Thursday, December 24, 2009

Journey To The Kingdom of Lipis ::The Road::

Perjalanan yang begitu memeritkan.

ITULAH PERJALANAN SAYE KE KUALA LIPIS.

Bagi mereka yang x pernah ke Lepeh (lohgat orang sane), geografinye perjalanan yang beralun sememangnya mencabar bagi orang2 yang mabuk darat. Haa, jangan pelik. Mabuk darat pun ade. Ingat ape? Orang naek kapal je ke yang poning kepala? Dari Bentong ke Raub, pastu ade la pulak bas Transnasional ekspres ni maen berenti2 lak? Haaai, bengang pale otak kawan. Xpe2 sabar Lim,sabar....










Tapi i2lah cabaran pertama dalam misi mencapai destinasi Lepeh yang jauh dari Kerdau ni.

........................................................................................................................

"Halim, aok x nak makan ke? Koi ade bawak cicipan-cicipan ni"

Kate member sekolah rendah koi dulu yang turut serta dalam ekspedisi kali ini. Bagoih betul la die nak kongsi makanan, masalahnye kiteorang duk kat seat belakang! Dan bas ni jumpe bonggol, sambil terbang tu sambil keluar isi perut!

"X pe la, koi ni baru pas makan tadi. Boleh tahan sampai Lipis kang."

"Owh ye ke? Koi ade COKI-COKI ni. X nak merase ke? hehe."

"?? Choki-coki? Eemmm,mari la sedas."

Haha. Walaupun banyak kali menolak, tapi tumpas jugak dengan makanan import paling laris kat koperasi-koperasi sekolah menengah agama negeri Pahang. Kalau wak2 rehat, mase nak gi koop, boleh la nak saksikan perusuh-perusuh bergaduh nak beli komoditi ni. Sekali ambik cekelat coki-coki ni kene la secekak, 2 cekak. Kalau ade pulok member yang pesan moh jugok diaorang ni ambil sekotak!




Tapi saye pun minat coki-coki ni. Bukan sebab die lemak berkrim lagi manis dan disukai ramai, tapi saye suke berfikir sambil menikmati setiap sisipan coklat yang menyisir ke dalam perut ku yang kegianan.Hehe.

Fikir sambil makan? Jangan pelik la wahai sahabat2ku. Kalau tengok koi dok menikmati coki-coki sambil menerawang ke udara tu, maknenye tengah berfikirlah.

Maka sambil menghargai coki-coki, aku memerhati keluar. Pemandangan kawasan yang berbukit-bukau sememangnya memukau. Tak kire dari pekan Bentong ke perkampungan Dong, kehijauan yang meliputi amat mendamaikan. Tapi damai x kekal lama. Mata yang memerhati sememangnya akan menangkap benda2 yang mengganggu hati.

........................................................................................................................

"Weh Latip, ce aok tengok masjid tu. Perasan x?"

"Awat? X de ape2 yang memusykilkan pun?"

"Bukan ke ade masjid yang same bentuk, rupe, warna lagi binaan apatah lagi kedudukannya tadi?"

MASJID YANG SAME RUPE DALAM JARAK YANG BERDEKATAN

Ape yang merisaukan?

Cube anda bayangkan sebuah masjid yang dibina untuk sebuah kampung yang jumlahnya 60 orang penduduk. Adakah kesemua ahli qaryah turun untuk solat jemaah?

Itu baru solat fardhu yabg sememangnya patut diutamakan. Bagaimana pula solat Jumaat?
Kalau lah satu hari nanti, tibe-tibe je orang-orang kampung nak cebe test solat kat satu masjid, pastu masjid satu lagi tu minggu depan. Hah, siap wat jadual lagi, adakah jumlah jemaah solat mereka sah? Yang masjid pertama 41 orang yang se lagi 19. Minggu depan terbalik pulak. Aii, serabut memikirkannya.

Tu tak masuk lagi isu-isu len! Yang ini ana akan bagitau lain siaran.

..........................................................................................................................

"Weh Lim! Cepat tul aok belasoh coki-coki aok. Nah, ambik sebatang lagi."

"Tima kasih la Latep"

Itulah perjalanan kami. Dihidangkan dengan alam yang menghijau, pemandangan yang kadang-kadang menimbulkan persoalan dan x lupe juge coki-coki disisi. X dilupakan juga keadaan yang sangat menggelikan semasa mendengar orang Pahang dok kecek nge Oghe Kelate!

"Aok dok mane?"

"Kawe duk kawase hok sekien-sekien"

Lalu terangkat kening mate kami tatkala melihat reaksi orang Pahang tersebut. Hehehe. X nak cite sangat kang lari cerite kang.

Sedar x sedar, selepas 3 jam terhenjut-henjut dalam bas, akhirnya dapat jugak koi melihat Bandar Kuala Lipis. Dalam keadaan masih terlopong dengan melihat sebuah bandar yang x pernah ku tahu wujud
(4 tahun beljar Kelantan dulu weh, x sempat jalan2 kat Pahang) Latip pun bertanye kpd member beliau yang bakal menyambut kami.




"Aok kat mane skarang? Koi nak sampai dh nie. Ape? On da way? X pe2. Koi ngan member koi tunggu kat stesen."

Tibe2 je bas pun berenti. Kami dah tibe di destinasi. Dan aku bakal menjejakkan langkah pertama di bumi Lipis.

-The Journey Continues-


0 comments:

Post a Comment