Friday, May 18, 2012

Prologue: PJ life

-Bismillahirrahmanirraheem-

Another end, another beginning.

Saya ni memang suka touching-touching bila nak dekat waktu-waktu pengakhiran.

Akhir semester, sesi pembelajaran di CFS IIUM sudah tamat.

Rakan-rakan sudah ramai pulang, tapi saya? Walau interview sudah tamat, tiada lagi yang mengikat, namun saya masih berada di Mahallah Umar Al-Khattab. Masih tersisa satu perasaaan yang tidak ingin sirna, terlalu halus namun hadirnya wujud dalam sepi hati tak terduga..

Eccccehhhh, kan dah kata touching?

Haaahhh~

Saya perlu jujur.

Saya tidak ingin menipu, lebih-lebih lagi kepada diri sendiri.

Pelbagai perkara yang sudah saya rancang untuk dicapai dalam tempoh dua tahun pengajian itu.

Terlalu besar impian.

Kerana terlalu besar harapan.

Disusun dengan rapi, peringkat demi peringkat. Ratib demi ratib. Kata demi kata.

Namun takdir Allah mendahului urusan hamba-NYA.

Adakala terhalang dengan anasir luar tiada terduga tapi selalunya ujian atas diri sendiri sama ada layak atau tidak menjulang panji.

Serius saya katakan, dua tahun ini telah banyak mengajar jurus tinju dan hikmah pelintang menghadapi kehidupan.

Terima kasih kepada rakan-rakan sekelas kerana memberi saya suasana belajar yang begitu seronok.

Terima kasih kepada staf-staf CFS IIUM, khususnya Bro Izdihar Ishak, Ustaz Nazri Abdul Razak, Ustaz Syarif, Ustaz Azhar, Madam Rohani, Ustazah Fanizar, Ustazah Adila, Ustazah Syarifah, Abang Rizal dan Kak Seha. Anda semua mengajar saya dengan begitu sabar tentang kerenah manusia dan cara berurusan
dengan mereka.

Terima kasih kepada semua pensyarah yang begitu bersabar dengan student anda yang selalu tak datang kelas ni. (>W<) Madam Maziah, Madam Najwa, Bro Muhammad Ng, Sir Asyraf, Ustaz Jasri, Madam Rahimah, Madam Sabrina, Madam Nelly Lizrina dan Madam Asfarizan. You've all opened my eyes in many different ways. Not just for the exams, but also for my deen.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan kelas Al-Quran for giving me the drive to preserve my hafazan. Mr Abu & Abe Di, hohoho tq,tq!

Terima kasih (Uish, yang ke berapa dah ni??) kepada adik-adik study circle yang begitu KENCHAAANGG sepanjang melayan celoteh fasi anda seorang ni. Prestasi anda berjaya menumpahkan air mata jantan lelaki sorang ni! T.T

Finally, to my brothers i meet and love on the grounds of faith; Wan Ahmad Firas, Nizam Yatimi, Fadil Husaini, Syahir Zaidon, Munzir Azhar, 'KING' Ahmad Kamil, Muaz G and Muaz J.
.
All of you have made my stay in CFS so, so, so, so, so, SOOOOO valueable!

Salute Spring!

Huarghhh! Yes! Sudah ada drive nak berkarya. Nantikan diari Kembalilah di bumi Petaling Jaya!

HooHaah!

(Penulis tidak bersalah sekiranya anda mengalami overdos semangat selesai membaca post ini. Segala kerosakan harta benda, barang kepunyaan dan perasaan adalah untuk ditanggung oleh mereka yang terlibat, sekian...)

1 comments: