-Bismillahirrahmanirraheem-
'Aduhhh, frust nyer Ya Allah!'
'Macam mana pulak post semalam dia tak save? Rasanya dah tekan banyak kali dah button save malam tu!'
'Aiyoooo! Dah la panjang aku taip, boleh pulak lenyap macam tu je? Memang tak boleh diharap betul la blogger ni!'
Haduuhh..
Hadooiii..
Ya Allah, aku minta maaf kiranya rungutan aku ini bertentangan dengan kedudukan aku sebagai hamba.
Siapa tak rasa kecewa kalau usaha keras dalam menyiapkan sesuatu tiba-tiba sahaja lenyap kan?
Sekiranya anda telah menyimpan duit sejak kecil lagi sehingga terkumpul sebanyak 10 ribu.Ya 10 ribu! Memang anda seorang penabung tegar!
Lalu ada la keinginan untuk membeli satu motor untuk ke masjid, beberapa mushaf Al-Quran untuk diwaqafkan di pusat pengajian tahfiz dan menyediakan mas kahwin (Ya, anda seorang yang baik dan berpandangan jauh), tiba-tiba pada suatu malam yang disuluhi oleh rembulan lagi dihiasi bintang-bintang....
Wang yang anda kumpul dengan berpuasa pada hari isnin dan khamis, menahan diri dari pergi ke Cyber Cafe, tak menghabiskan kredit dengan tersangkut dengan awek-awek seperti rakan-rakan lain malah duit raya yang anda terima sejak lahir pun tidak pernah anda belanjakan LESAP.
(Anda menabung dengan membuka jalan kebaikan dan menghalang jalan yang membawa kepada maksiat, sememangnya anda muslim soleh!)
Ya lesap.
Begitu sahaja.
Dari kepingan-kepingan nota RM100 hingga kepada butiran kecil 1 sen.
Tanpa sebarang jalan untuk anda mendapatkannya kembali.
Amacam? Ada rasa nak pecahkan je bekas tabung buluh tu kan?
Laptop depan mata ni pun macam nak rasa buku limaku sahaja.
....................................................................................................................................................................
Haha, lucu-lucu.
Mana taknya, kita mempertikaikan sesuatu yang dari mulanya memang tidak pasti. Siapa kita untuk mendakwa apa yang kita miliki hak kita sepenuhnya?
Siapa kita untuk mengatakan apa yang kita usahakan pasti akan membuahkan hasil?
Siapa kita untuk mengatakan Taqdir aku ialah begini-begini?
Mungkin sumber sebenar wang kamu itu penuh dengan perkara HARAM, lalu Allah S.W.T. ingin menjaga kesucian kamu.
Atau mungkin apa yang kamu beli dengan wang itu lebih banyak membawa mudharat daripada manfaat.
Banyak benda yang kita boleh andaikan daripada peristiwa kehidupan.
Tapi yang paling penting, sentiasalah bersangka baik dengan Taqdir dan Qada' Tuhan.
Dari Abu Hurairah ra.:-
Mungkin sumber sebenar wang kamu itu penuh dengan perkara HARAM, lalu Allah S.W.T. ingin menjaga kesucian kamu.
Atau mungkin apa yang kamu beli dengan wang itu lebih banyak membawa mudharat daripada manfaat.
Banyak benda yang kita boleh andaikan daripada peristiwa kehidupan.
Tapi yang paling penting, sentiasalah bersangka baik dengan Taqdir dan Qada' Tuhan.
Dari Abu Hurairah ra.:-
Rasuulullah saw. bersabda "Allah swt. berfirman : "Aku menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku, dan Aku bersamanya ketika ia mengingat-Ku. Jika ia ingat kepadaKu dalam dirinya maka Aku ingat kepadanya dalam diri-Ku. Jika ia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang banyak maka Aku mengingatnya dalam kelompok yang lebih baik dari padanya. Jika ia mendekat kepada-Ku sejengkal, maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika ia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil''.
(Hadits ditakhrij oleh Ibnu Majah)
Alhamdulillah Ya Allah, engkau menggantikan post lamaku dengan coretan baru ini.
0 comments:
Post a Comment