Wednesday, May 23, 2012

PJ Life- The Evil Twin

3 comments
-Bismillahirrahmanirraheem-

'Untuk setiap entiti baik pasti ada buruk.'

-Sekadar hiasan (>W<)-
Hemm, kelas Religions in Malaysia kadang-kadang agak berat. Pembentangan berterusan tentang details kecil-kecil kepercayaan yang wujud di Malaysia. Tapi lecturer kami, madam Rahimah Embong agak lain dalam pendekatan kelas beliau. 'Provocative' adalah tema besar dalam setiap sesi kelas. Sayalah antara orang yang paling cepat react dengan setiap usaha merensa lecturer kami;

'Err, madam. Bukan ke..'

'Madam, sepatutnya...'

Hoho, Alhamdulillah sempat minta maaf dengan Madam Rahimah sebelum habis semester. TQ madam very much!

Kelas RIM merupakan kelas yang menarik bagi saya keran kita dikerah untuk berfikir. Fikir kita untuk melepaskan diri daripada menjadi Muslim yang reaktif ketika isu-isu sensitif tentang agama ini dicucuk. Kita belajar untuk mengatakan dengan berhemah 'MARI SAYA TUNJUKKAN SESUATU YANG LEBIH BAIK UNTUK KAMU' bukan, 'MENGAPA AGAMA KAMU LEBIH BURUK DARI SAYA!'.

Antara agama yang disentuh dalam subjek tersebut ialah agama Zoroastrian yang sinonim dengan Majusi di Parsi.

In the beginning, it can be said that Zoroastrian is actually the teaching of ancient Prophets of Allah before being corrupted into the current form today.

Ini boleh dilihat dalam evolusi kepercayaan Tauhid yang dahulunya menjadi teras agama tersebut berubah menjadi kepercayaan dualistik, menegaskan wujudnya dua entiti yang sama Perkasa dan Kuasa yang mentadbir Alam.

Hoho, terlalu akademik bagi anda?

Owh, exam sudah berlalu rupanya?

Tak apa, tak apa, cuma saya ingin menarik perhatian anda kepada konsep dualistik yang wujud ini.

Bagi Setiap Ada Pasangannya

Di dalam Al-Quran wujud pelbagai ayat yang menyatakan bahawa ciptaan dunia ini mempunyai tema pasangan.

Langit dan bumi.

Siang dan malam.

Lelaki dan perempuan.

Saya cuba memahami dalam kerangka ketidaksempurnaan diri kita dilengkapi dengan kehadiran seseorang atau sesuatu yang berbeza sifat dengan kita.

Tapi tampak susah untuk telan ya perbezaan tu.

Hoho, enter the evil twin.

Saya bukanlah seorang yang gemar merujuk kepada plot-plot novel dalam menerangkan fenomena kehidupan, tapi kali ini saya terpaksa mengalah.

Sering saya terbaca kisah doppleganger dalam sastera barat dan kembar seiras dalam kisah-kisah dongeng. 

A merupakan seorang gadis baik yang mempunyai kembar B. Walaupun mereka seiras, sifat mereka berbeda bagai langit dengan bumi. Perbezaan antara mereka banyak menimbulkan masalah....

Tak sangka saya bakal melalui antara fasa paling dramatik di PJ.

The First Encounter

Okay, okay, nak kata first encounter tidak tepat sebab saya sudah mengenali 'beliau' sejak dahulu lagi. Tapi titik ini menandakan interaksi rasmi atas satu interest saya dengan 'beliau'

Siapakah beliau anda tanya? Saya rasa lebih manis jika di'anonymous'kan sahaja ya di sini. Tapi anda mungkin boleh substitekan dengan nama raksasa dalam siri rancangan Ultraman dan Power Rangers instead of the beliau. Contohnya:

Beliau adalah seorang yang hensem, bergaya lagi kacak

Anda ganti dengan...

Raksasa Zoltan adalah seorang yang hensem, bergaya lagi kacak

Saya sendiri confuse kadangakala, kerana kebencian saya terhadap beliau boleh memuncak sehingga menganggap saya sedang berurusan dengan makhluk asing yang ingin merosakkan bumi.

Hoho, ekstrem anda kata?

Meh kita gali dalam-dalam sikit ya Encik Hazwan?

Saya menganggap beliau seperti role model dalam setiap perkara, kerana beliau mempunyai kelebihan dalam bidang yang saya jujur lemah tahap panglima.

Saya seorang yang gagap, beliau fasih berbicara.

Saya seorang yang kurang membaca, beliau menghadam buku macam ular sawa.

Saya seorang yang tidak mahir membentang pendapat, beliau macam hantu merasuk orang.

Saya seorang yang berlatar belakang kampung, beliau elit bandar.

Saya seorang yang tidak kacak, beliau memukau sisters dengan rambut halus menutupi mata ala Sasuke yang sedang murung.


Paling ketara, beliau berada dalam asuhan para dai'e sedang saya baru mengecapi nikmat itu saban tahun.

So, errrr, macam nak banding arang dengan berlian la ya?

Tapi hohoho, betapa ilusi itu hanya mampu bertahan sebentar cuma.

Dunia saya berombak dengan hadirnya tahun ke dua asasi saya.

The Journey Begins


Fuhhhhhh..

Agak jauh saya tenggelam dalam lautan ingatan ni. Rehat jap, sambung next post kay?

(P/S: Agak tegang menaip post ni. Anda akan tahu lebih lanjut in subsequent post.)

-Memegang panji bukan kerana kemegahan, tapi amanah-

PJ life- A student's conclusion

1 comments
-Bismillahirrahmanirraheem-

'Hemmmm~'

'Ermmmm~'

'Hummm~'

Suria sudah meninggi, kain pelikat masih lagi dipakai.

Bzzzzzzz!

'Aisehmen, apa fasal jam aku memekak ni?'

'Kejap, hari ni hari apa?'

'Kejap, bukan ke?'

'Argghhhhh!'

Haha, boleh kata tiap-tiap minggu kuliah saya pasti dihiasi dengan adegan seperti tertera di atas. So tak hairanlah every semester attendance saya memang nak nazak. Setakat ni hanya satu subjek sahaja yang sempat dilanggar sampai dikenakan warning letter. Fuuh~, memang on the edge betul belajar cara Encik Hazwan kita ni!

Samada 1st year atau 2nd year, boleh kata tabiat ni memang saya sukar nak break. Lecturer bingung dengan kerenah student brother sorang ni;

'Kenapa selalu lewat datang kelas?'

'Your attendance ni merisaukan madam la, takut-takut tak cukup attendace untuk final exam.'

Rakan-rakan pula sudah masak dengan perangai HoHah! saya yang begitu menghairankan! Dah la student M%$#C, D* pulak tu, apa cer ni bro?

'Sori semua, saya ada minor insomnia'

Laaaa~

Hoho, tapi jangan anggap result saya hancur ye? Alhamdulillah boleh la saya lulus dengan warna berterbangan every semester, thanks to my beloved and understanding friends!

Okay, ini bukan matlamat post ni bukan encik Hazwan?

Apa sebenarnya yang ingin anda nyatakan di sini encik Hazwan?

Terima kasih kepada pembaca setia yang sentiasa bertanya.

Dalam 5 semester yang penuh kepelikan dan kejanggalan habit saya, there's one thing i could say definitely.

I've spent countless nights unable to close my eyes not because of pysiological factors.

Pemakanan saya seimbang.

Saya bersenam seminggu lebih dari 2 kali.

Ya, saya sudah consume dairy based food dan pisang.

Tapi akal dan mata saya tidak bersetuju hari itu boleh tamat begitu sahaja.

Kita sebagai pemuda-pemudi ummat ini, yang merangkumi etnik Melayu, Cina, India, Scandanavia, Arab, Indo-China dan pelbagai lagi bangsa bukti kekreatifan Maha Pencipta kita menanggung satu tugasan yang tidak ringan.

Masih terngiang-ngiang malam-malam tanpa bintang yang mendiami hari-hari pengajian saya. Ya, esok kelas pukul 8 di perpustakaan menanti, tetapi kelampian kita semua yang menyelubungi semalam dan hari-hari sebelumnya tidak akan berlalu sahaja dengan terbit matahari esok.

Kita perlukan penyelesaian.

Kita perlukan individu-individu yang mampu memikirkan penyelesaian itu.

Kita perlukan komitmen individu-individu tersebut untuk melaksanakan penyelesaian itu.

Kita memerlukan kesatuan antara mereka to see that penyelesaian till the end.

Malam-malam itu masih menemani saya.

Kerana kita belajar bukan semata-mata untuk mendapat peluang bekerja.

Namun belajar untuk melaksanakan tugas lebih besar daripada itu.

Surah Al-Baqarah, ayat 30 hingga 36 begitu menghantui.

Friday, May 18, 2012

Prologue: PJ life

1 comments
-Bismillahirrahmanirraheem-

Another end, another beginning.

Saya ni memang suka touching-touching bila nak dekat waktu-waktu pengakhiran.

Akhir semester, sesi pembelajaran di CFS IIUM sudah tamat.

Rakan-rakan sudah ramai pulang, tapi saya? Walau interview sudah tamat, tiada lagi yang mengikat, namun saya masih berada di Mahallah Umar Al-Khattab. Masih tersisa satu perasaaan yang tidak ingin sirna, terlalu halus namun hadirnya wujud dalam sepi hati tak terduga..