Thursday, February 24, 2011

Titik Baruku, dalam Kitaran ini.

Bismillahirrahmanirrahim

Sudah tamat satu semester.

Banyak yang dah aku lakukan.

Exam sudah habis ku redah.

Buku-buku sudah ditutup kini.

Lampu study sudah mula mengumpul habuk.

Barang kepunyaan sudah dikemas semua.

Menunggu masa check-out sahaja.

Sebelum kaki melangkah keluar gerbang, aku masih berfikir. Bukan tentang rezeki result exam tetapi, adakah aku menamatkan semester ini dengan sebaik pengakhiran? Husnul Khatimah?

Berapa banyak kebaikan yang aku buat berbanding penggal pengajian yang lepas?

Berapa banyak pula dosa yang aku lakukan berbanding penggal pengajian lepas?

Berapa banyak masa aku luangkan untuk Al-qur'an yang aku abaikan dengan alasan yang pelbagai? 
Kerja persatuan, revision, rehat, konon-kononnya banyak perkara yang lebih besar keutamaannya.

Berapa banyak jemputan ke majlis ilmu yang aku tolak dengan alasan yang sama?

Berapa kali aku ditipu oleh selubung tidur? Bangkit dengan rasa resah bukan rehat.

Aku cuba menilai dengan neraca mizan yang bakal Engkau nilai kehidupanku Ya Al-HASIB.

Aku tak mahu kehidupan aku hanya sebuah cycle, a vicious cycle.

Kitaran yang hanya membawa kemunduran dari hari ke hari, tersedar sementara, lalai untuk baki masa selebihnya, tersedar kembali, lalu jatuh semula.

Aku tak perlu fikir tentang dunia perlu berubah, kerana ia takkan berganjak hanya kerana aku menginginkannya.

Aku tak perlu fikir tentang tanggungjawab yang orang lain abaikan, kerana aku perlu memainkan peranan aku dahulu di pentas ini.

Aku tak perlu memasang angan-angan, aku perlu memulakan langkah pertama. Sekalipun kecil, aku tahu Engkau takkan mengabaikannya dari pengetahuan-MU yang meliputi segalanya. Satu hakikat yang aku tahu, tapi selalu aku lupa untuk menghayati.

Kini aku sudah tiba ke satu pengakhiran.

Permulaan baru selepas ini? Telah ku buat makar-makar ku Ya Allah. Dan aku sedar dengan hati yang penuh dengan kelalaian ini Engkaulah sebaik-baik pembuat Makar. 

Tetapkanlah hati aku atas jalan Taubat ini, kurniakanlah Sakinah dan Itmainnan ke dalam Qalbuku.

Tiadalah hamba-hamba Mu melaksanakan ketaatan dan tegar menjauhi kemungkaran melainkan dengan pertolongan Mu jua.

Kepada sahabat-sahabiah yang meluangkan masa membaca coretan ini, janganlah membazir masa sewenang-wenangnya. Aku sudah perit meneguk racun aktiviti-aktiviti kosong yang menjadi kelaziman mujtama' moden kita kini.

Aku adalah cermin, kerana aku ingin menjadi Mu'min.

Selamat Tinggal CFS IIUM.

Temerloh menunggu, saksi amalanku sepanjang tempoh 3 minggu.

1 comments:

  1. Assalamualaikum, sekadar permintaan. Jika ada kelapangan,moga akhi dapat hasilkan sebuah karya mengenai wanita solehah,tabahkan hatimu..

    ReplyDelete