Wednesday, February 3, 2010

Bebanan....

"Adakah aku mampu?"

"Layakkah aku?"

"Apakah caranya?"

"Adakah ada orang yang akan membantu?"

Persoalan sememangya sesuatu yang menghantui manusia. Biasanya disebabkan oleh kesalahan yang dilakukan, ada juga kerana keputusan besar dalam kehidupan apatah lagi berkaitan dengan realiti diri sendiri.


REALITI DIRI SENDIRI!

Pernahkah anda membaca kisah Nabi Ibrahim Alaihis Salam? Baginda begitu tertanya-tanya dan hairan dengan amalan kaumnya menyembah BERHALA yang tidak mampu berkata-kata, bergerak dan melihat.

Maka berkelanalah Nabi Ibrahim Alaihis Salam, dalam misi mencari hakikat diri, maksud diri, REALITI DIRI. Baginda melihat ke langit di malam hari, terserlah sinaran Bintang,

"Adakah ini Tuhanku?"

Lalu hilang sinaran bintang, dan berpalinglah Nabi Ibrahim , masih dalam pencarian. Begitu juga apabila terbitnya Bulan dan Matahari dan terbenamnya mereka.

Mustahil yang terbenam itu Pencipta.

"Wahai kaumku! Aku berlepas diri daripada sembahan2 kamu!!"

Sedarlah baginda akan hakikat diri, seorang hamba kepada si Maha Pencipta , yang diberikan misi yang besar lagi mulia. Seorang Nabi pembawa risalah Suci!



"Aku pula bagaimana?"

Kini saya sudah pun memasuki semester terakhir dalam persijilan tahfiz di Darul Quran. Buat yang tidak mengetahui , program ni bertujuan untuk melahirkan Hafiz-hafiz yang professional. Diharapkan itulah natijahnya. Tetapi , ada suatu soalan yang sudah lama menghantui minda dan mengisi fikiran.

Apakah maksud Hafiz professional?

"Doktor yang menghafal Al-Quran mesti power giler kan?"

"Kita mesti melahirkan HUFFAZ-HUFFAZ yang berkredibiliti! "

"HUFFAZ-HUFFAZ ADALAH PEMIMPIN MASA HADAPAN!"

Kata-kata yang sarat dengan harapan dan ambisi nan mulia. namun persoalan masih timbul, adakah ianya hanya sekadar IDEALISME yang tidak berpijak di bumi REALITI?

Kepada mereka yang beranggapan sedemikian, apakah sebenarnya harga sebuah Al-Qur'an? Dimanakah letaknya nilai lembaran suci itu sehingga ia diagung-agungkan?

Jujur saya katakan, saya sudah membenci slogan2 ini.

Bukan kerana saya membenci golongan penghafal quran, TIDAK! Saya sendiri sedang cuba menghabiskan 30 juzuk tetapi saya sudah muak dengan perangai dan sikap mereka!

.........................................................................................................................

Pada hari ini, berapa ramaikah lepasan-lepasan daripada latar-belakang Al-Quran dalam bidang professional menerajui perkembangan ummah di Malaysia? Bolehkah anda memberi satu jawapan?

Kini hafazan Al-quran dilihat sebagai satu tambahan dalam sijil kelayakan atau resume' seseorang. Ini berdasarkan pengalaman saya, sekiranya anda ingin membantah dipersilakan. Tetapi ingin saya high-light kan satu masalah besar, APA AKAN TERJADI SEKIRANYA INDIVIDU-INDIVIDU INI MENCEMARKAN STATUS YANG MEREKA BAWA??

Ini lah beban yang dipikul oleh semua yang bakal menghabiskan hafazan mereka. Nabi Ibrahim menemui realiti diri baginda, lalu ditunjukkan jalan kehidupan sebagai nabi. Satu petunjuk yang jelas lagi terang. Hafiz-hafiz pula bagaimana? Adakah kami hanya memulaukan diri di masjid dan melancarkan hafazan dan tiba bulan  Ramadhan menjadi Imam di masjid dan datang musim Musabaqah Al-quran kita mempersiapkan diri untuk pertandingan?

Kepada mereka yang sedang membaca,

Bukan niat saya untuk menukarkan pandangan anda terhadap golongan penghafal Al-quran because i'm one of them. Zaman kini menyaksikan kelahiran golongan yang begitu sinikal terhadap agama. Pernah suatu ketika seorang Perdana Menteri negara Islam mengharamkan semua kakitangan kerajaan berpuasa. Bayangkan betapa marahnya rakyat negara tersebut. Daripada si penjual roti kepada ulama'-ulama, semuanya bangkit mengatakan betapa pentingnya puasa, menerangkan kewajipannya sebagai rukun Islam dan pelbagai lagi hujah-hujah yang qat'ie.

Lalu apa kata PM yang terkutuk itu?

"Berpuasa merendahkan produktiviti kakitangan kerajaan dan negara!"

Baiklah, dalam situasi tersebut, siapakah yang salah?

Adakah salah agama Islam sedangkan ia agama suci lagi benar yang diajarkan oleh Allah s.w.t. melalui Rasullullah?

Atau PM yang dangkal pemahaman agama lagi lemah iman?

Atau umat Islam negara itu yang membuktikan bahawa puasa yang mereka kerjakan mengurangkan produktiviti?

Boleh anda faham maksud saya? Golongan agama menjadi Fitnah terhadap agamanya sendiri! Inilah simptom yang melanda semua golongan dan peringkat Muslim hari ini.



Apakah maksud sebenar agama kita ini? Adakah ia religion (Millah) atau way of life (Deen)? Jika benar ia way of life yang menjanjikan kesejahteraan dengan pentadbiran dunia , kenapakah dalam ranking rasuah sedunia negara Islam berada di tangga yang lebih rendah daripada ISRAEL? daripada SINGAPURA? daripada negara SEKULAR , KOMUNIS , LIBERALIS!

dan banyak lagi ranking yang umat Islam menjuarai.

.........................................................................................................................

Jemu , muak , benci , marah.

Dan saya mungkin tergolong dalam kalangan mereka.

Dan persoalan itu masih belum terjawab.

Dan kini ia menjadi beban pada setiap bahu mereka yang bakal menjadi Al-Hafiz. Kata2 saya ini tidak saya tujukan hanya kepada mereka, tetapi juga kepada semua individu , fardun , jiwa , hati yang pernah bernaung di bawah gelaran seorang pelajar disiplin Islam. Samada universiti, sekolah menengah, sekolah rendah, hatta tadika sekalipun, masyarakat bakal mengangkat kita ke mercu contoh. Sekiranya kita jatuh, bukan setakat saudara-saudari Islam kita yang akan bersinikal kerana kesannya lebih dahsyat di kelompok kuffar sana.

"Ya Allah! Tunjukkanlah kami jalan juang kami ke redha-MU sebagaima kamu menunjukkan jalan juang kepada Nabi Ibrahim a.s dan junjungan Rasullulah!"

Moga kitalah generasi yang mampu membawa beban ini ke Mizan sebagai imbalan...........................



0 comments:

Post a Comment