'Apsal koi lak? Aok la! Aok x prnah gi lagi!'
'Eh Hazwan, cepat la pergi! Sekarang presentation aok!'
'Aaaaa...'
Lalu masuklah Hazwan ke dalam tandas , ketakutan kerana kene bagi presentation English...
Aiii. Macam pernah tengok je situasi ni?
Nak ke tak boleh sebenarnya kita semua ni? Ramai orang mencipta alasan apabila mereka diminta untuk melaksanakan sesuatu atau diberikan tugas. Ikutlah tugas apa-apa pun. Daripada sekecil-kecil memadam papan putih dalam kelas , sehingga menjadi pengerusi majlis sebuah program. Ada-ada je sebab tak boleh ke depan.
Tu tak masuk lagi bab dia mengutuk kat belakang,
" Apa la mamat tu , nak cakap kat depan pun tak boleh? Gagap cam apa entah..."
" Hek eleh , berlagak best la tuh tolong pensyarah. Teacher's pet la katakan.."
Aii, badigol! Aok tu x wat pun benda baik , aok pergi ngutuk la pulak orang buat baik?
Tetapi benda-benda macam ni lah biasenye yang menghalang kita untuk maju ke hadapan. Takutkan cemuhan , malu diejek , walaupun benda-benda ni patut kita buang sejak bangku tadika lagi.
Pernah tak kita merenung pada diri kita sendiri , semasa kita masih kecil. Tak punya pemikiran matang , malah hanya tahu ingin memenuhi kehendak sahaja. Memekik sana sini , menangis nak minum susu , nak makan cekelat dan macam2 lagi kerenah yang menyerabutkan. Namun begitu kita begitu yakin. Yakin memberitahu seluruh dunia apa yang kita mahu , tidak mempedulikan sangkaan dan tanggapan orang lain.
Kenapakah semasa kita masih kecil, kita sanggup berhempas pulas , berusaha selepas jatuh berkali-kali , melukakan kaki dan lutut , ditertawakan oleh ramai orang disekeliling kita semata-mata untuk berdiri? Tetapi semasa dewasa , semasa kita sudah boleh berdiri dengan betul , sudah boleh berfikir dengan wajar , kita enggan untuk menggunakan nikmat berdiri yang telah kita usahakan sejak kecil untuk berdepan dengan khalayak dan mencuba sesuatu yang baru?
Kenapa kita terlalu mengambil berat tentang tanggapan orang lain sedangkan pemikiran itu hanya menghalang kita untuk maju ke hadapan? Nama dah manusia , bukan semua yang setuju atau berfikiran sama dengan kita. Ada sahaja perkara yang baik dikatakan tidak dan sebalikya.
" Tapi saya tak mampu.."
KEMAMPUAN ialah suatu benda yang tersirat. Bagaikan mata air yang selama ini tertutup atau tertimbus di bawah batu dan tanah di padang pasir. Tiada siapa yang menyangka di bawah timbunan semua lapisan itu terpendam sebuah mata air yang boleh dijadikan sumber minuman , membawa perlbagai manfaat kepada semua makhluk sama ada haiwan ataupun manusia yang kehausan.
Dan sesungguhnya mata air itu takkan sesekali terpancar jika lapisan-lapisan tanah dan batu itu tidak teralih. Sebagaimana kemampuan dan kebolehan yang disekat oleh keraguan dan ketiadaan keyakinan.
Oleh itu sahabat-sahabiah sekalian , peluang hidup ini sekali sahaja. Adakah kita mahu dipersoalkan pada Yaumul Hisab tentang mata kita , lidah dan bibir kita , tangan dan kaki kita serta keputusan yang telah diberikan kepada kita, sama ada dimanfaatkan sebaiknya atau tidak? Usah kita biarkan diri kita dibelenggu rantai-rantai dan bisikan yang menghalang kita mencapai darjat kita sebenar.
"Sesungguhnya telah kami ciptakan manusia dalam sebaik-baik keadaaan."
(Surah At-Tin : Ayat ke-4)
Perlu wujud lagikah keraguan?
0 comments:
Post a Comment