'Nasi lemak!!'
'Nasi lemak pekebendenye aok ni? Pelik betoll..'
...........................................................................................................
'Halim , pinjam jap pensel..'
'Nasi lemak!!'
'Pensel, bukan nasi lemak daaa...'
'Yelah , yelah. Nah ambek.'
'Mekaseh'
'NASI LEMAK!!'
'Pelek btoi aok nie! Haisy...'
.........................................................................................................
Haaaah..... Jauh betul mengelamun tadi. Teringat la pulak zaman kanak-kanak dulu. Zaman suci. Zaman bersih bak kertas putih.
Zaman fitrah yang tidak berselindung dan jelas riaknya.
Dan pada zaman inilah kita semua menonjolkan diri kita sebenar. Samada pendiam , periang , pemalu dan juga pengganas. Ye, penggganas! X caye cube tanye member lame-lame dulu. Kita semua ikhlas dalam menggambarkan diri kita yang sebenar.
Suatu nikmat yang sangat sukar ditemui dalam kalangan rakan2 yang semakin berjauhan kini. Saya hanya berharap anda masih seperti dahulu. Bersih , suci. FITRAH.....
Tapi x mengapalah. Bukanlah layak diriku untuk menghukum dirimu.
Tetapi FITRAH ialah suatu elemen yang sentiasa bersama kita. Kita takkan dapat berpisah daripadanya walaupun kita cuba menafikannya. Dan zaman kecil dan cilik adalah kayu pengukur. Anda rasa siapakah budak hensem lagi kacak yang sentiasa menyebut ' NASI LEMAK!! ' tadi ? Yang dah tahu , x pe. Yang rasa macam nak kenal, pandai2lah cari sendiri. Hehe..
Bukanlah niat saya untuk anda mencari identiti budak yang hensem tersebut , tetapi sikap dan tingkah-laku yang ditonjolkan. Kanak-kanak sentiasa mencari atau melakukan sesuatu yang membezakan diri mereka dengan yang lain. Samada membuat trademark , catchline , atau gaya percakapan, mereka semua ingin membuat kelainan. To stand out from the crowd bak kate orang Kerdau. Identiti tersendiri , imej tersendiri .
Dan FITRAH ini dibawa sampai ke alam remaja , atau lebih tepat syabab wal watayat. Saya yakin , mustahil dalam 30 individu terdapat 5 orang yang sama hobi , minat dan personaliti. FITRAH to stand out from the crowd tersemat dalam jiwa masing2. Sejauh mana kita cuba berqudwahkan , berkiblatkan , mencontohi personaliti seseorang , U are who U are . Kita x perlu gelisah sekiranya kita tidak mempunyai sifat2 , kebolehan2 dan kelebihan2 yang ada pada seorang teman.
Kerana anda adalah satu jiwa yang telah ALLAH , Ahsanal Khaliq cipta dengan keunikan tersendiri.
Dan keunikan inilah yang telah membawa saya jauh daripada teman2 , sahabat2 , rakan seperjuangan yang begitu rapat dahulu. Sehingga pernah timbul persoalan,
' Kenapalah ALLAh x ciptakan kita semua same? X payahlah susah2 ada perpisahan , perbalahan , perpecahan? '
Ya ALLAH! Kamu sungguh bijaksana dalam merencana SUNNAH dunia!
Adakah akan terbina sebuah rumah , tempat perlindungan dan kesenangan dengan hanya arkitek-arkitek yang pandai merancang , x punya kemahiran pembinaan ? Atau cukup dengan sepasukan buruh yang hanya tahu membina dan tidak pula tempat dan bentuk rumah itu ?
Sekiranya semua individi-individu tidak berkenalan dan bekerjasama , sampai akhirat takkan terlihat walau guni pasir di tapak pembinaan!
Tetapi dengan pertemuan mereka , sudah pasti sebuah rumah yang selamat dan indah dapat ditegakkan , melindungi sebuah keluarga dari bencana.
Begitu juga kehidupan. Manusia itu penuh kelemahan. Tak mungkin ia dapat hidup sendirian. Melakukan segalanya sendirian. Melalui kehidupan SENDIRIAN.
Dan tidaklah suatu perbezaan antara mereka membuatkan mereka berjauhan , apatah lagi cuba menjauhkan diri daripada orang lain.
Kerana PERBEZAAN itu hanya MERAPATKAN shilaturrahim , bonds , hubungan antara mereka.
Kerana mereka saling memerlukan KEKUATAN yang terdapat dalam diri masing-masing.
Kerana KEKUATAN dan KELEBIHAN yang dianugerahkan kepada mereka mempunyai kebaikan dan kepentingan kepada orang lain.
Oleh itu x usahlah kita memandang rendah kepada nikmat kebolehan yang telah Allah anugerahkan kepada kita.
Samada kita seorang pelajar aliran sastera ataupun sains,
yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi atau tidak,
Mahupun pelajar yang tidak berjawatan atau berjawatan tinggi,
Ataupun seorang penuntut jurusan masakan atau perubatan,
Apatah lagi sebagai seorang sahabat dan teman.
Kelainan anda membawa rahmat ke seluruh alam.
Hemmmmmmmmmm. Sedap gak pekena nasi lemak pas ni.
perbezaan itu terkadang ia melengkapi.
ReplyDelete