Thursday, February 24, 2011

Titik Baruku, dalam Kitaran ini.

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Sudah tamat satu semester.

Banyak yang dah aku lakukan.

Exam sudah habis ku redah.

Buku-buku sudah ditutup kini.

Lampu study sudah mula mengumpul habuk.

Barang kepunyaan sudah dikemas semua.

Menunggu masa check-out sahaja.

Sunday, February 20, 2011

Henti dan Hisab

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Dah lama aku rasa resah.

Tidur tak pernah nyenyak.

Jaganya macam orang keawangan. Tak rasa berpijak di bumi, tak rasa berbumbungkan langit.

Makan tak pernah rasa puas, walaupun kenyang.

Cuba duduk senyap, nak bertenang hajatnya, namun banyak sangat perkara yang bermain di benak.

Saturday, February 12, 2011

Ana, Saya dan Aku

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..


Siapakah ANA?


Siapakah SAYA?


Siapakah AKU?


Bagaimana kita merujuk diri kita seringkali menggambarkan personaliti yang ingin kita persembahkan kepada orang lain.


"Adik nak makan nasi ayam petang ni", pinta seorang anak kelaparan kepada ayahnya pada waktu tengahari.


"I nak jumpa you kat cafe malam ni eh? Ssssayang!", gedik seorang buayafriend kepada gelifriend beliau.


"Along bukan tak nak ziarah, tapi dah ada plan cuti ni!" terang seorang cucu kepada neneknya yang kerinduan sebelum cuti semester bermula.


Begitulah kita sebagai manusia membahasakan diri kita apabila berdepan dengan orang lain. Semuanya bersebab, antaranya untuk adab sebagai anak, hormat sebagai orang yang lebih muda, dan paling meluat sebab nak ambil hati, macam pasangan buaya dengan gelifriendnya atas tadi.


Tetapi, kalau kita buang segala macam RUJUKAN DIRI tersebut, siapakah diri kita sebenarnya?