Saturday, February 12, 2011

Ana, Saya dan Aku

Bismillahirrahmanirrahim..


Siapakah ANA?


Siapakah SAYA?


Siapakah AKU?


Bagaimana kita merujuk diri kita seringkali menggambarkan personaliti yang ingin kita persembahkan kepada orang lain.


"Adik nak makan nasi ayam petang ni", pinta seorang anak kelaparan kepada ayahnya pada waktu tengahari.


"I nak jumpa you kat cafe malam ni eh? Ssssayang!", gedik seorang buayafriend kepada gelifriend beliau.


"Along bukan tak nak ziarah, tapi dah ada plan cuti ni!" terang seorang cucu kepada neneknya yang kerinduan sebelum cuti semester bermula.


Begitulah kita sebagai manusia membahasakan diri kita apabila berdepan dengan orang lain. Semuanya bersebab, antaranya untuk adab sebagai anak, hormat sebagai orang yang lebih muda, dan paling meluat sebab nak ambil hati, macam pasangan buaya dengan gelifriendnya atas tadi.


Tetapi, kalau kita buang segala macam RUJUKAN DIRI tersebut, siapakah diri kita sebenarnya?


"Ana merupakan seorang ahli yang aktif dalam persatuan." Ini maksudnya 'ANA' ingin menonjolkan diriNYA yang terpercaya dan Islamik.


"Saya nak pohon cuti hujung minggu ni boleh bos?". 'SAYA' pula nak menampakkan kesopanannya kepada orang atasan.


"Aku tak pernah kutuk kau, apasal kau semacam je hentam aku hah?". 'AKU' hanya ingin berterus terang tanpa selindung lagi.


SAYA bukan nak kata kita semua ni Hipokrit, dengan satu pihak begitu perwatakannya, dengan pihak lain begini pula perwatakannya.


Tidak! Ini kerana kita perlu bertindak berdasarkan dengan siapa kita bercakap dan dalam suasana apa.


Kata rujukan ni boleh digunakan dalam pelbagai lagi keadaan dan konteks, tapi SAYA hanya ingin menekankan satu perkara penting,


Kalau kita buang segala RUJUKAN DIRI, siapakah kita?


_______________________________________________________________


Hazman seorang pelajar perubatan.

( Kalau dibuang statusnya sebagai pelajar perubatan ?)

Hazman seorang pelajar yang cemerlang.

(Kalau buang statusnya sebagai pelajar cemerlang?)

Hazman seorang pelajar.

( Kalau buang status pelajarnya?)

?????

_______________________________________________________________



Abu seorang usahawan yang kaya

( Kalau buang kekayaan dia? )

Abu seorang usahawan

( Kalau buang status usahawan dia? )

.........................


_______________________________________________________________


Siti seorang perempuan yang cantik

(kalau buang kecantikan dia?)

Siti seorang perempuan

( Kalau kita buang rujukan perempuan tu?)

..........................


_______________________________________________________________





Siapakah ANA, SAYA DAN AKU?



Anda nampak apa yang ANA ingin sampaikan?


Sekiranya kita memandang diri kita, diri yang asli, pada waktu penciptaan kita, bukankah kita sama?


Tidak kira sama ada lelaki atau perempuan, kaya atau miskin, cerdik atau kurang cerdik, kita semua berkongsi satu 'common ground'.


Aku Muslim, Kau juga Muslim



Allah mencipta kita dalam pelbagai ragam dan rupa, keupayaan dan kemampuan sebagai satu bukti GENIUS yang infinti, tak terkira 'variation' yang kita boleh saksikan dalam umat ini.


Namun jangan kita tertipu dengan perbezaan ini, yang sepatutnya kita jadikan iktibar, kita tiba-tiba jadikan ia jurang antara kita.


" Aku budak sekolah agama, budak sekolah bese tak boleh masuk ngan budak sekolah biase"


" Aku orang cerdik, kena rapat ngan budak-budak cerdik"


" Aku cantik, tak boleh kawan ngan budak-budak  tak ada rupa, hilang cantik nanti"


" Aku budak dakwah, kena kawan ngan budak-budak dakwah"


Memang benar akan wujud rasa tidak selesa jika kita cuba untuk berinteraksi, tetapi adakah wajar sekiranya kita menjadikan itu alasan untuk terus menutup 'mereka-mereka' yang berbeza itu dari circle kehidupan kita?


Antara tanda perpecahan ummat ini apabila seorang muslim tidak menganggap seorang muslim lain itu saudaranya.


Kerana dia memandang kepada kerjaya.


Dia memandang kepada rupa.
Berbeza, namun tetap sama


Dia memandang kepada jurusan pelajaran.


Dia memandang kepada status


Dia memandang kepada ciri2 peripheral, FURU', bukan integral, USHUL.


Dia terlupa untuk memandang mereka sebagai rakan se-Aqidah.


Punya asal yang sama


Punya misi yang sama


Punya tempat kembali yang sama


Peganglah tangan mereka, kiranya tidak mampu, tanamkan tekad jika mereka menghulurkan tangan kamu tidak akan menepis jemputan itu.


Kembalilah kepada fitrah, nescaya kamu melihat dunia dengan lebih baik.


Moga-moga perkongsian ini bermanfaat, Wallahua'lam....

0 comments:

Post a Comment