badannya.

Jauh sudah ia menerokai selat-selat dan lautan yang sarat dengan nikmat-Nya.

Sememangnya dia pergi dalam keadaan yang terbaik, sebagaimana dia menegakkan kehidupannya dengan kebaikan.

Syahsiyyah, akhlak, amal dan mujahadah.

Perahu kecil itu tidak syak lagi sudah bersedia.

Dan kami kapal-kapal besar rasa bangga dan redha meruntun kembali memori membelah dunia dengannya.

Selamat perjalanan wahai perahu kecil yang utuh.

Bagaimanapun pengakhiran kamu di sana, kami semua yakin it's a very good one.

Muhammad Faiz bin Jamaludin, air mata kami sudah kering mengiringi kamu ke sana.

Kini peluang kami untuk melakukan yang sama. Terima kasih Ya Allah atas pemergian beliau, ia sememangnya tazkirah yang sangat-sangat bermakna.

Permudahkanlah bagi kami Ya Allah, sebagaimana engkau memudahkan perjalanannya.

Al-Fatihah kepada al-marhum......



2 comments:

  1. InsyaAllah, dia bahagia di sana.

    Subhanallah, yang tdk mengenali beliau juga terasa kehilangannya, apatah lagi yg sentiasa bersamanya.

    InsyaAllah, doakan moga kita semua terus kuat menyambung cita2 beliau.amin..

    ReplyDelete
  2. lepas baca post asif,aku baca post kau..dan ternyata...terkesan benar di sanubari ni...
    InshaAllah beliau akan bahagia di sana...amin..

    Takziah sekali lagi Halim..
    dan Tahniah kerana tabah menghadapinya..sungguh itu satu ujian yang sangat berat..

    dan sememangnya, ujian berat untuk manusia hebat... dan aku pasti, kau mampu..dan pasti..kau mampu..


    shahdunya

    ReplyDelete