Friday, April 29, 2011

Sirr Minal Asrar

0 comments
-Bismillahirrahmanirraheem-


Apa yang zahir mudah untuk kita kenali dan tafsir.

Rupa, jasad, fizikal. Apa yang dapat dikecap oleh semua deria kita hanyalah sekelumit daripada hakikat.

Pernah anda minum air teh tarik yang pekat? 
Macam mana manis dia? 
Memang boleh kasi sakit buah pinggang kan? 
Cuba anda tunjukkan rasa manis tu. 
Adakah ia berbentuk? 
Boleh dilihat? 
Didengar mungkin?
Rasa dengan lidah pasti
Tapi boleh kah diterangkan selain perkataan 'MANIS' tu?

Begitulah juga hakikat hati kita. Tak diketahui keadaannya melainkan si pemilik.

Hati ialah raja. Dalam jasad yang sebenarnya hanya alat yang bakal reput, apa yang batinlah sebenarnya mempunyai signifikan dan berat atas mizan di Yaumul Hisab nanti.

Bagaimanakah keadaan hati yang menjadi Raja yang baik? Antaranya ia tidak ditampung kehidupannya dengan barang-barang syubhat, apatah lagi haram.

Itu sahajakah yang perlu hati itu perhatikan? Apa yang disuap ke dalam mulut?

Seorang Raja bukan sahaja mengawal dan memerhati barang import ke dalam kerajaan, malah turut memantau kegiatan eksportnya.

Apakah barang eksport sebuah kerajaan? Mungkin sumbangan aset perbendaharaan HARTA, perkongsian intelek dan ilmu fakulti kajian MINDA, atau bantuan humanitarian berbentuk bantuan LISAN nasihat dan semangat, atau jentera-jentera pembangunan infrastruktur TANGAN dan KAKI.

Namun ada suatu bahan eksport yang lebih dinilai daripada mana-mana hasil pengeluaran kerajaan hati.

Apakah ia?

Tiadalah hati itu melainkan hamba dan tiadalah hamba melainkan dia menzahirkan penghambaannya kepada TUHANNYA. KEHAMBAAN!

Jadi, sekiranya segala hasil-mahsul kerajaan ini disasarkan ke arah merealisasikan agenda ini, maka sememangnya Raja ini Raja yang disanjung di kerajaan langit dan bumi.

Tapi, berapa ramaikah Raja yang baik jika dibandingkan dengan Raja yang zalim?

Berapa ramai Raja yang terus berkuasa dengan agenda yang sesat?

Adakah kabinet Iman dan Aqal pernah buat check & balance dengan sang Raja?

Atau anasir-anasir luar sudah mula meluaskan genggaman mereka ke atas seantero kerajaan?

Ketahuilah, apabila Raja sudah dirosakkan oleh racun HASAD, RIYA & UJUB pihak mastermind konspirasi kemanusiaan maka segala rakyat akan merana.

Merana kerana mereka akan ditempatkan di sebuah perkampungan yang amat menyeksakan.

Yang takkan membiarkan walaupun secebis ketinggalan.

Maka Raja perlu mencari penawar dan penawar itu sangat pahit cara memperolehnya.

_Meninggalkan segala-galanya kerana-NYA_


Ia menuntut membuang segala kemuliaan makhkota, kerajaan dan perbendaharaan.

Ia menuntut keruntuhan ego, perasaan dihargai rakyat dan sanjungan kerajaan lain.

Ia menuntut kepercayaan yang utuh kepada janji Tuhan.

Ia menuntut sang Raja mematikan diri kepada sifat dunia yang sementara.

Ia menuntut sang Raja mengaku ada kedaulatan yang lebih besar yang menuntut ketaatannya.


Ia menuntut sang Raja menjadi Hamba kepada TUHAN dan menjadi penaung yang adil kepada hamba-hamba-Nya yang lain.

Sungguh Sang Raja pasti bergelut untuk mencari penawar itu.

Ianya Sirr dari yang Asrar.

Ia lebih susah untuk dikecap dan dikenal pasti daripada semut hitam di atas batu hitam di waktu malam yang tiada diseri bulan dan bintang.

Wahai Raja-Raja sekalian, ayuh keluarkan perintah mencari penawar IKHLAS!



__________________________________________________________________________________

Imam Nawawi terjemahan dan syarahan serta susunan Ustaz Mustafa Abdurrahman, Hadith 6 & 10 , "Matan Arbaeen An-Nawawiyyah", Dewan Pustaka Fajar, Cetakan 2000.


Sunday, April 17, 2011

Trip 2 the Bookstore

0 comments
-Bismillahirrahmanirraheem-


Tiba-tiba terlintas hari ni nak meredah bandar cari buku. Entahlah, sebab baru habis baca satu dalam masa seminggu ni, mungkin 'drive' nak baca buku tu masih ada.

Jadi dalam kira-kira pukul 12 gitu maka berpergianlah insan ini menaiki bas Metro nombor 12 ke stesen U lalu transit menaiki LRT aliran Gombak menuju ke Kinokuniya bookstore di Suria KLCC nun. Cari buku apa anda tanya? Kenapa tidak ke Syarikat Telaga Biru anda persoalkan? Apakah buat tabiat beliau ini menuju ke sarang ***tuuut***?

Hajat di hati nak survey la buku-buku pasal isu kontemporari Islam di pentas antarabangsa dan arena dunia. Kalau ada yang berkenan boleh la layan sampai pagi Isnin ni.

-Stesen KLCC, STESEN KLCC, kepada penumpang sila berikan laluan.....- 

"Huh? Dah sampai?"

"Aish, sibuk pulak minah ni nak rapat-rapat ngan jasad aku."

Boleh tahan jugak la kesesakan di stesen perhentian LRT di KLCC. Dalam meredah lautan manusia ke kedai buku, terperasan ramai sangat yang bawak goodies bag berjenama. ASUS, SONIC GEAR, POWER LOGIC,.

Owh, terlupa ada PC fair sekarang.

Dipedulikan lambakan manusia yang sedang memburu alatan eletronik, saya bergegas ke masjid As-Syakirin untuk solat Zhuhur. Terserempak pula dengan budak UIA yang baru habis MUET, on the way nak balik Pahang. Aduhhh, rindu pulak nak balik kampung.


...Assalamualaikum warahmatullah...


Kewajipan Fardu, check.

Barang-barang kepunyaan. Kasut? Dompet? Handset? Check.

Wokeh, Kinokuniya.

Masuk gerbang menghadap water fountain, cari jap floor map, blok J, 4th floor.

Akhirnya sampai jugak Kinokuniya. Agak busy jugak kaunter, mungkin petanda positif kempen membaca yang kerajaan buat ada la terkesan kat masyarakat Malaysia. 

Haai, tak payahlah pikir Halim oiii, gi survey buku kau tu.

Tuntas maka daku meredah lautan manusia yang sedang bersesakan ketika itu di bahagian depan kedai, namun tatkala ku menyelami lebih dalam ke samudera inventory kutub-kutub, makin ku dapati kurangnya penyelam-penyelam yang memiliki keinginan membuka ufuk minda ke langit yang lebih tinggi, yang mana semakin kita mendaki, makin sesak nafas yang cuba kita ambil!

Apa kemerngarutan yang cuba saya sampaikan ini?

Buku kontroversi yang menarik perhatian
orientalis tak kurang juga respon para Ulama'
-goodreads.com-
Lepas masuk dalam sikit kedai buku, saya dah nampak dah trend pembacaan pembeli buku. Bahagian fiksyen ramai. Bahagian buku memasak boleh tahan, bahagian fesyen pun boleh kata begitu, check dalam sikit kat bahagian bahasa Cina ( ada bahagian spesifik untuk buku dengan pengantar Chinese tau?) pun ramai orang Cina.

Sampai je kat section buku yang ingin saya survey, seolah-olah cengkerik berbunyi, malah berkonsert dengan julang gemilang.Buku-buku tentang perkembangan agama, politik, ekonomi seolah-olah diabaikan. Biasanya dalam Kinokuniya boleh baca buku-buku yang ada kat shelves kalau ada banyak cetakan dalam kedai. Buku-buku seperti ini biasanya sudah dikeluarkan daripada balutan plastik.

Tapi saya boleh kata agak pelik, awat kebanyakan buku kat seksyen ni macam tak ada orang sentuh?

Lantaklah korang, apa lagi, mulalah saya belek satu-satu buku yang ada. Daripada lambakan buku-buku Islamophobia ( ni efflux dari 9/11 la ni), karya-karya Tariq Ramadan hingga kepada hasil tangan Edward Said, banyak judul-judul yang menarik minat saya. Tak dilepaskan juga membelek buku Karen Armstrong, seorang penganalisis agama Barat yang bukan orientalis stereotaip, yang mana buku-bukunya berjaya menukar persepsi Barat tentang Islam pasca 9/11. ( Did I mention she is a freelance monotheist who favours Islam?)

Hmm, ada tak buku tu? 

Teringin juga nak periksa buku 'Who needs an Islamic State?' tapi tak ditemukan lagi. Ditumpukan pula dekat buku 'Road to Mecca' karya Muhammad Asad, sebuah buku yang menceritakan bagaimana seorang Yahudi bernama Leopold Weiss menjadi Muslim bernama Muhammad Asad lalu menjadi antara penterjemah kitab tafsir bahasa Inggeris terhormat zaman ini..

Aii, kene geledah lagi ni. Nak tanya petugas kedai malas.

Alhamdulillah akhirnya ketemukan jua daku akan buku itu. Rupanya agak nipis judul tulisan Dr Abdel Wahab Al-Effendi ni eh? Saja nak cari buku pasal definisi Negara Islam yang lebih jelas, lebih-lebih lagi baru-baru ni ada wacana kat CFS di mana panel (Imam Feisal, Imam at a masjid near Ground Zero, New York) tu cakap:

"Is it only when you imply hudud you can declare yourself an Islamic state?"
Karya seorang pencari realiti
-http://my.opera.com/khairbakhsh/blog/-

Ada la putaran dan kejutan plot sebelum beliau sampai ke peringkat tu, tapi mungkin dalam entri blog lain.

Banyak buku nak beli ni! Jap-jap, check dulu poket.

Bukak dulu benda segi empat tu.

Aduhhh! Ada tiga puluh ringgit je! Mane cukup!

Lalu saya dengan langkah yang penuh bangga keluar daripada Kinokuniya selepas agak-agak sejam menyelongkar tanpa sehelai kertas promo apatah lagi buku yang dibawa bersama. Mesti bengang petugas kedai kan? Ada jugak terasa aura benci dan malice masa keluar kedai tadi. Maaf eh window shopping?

Walaupun pulang dengan tangan kosong, dapat juga saya simpulkan beberapa pengajaran penting safar kali ni. Nak saya listkan ke? Rasanya lebih baik saya simpan untuk diri saya sendiri, lagipun ada juga benda-benda sensitif yang tersingkap nanti. Lebih afdhal anda sendiri simpulkan pengajaran dari cacatan saya yang agak janggal ni untuk manfaat hidup anda sendiri.

Wokeh! 22 April book fair, wait 4 me!



(P/s- Sebelum beli buku pastikan siapa publisher, lebih-lebih lagi yang pengantarnya bahasa Inggeris, mahunya Orientalis kang lepas khatam rosak Aqidah!)

Saturday, April 16, 2011

Makkah dan Madinah

0 comments
-Bismillahirrahmanirraheem-


(Mu'min dalam konteks artikel ini ialah Mu'min yang sempurna Iman atau sedang berjuang untuk menegakkan IMAN)

(Manusia umum pula dalam konteks artikel ini ia masyarakat umum yang kurang peduli dengan tuntutan agama, bukan orang bukan Islam sahaja)


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu dan tetaplah bersiap siaga di perbatasan negerimu dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung."
(Surah Aali-'Imran:200)

"Wahai manusia! Sesungguhnya telah sampai kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu, (Muhammad dengan mukjizatnya) dan telah kami turunkan kepadamu yang terang benderang (Al-Qur'an)."
(Surah An-nisaa':174)

Masih teringat lagi subjek Pendidikan Syariah Islamiyyah masa SPM dahulu. Ada la jugak termasuk dalam silibus subjek ni untuk peperiksaan Sijil Pengesahan Mesin (SPM) ni tentang sumber-sumber hukum dalam Islam, khususnya Tafsir Al-Qur'an.

Antara gaya bahasa yang digunakan Allah dalam kitab sucinya ialah bentuk seruan yang disticnt. Ia memberi signifikan dalam membezakan samada ayat ini diturunkan sebelum Hijrah atau selepas Hijrah.

Ulama memberikan klasifikasi ayat yang turun sebelum Hijrah sebagai ayat Makkiyyah.

Yang turun selepas Hijrah diklasifikasikan sebagai ayat Madaniyyah.


Lebih lanjut Berkenaan Makkiyyah dan Madaniyyah 


Dalam membahaskan kategori Makkiyyah dan Madaniyyah, ada juga ulama yang menisbahkan Makkiyyah kepada ayat yang betul-betul diturunkan di Makkah dan Madaniyyah kepada ayat-ayat yang betu-betul diturunkan di Madinah.

Tetapi klasifikasi ini tampak kurang tepat kerana ada ayat yang turun bukan di Makkah atau di Madinah seperti di Thaif.

Oleh itu saya lebih cenderung kepada pendapat yang pertama yang lebih memenuhi ciri-ciri ayat yang dimaksudkan.

Antara perbezaan ayat Makkiyyah dan Madaniyyah yang lain ialah struktur ayat-ayat itu sendiri, kepada siapa ayat-ayat itu ditujukan dan kandungan seruan yang dimaksudkan kepada mereka .

Ayat-ayat Makkiyyah rata-ratanya PENDEK manakala ayat-ayat Madaniyyah agak PANJANG.

Ayat-ayat Makkiyyah ditujukan kepada MANUSIA secara UMUM manakala Madaniyyah khusus kepada mereka yang BERIMAN.

Kandungan ayat-ayat Makkiyyah menekankan AQIDAH yang benar manakala ayat-ayat Madaniyyah menumpukan pelaksanaan SYARIAT.

Saya rasa semua sudah tahu tentang ciri-ciri ini. Sekiranya dibuka buku teks, item-item ini sudah disenarai kemas dalam sebuah jadual untuk memudahkan mesin-mesin manusia menyimpan maklumat-maklumat ini dalam kotak memori, hanya menunggu masa peperiksaan Sijil Pengesahan Mesin untuk dimuntahkan agar mendapat pengiktirafan produk gred A+ daripada kilang penghasilan modal manusia.

Tetapi pengetahuan uslub Al-Quran bukanlah satu mata merit untuk kita gunakan dalam usaha mencari tempat dalam institusi atau badan korporat.

Tidak, uslub Al-Quran penuh dengan hikmah agar manusia memahami betapa halusnya Tuhan menyemai mesej KEBENARAN dalam kehidupan mereka.

Kenapa? Persoalan inilah yang perlu timbul apabila kita bertemu dengan satu corak dan proses yang berulang. Setiap perkara yang malar dan konsisten mempunyai ketetapan yang menyimpan HIKMAH yang besar.

Kenapakah ketikamana Allah menujukan firman-NYA kepada manusia secara umum hanya satu mesej disampaikan dalam format kecil-kecilan? Sedangkan kepada orang yang beriman firman-NYA panjang, kompleks dan teliti sepertimana ayat tentang hutang (2:282) dalam Surah Al-Baqarah?

Kenapakah tidak disampaikan mesej AQIDAH kepada manusia secara umum dengan ayat-ayat yang panjang?

Kenapakah tidak disampaikan mesej SYARIAT kepada Mu'min dengan ayat-ayat yang simple dan vague?

Kenapakah mesej SYARIAT tidak disampaikan kepada manusia secara umum tetapi hanya kepada golongan Mu'min?

Kenapakah mesej AQIDAH tidak disampaikan kepada manusia dengan ayat-ayat yang panjang dan pelbagai isinya?

Saya bukan ahli tafsir dan saya bukan mahu merumuskan satu lagi pendapat baru dalam disiplin ilmu ini.

Namun, merenung kembali ayat-ayat Al-Qur'an yang saya dan anda semua baca saban hari membuat saya terfikir, bertanya, mencari rujukan dan membuat satu rumusan.


Halusnya Proses Pembentukan Manusia Itu

' Apa nak jadi orang zaman sekarang ni, pakaian ketat-ketat, sendat-sendat, tak cukup kain!'


'Kita perlu sampaikan kepada mereka yang aurat perlu ditutup! Wajib!'


........................................................


' Mengapa la diaorang dengar lagu-lagu macam tu? Tak tahu ke semua lagu tu bawa mesej seks bebas, anti-tuhan, lawan agama?'


' Tu la sebab kita kena tarik minat diaorang ni kepada Nasyid!'


........................................................


' Abang, ayang rasa kita kena hantar anak kita ke sekolah tahfiz, biar lancar baca Al-Quran, siap ada jaminan syafaat kat akhirat nanti'

........................................................


' Mengapalah budak-budak ni angkat sangat artis-artis? Tak tahu ke Rasulullah tu contoh terbaik kita?'


........................................................


Kembalilah kepada pemakaian yang Islam anjurkan.

Kembalilah kepada hiburan yang dibenarkan Islam.

Kembalilah membaca Al-Qur'an.

Kembalilah mencontohi sifat-sifat Rasulullah S.A.W.

Kembalilah kepada SYARIAT.

Itulah sebenarnya mesej yang kita sampaikan kepada orang ramai, yang mana kita sendiri boleh lihat kurang peduli dengan pesanan dan anjuran yang kita cuba bawa.

Cara kita membawa mesej-mesej itu pula bagaimana ya? Mudahkah diterima? Jika mudah adakah sampai mesej itu kepada mereka?


AQIDAH DAN SYARIAT, WORLDVIEW DAN WAY OF LIFE

Allah S.W.T. menujukan ayat-ayat yang mengandungi tuntutan SYARIAT, WAY OF LIFE kepada golongan MU'MIN kerana hanya golongan MU'MIN yang peduli, cermat dan teliti terhadap suruhan dan larangan dari TUHAN.

Demikianlah, maka format ayat-ayat Madaniyyah yang digunakan Allah sememangnya menepati golongan sasaran.

Allah S.W.T. menujukan ayat-ayat yang mengandungi mesej AQIDAH, TAWHID, WORLDVIEW yang benar kepada manusia umumnya kerana inilah menjadi nadi agar terdorong kehidupan kita untuk mengikuti SYARIAT.

Demikianlah, maka format ayat-ayat Makkiyyah yang pendek, menerangkan hanya satu fokus yakni AQIDAH yang benar, simple & tak berlapik-lapik, mengetengahkan bukti-bukti, sememangnya bersesuaian dengan manusia yang memerlukan jawapan yang mudah untuk mereka fahami dalam konteks pemikiran mereka yang terdiri daripada pelbagai golongan.

Tidak pula format ayat Makkiyyah digunakan untuk golongan Mu'min dan format Madaniyyah untuk manusia umumnya.

Adakah kita sebagai ummat Islam mengambil iktibar daripada metod Rabbani dalam mendidik dan mengajak manusia kepada kebenaran?

Apakah selama ini kita tersilap memberi prioriti, sehinggakan makin ramai yang jauh daripada SYARIAT kerana kita terlupa untuk pada masa yang sama mengangkat isu AQIDAH?

AQIDAH yang dimaksudkan pula bagaimana? Hanya sekadar mengambil definisi buku teks atau kita berwacana dengan mengambil kira pelbagai lapangan yang boleh ia pengaruhi?

AQIDAH sebenar membentuk persepsi.

AQIDAH sebenar membentuk nilai.

AQIDAH sebenar membentuk sikap.

AQIDAH sebenar menjadi titik tolak perubahan daripada DZULMAT kepada NUR.

Dan disini persoalan yang lebih besar timbul sebelum kita keluar untuk mengajak mereka ke AQIDAH yang benar, ADAKAH KITA sudah berpegang dengan AQIDAH BENAR  yang kita hendak ummat kembali berpaut kepadanya?

Sekadar perkongsian pengamatan untuk kita sama-sama fikir.

Friday, April 15, 2011

Melihat ke Langit, Menyemai Bumi

0 comments
-Bismillahirrahmanirraheem-


"Pergggh terkejut kepala aku tadi dengar syarah Sheikh Imran Hossein, bapak menyentap penjelasan dia!"


-Sheik Imran Hosein-
(www.imranhosein.org)
"Ha'ah, siap ada pelopor dinar mas lagi masa majlis tadi!"


"Eh, ce korang terang sikit apekebende isi talk tadi? Can you explain to me what the Sheikh just said? Ape kaitan seluar jeans dengan Gog-Magog ( Ya'juj wa Ma'juj )tadi?"


"Alaaa, ko kan ambik MUET esok?"

(Hahahahahahaha)


"Eh Syeikh Syukri, tadi lagi senyap? Benda pendapat ko tentang ceramah tadi?"


"Laaa, takkan tak kenal syeikh kot? Dia tengah pikir nak balik Putrajaya nanti tulis kitab ijtihad!"


(Hahahahaha XD)


Itulah sedikit sebanyak komen saya, Najmi Basri, Abdul Basit, Syafiq Zaidi, Suffian Zulkifli, Sheikh Syukri As-Suhaimi Al-Putrajayayi dan Abu Ubaidah sepulangan daripada wacana 'An Islamic View on the Arab Uprising' yang disampaikan oleh Sheikh Imran Nazar Hosein.

Owh, tak dilupakan juga Nizam Yatimi yang membawa kami ke Universiti Malaya, Auditorium Akademi Pengajian Islam dengan Trajet Hyundai beliau yang begitu berjasa. Thanks a lot Nnnjjjje!

Bagi mereka yang pernah menonton dokumentari Awakening Project seperti The Divine Book, The Arrivals dan Third Phase, kuliah dan pesanan Sheikh Imran Hosein seringkali dimuatkan dalam episod-episod series tersebut, khususnya berkaitan Israel, konspirasi Yahudi, petanda-petanda menjelang Qiyamah dan sudah tentu topik yang paling diminati ramai (digeruni juga), AL-MASIHUD DAJJAL!

Tapi kedatangan beliau ke UM bukanlah untuk mengupas isu-isu tersebut seperti yang diucapkan oleh beliau:

"I won't bother explaining about it because you've been listening to me for the past 10 years!"

Kedatangan Al-fadhil syeikh adalah untuk menerangkan sedikit sebanyak tentang perkembangan kebangkitan di Timur Tengah dengan kaitannya terhadap perancangan Yahudi Zionis dan bonekanya Amerika Syarikat dalam mencaturkan pelbagai peristiwa-peristiwa dunia 'pasca-moden'.

Beliau juga memberikan penekanan terhadap perspektif yang digunakan beliau dalam menganalisis kebanyakan isu-isu global yang baginya seringkali tersasar kerana kita ummat Islam gagal untuk mengamati isu tersebut daripada satu pandangan khas yang hanya kita miliki.

"The seculars can only analyze from the political and economical aspects, and they cannot go beyond that. But we as Muslims have another perspective that allows us to go further than them to look into matters. I call this perspective ESCHATOLOGY."

"And the secularist scoff, scorn, laugh when I use ESCHATOLOGY as a method to analyze current issues because they cannot go beyond their secular mindset."

Kata-kata inilah yang mencari tema utama sebenarnya dalam talk beliau. Melihat dan menganalisis situasi semasa dengan merujuk khabar Al-Qur'an & As-Sunnah tentang peristiwa akhir zaman.

Inilah perkara yang memberi renjatan giga-watt bagi saya sepanjang majlis diadakan, tidak dilupakan juga penekanan aspek membebaskan ummat Islam daripada RIBA, suatu gagasan yang sudah lama diperjuangkan Sheikh Imran dalam usaha menguatkan kembali ummat Islam.

Namun dalam keseronokan dan keghairahan kami semua mendengar penyampaian Sheikh Imran, something ticked in my mind.

Bagaimana kita ingin membawa mesej dan gelombang kesedaran yang sama kepada mereka yang berada di kampung sana?

Saya tak nak lah komen banyak sangat sebab pengunjung laman ni boleh baca sendiri la coretan-coretan saya yang lepas, banyak sangat perkataan TAPI dengan NAMUN.

Tapi, (haaa kan dah kate) kebangkitan sebenar adalah kebangkitan yang didokong oleh seluruh lapisan masyarakat lebih-lebih lagi agenda yang kita ingin tentang ni usaha kuasa GLOBAL, maknanya segenap ummat Islam perlu di-galvanise-kan untuk sahut cabaran meng-Islam-kan kembali EKONOMI dan MUAMALAT bukan sahaja di negara-negara Islam bahkan mencakupi seluruh jaringan tamadun yang terlibat dalam transaksi kewangan!

Wow! Tampak agak tapi sebenarnya kurang mustahil kan?

Siapa lagi kalau bukan kita muda-mudi yang ada access kepada maklumat-maklumat sebegini untuk menghadamkan idea-idea intelek seperti Sheikh dan menyebarkannya di peringkat bahawa sana?

Memetik kata-kata Syeikh Imran

"I realize that I am only laying the foundation, it is up to THOSE that come after me to take things to a higher level and expand this idea."

Anda rasa siapakah THOSE, MEREKA yang Sheikh Imran maksudkan?

Ayuh kita muda-mudi persiapkan diri untuk menjana kebangkitan UMMAH seperti yang dijanjikan RASUL AL-AMIN!

(P/s:- Mungkin ada sedikit ketidaktepatan dalam quoting kata-kata Syeikh Imran tapi saya boleh jamin yang isinya DHABIT.)  : )

Sunday, April 10, 2011

Mana Penyelesaiannye?

3 comments
Bismillahirrahmanirraheem


Mengelamun, contemplating, muhasabah.


Apa lagi yang kita buat salah sebenarnya?


'Ana mencadangkan agar kita buat ceramah berkaitan isu ni untuk menyelasaikan masalah....'


'Saya rasa kita kena buat konsert Islamik supaya budak-budak ni lebih tertarik dengan hiburan yang Islamik dan cara untuk menarik minat mereka..............'


'Aku rasa kita kena anjurkan forum untuk mencerahkan...............'

Sudah diadakan ceramah.


Sudah diadakan konsert Islamik


Sudah diadakan forum.


Tapi dan saya tekankan, TAPI, masalah-masalah ni masih lagi persistant. Bukan di kampus sahaja ya? Temanya sama sahaja dalam semua peringkat masyarakat, bezanya siapa yang buat masalah tu.

Masalah apa anda tanya? Listkan semua gejala sosial, keruntuhan akhlak dan kegiatan mungkar yang wujud sekarang, tu lah masalah yang kita tengah hadapi.


Mana salah kita sebenarnya eh dalam menyelesaikannya semua?

Thursday, April 7, 2011

Bahasa yang sama

0 comments
Bismillhirrahmanirraheem


"Mengapa la kita kena belajar bahasa Inggeris? Bebal apa kementerian?"


"Mengapa kau cakap macam tu?"


Sengaja bertanya, sedangkan saya boleh je jawab terus.


"Bak kata member aku masa cikgu dia tanya mengapa dia tak minat bahasa inggeris, BUAT APA BELAJAR BAHASA ORANG KAFIR!"


Saya terkelu, ingatkan nak timbulkan isu bahasa jiwa bangsa, kajian UNESCO tentang corak pembelajaran sesebuah negara, tapi boleh boleh pula diberi jawapan seringkas itu?


.................................................................................................................


Walaupun sudah beberapa tahun, jawapan kawan saya itu masih terngiang-ngiang dalam kepala. Bagaimanakah kita masyarakat Malaysia, khususnya kaum Melayu, melihat kaum lain, bangsa lain melalui perspektif seorang Muslim?


Adakah kita satu-satunya kaum yang berhak ke atas petunjuk Islam?


Kalau begitu kita secara tak sedar mengikuti jejak langkah orang Yahudi yang mengeksklusifkan agama untuk bangsa semata-mata.


Saya juga mengakui, respon sebegitu mungkin terbit kerana perasaan benci kita terhadap Barat dengan segala konspirasi dan kekejaman yang mereka dalangi dalam pelbagai episod penderitaan ummat Islam khususnya dan masyarakat dunia amnya.


Tetapi, untuk menafikan Islam sebagai rahmat lil 'alameen adalah keterlaluan bagi saya.


Adakah orang Amerika tidak berhak untuk menerima kurniaan hidayah Islam?


Adakah orang Rusia yang ateis tegar juga menerima layanan yang sama?


Kita ummat Islam boleh memilih siapa yang patut menjadi Muslim? Nampaknya kita sudah menjadi sekretariat Tuhan yang dilantik secara tidak rasmi, memang hebat bangsa kita!


Tu tak masuk lagi bab Muslim warisan yang lebih teruk perangai dari Muallaf!


Haaaaaaahh..........


Mengeluh-mengeluh juga. Mungkin intrepetasi kata-kata rakan saya ini agak keterlaluan.


Tapi saya membuat kesimpulan sebegitu berdasarkan peristiwa dan keadaan realiti di negara kita. Bagaimana pimpinan menafsirkan agama Islam ini hanya satu wadah untuk menyebarkan pengaruh, itu tak termasuk lagi perangai golongan 'agama' meng'exclusive'kan mereka yang sudah exclusive.


Islam menjadi komoditi terhad, hanya boleh dinikmati golongan tertentu


Muslim menjadi satu kelompok, sedangkan ia adalah fitrah yang terpendam dalam jiwa kita semua sama ada yang putih atau hitam, yang makan budu atau tobasco sauce, yang pakai pelikat atau seluar hawaii.


Mencerahkan paradigma seorang Muslim Melayu di samping meneguhkan identiti bangsa yang memang turun naiknya berkadar terus dengan keterikatan dengan Islam.


Supaya timbul rasa simpati untuk menghulurkan mesej Islam kepada Subramaniam a/l Gopal, Wong Sheeu Chan, Alex Summers, Nikholai, Singh bila diri mampu mencipta dan menggunakan peluang.


Agar lebih kuat dorongan untuk mengajak keluarga, kaum kerabat sendiri ke arah Islam.


Lidah kita mengungkapkan bahasa berbeza, tapi hati kita berbicara dengan-NYA dengan bahasa yang sama.


Banyak lagi kene belajar dan buat nieeeehhhh.........