Thursday, June 9, 2011

Perahu Kecil

2 comments
-Bismillahirrahmanirraheem-

Dah pergi dah seorang. Hmmmm, kami sangka kapal-kapal besar yang dah lama berlabuh ni lebih dahulu meninggalkan pelabuhan.

Tapi perahu kecil yang utuh yang itu sudahpun mengangkat sauh meneruskan perjalanan.

Sayu.

Sedih.

Kerana kami dinilai masih tidak bersedia untuk berlayar ke sana.

Utuhnya kayu sampan itu tidak reput dimamah hakisan laut.

Masih cerah varnis dan cat yang menyaluti badannya.

Jauh sudah ia menerokai selat-selat dan lautan yang sarat dengan nikmat-Nya.

Sememangnya dia pergi dalam keadaan yang terbaik, sebagaimana dia menegakkan kehidupannya dengan kebaikan.

Syahsiyyah, akhlak, amal dan mujahadah.

Perahu kecil itu tidak syak lagi sudah bersedia.

Dan kami kapal-kapal besar rasa bangga dan redha meruntun kembali memori membelah dunia dengannya.

Selamat perjalanan wahai perahu kecil yang utuh.

Bagaimanapun pengakhiran kamu di sana, kami semua yakin it's a very good one.

Muhammad Faiz bin Jamaludin, air mata kami sudah kering mengiringi kamu ke sana.

Kini peluang kami untuk melakukan yang sama. Terima kasih Ya Allah atas pemergian beliau, ia sememangnya tazkirah yang sangat-sangat bermakna.

Permudahkanlah bagi kami Ya Allah, sebagaimana engkau memudahkan perjalanannya.

Al-Fatihah kepada al-marhum......



Jalan Ini

0 comments
-Bismillahirrahmanirraheem-

'Ketikamana surah Hud diwahyukan kepada Rasulullah S.A.W, para sahabat hairan dengan perubahan fizikal baginda S.A.W'

'Sepanjang mereka ra.h bersama dengan baginda, inilah kali pertama mereka melihat helaian-helaian rambut putih di kepala Rasul yang mulia'

'Para sahabat terdorong untuk bertanya.'

'Ya Rasulullah! Adakah begitu berat wahyu kali ini sehingga beruban rambutmu?'

'Tidak wahai sahabat-sahabatku, bukanlah kerana berat seluruh wahyu ini rambutku mula beruban tetapi semata-mata kerana satu ayat!'


.......................................................................................


Dalam sepi merenung kembali perjalanan, biasanya perkara-perkara yang simple lah menjadi penentu sama ada kita dapat meneruskan langkah ataupun tidak.

Kita menyimpan impian untuk sampai ke pelbagai destinasi, kebanyakan masanya jarak kita dengan destinasi tersebut tersangat-sangat jauh. namun atas dasar ingin membuat perbezaan kita tetap utuh mempercayai suatu hari nanti kita akan sampai jua.