Sunday, February 26, 2012

Bumikan Cita Melangit Itu

3 comments
-Bismillahirrahmanirraheem-

'Antara masalah terbesar student-student dalam department saya ialah bidang thermodynamics.'

Khusyuk mendengar. Pak cik yang memakai glasses lebar lagi luas itu memang menarik minat saya. Sungguh bersahaja, tapi pembawaannya membuktikan beliau bukan sekadar pak cik.

'Daripada ramai-ramai students saya 21 orang fail!'

'Engineering isn't that hard, tapi kita kekurangan sumber manusia yang boleh menerangkan topik ini dalam bahasa laymen!'

'Betul.'

Seorang pak cik yang lebih muda dan segak mengiyakan. 

'Kita perlu consider penggerak-penggerak yang mampu menerangkan science kepada julat umur yang luas. Setiap booth perlu pastikan isu ini ditangani dengan baik'

'Kita perlu cater kepada dua group. Yang Tingkatan dan Darjah. Kita perlukan exhibition yang boleh mereka pegang dan main, ketuk-ketuk.' Seorang mak cik meneruskan lagi percambahan minda.

'Seperti di kampus saya, kami menubuhkan Thermodynamics is Fun Club. Moto kami Thermodynamics does not kill, Thermodynamics is easy!'

'Kita jemput juga champion-champion bidang-bidang yang ingin kita presentkan. Kita tangkap interest mereka.'

'Science is fun!'

'Science is easy!'

Bergema bilik dengan sambutan persetujuan pak cik & mak cik yang begitu teruja untuk menjayakan program karnival sains di Temerloh, negeri kesayangan saya.

Syukur melihat di ceruk kampung yang terpencil seperti Kerdau masih ada mata-mata yang sudi menjenguk untuk membangunkan manusia.

Gembira melihat kesungguhan mereka untuk menggerakkan anak-anak muda dan masyarakat dari terus terperusuk di bawah tempurung kejahilan.

Paling best, melihat mereka begitu jujur dalam mendepani realiti & hakikat di hadapan mereka.

Thursday, February 23, 2012

Baik telan dari luah...

3 comments
-Bismillahirrahmanirraheem-

"Kau ni Halim perangai ko macam ni, macam ni, macam ni..."

"? Eh, tapi."

"Ni kajian lama dah yang orang buat. Sejak zaman Greek lagi."

"Okayyy, tttapi kan."

Muka semuanya berkerut. Nada sudah tidak lagi mesra.

Fuuh, telan je la Halim oii.

Dari kau terus bertekak, baik kau diam. Masalah tak selesai tapi KONFLIK berjaya dielakkan.

Kita ada banyak isu yang kita tak puas hati kan?

Boleh kata semuanya remeh-remeh dan kecil-kecil wal tak menganggu nyawa dan agama kita. Nak dibahaskan memang boleh, sampai angkat kain, berterbangan kerusi meja boleh sahaja kita teruskan sesi AKU LEBIH BENAR DARI KAU!

Tapi apa yang dapat dicapai di hujung bicara salam? Ego tercalar dan hati yang cedera tahap kritikal sampai perlu transplant.

Rosak sebab dah berkurap dengan rasa tak puas hati dan pandang senget kepada sahabat-sahabat yang berjumlah sekecil cuma di alam yang sementara ni.

Berapa ramai manusia member kita yang sampai kita perlu angkat senjata hanya untuk menegakkan benang yang basah?

Berapa ramai manusia yang baik Islamnya seperti rakan kita sampai kita perlu menggunakan hujah agama untuk memenangkan pendapat dalam bertelagah?

Berapa ramai manusia yang begitu baik kepada kita sampai sanggup kita layan sahabat kita macam lalang yang tumbuh meliar?

Jangan la hidup macam dalam PMS, relaks dan pertimbangkan yang BESAR daripada yang besar.

Kena ambil wudhu' cepat-cepat ni. /(>W<)\


Deep Dive

0 comments
-Bismillahirrahmanirraheem-

Anda pernah tak termenung di sisi sebuah gaung? Ada orang melihat jauh ke ufuk yang terbentang di mata. Saya pula selalu memandang jauh ke dasar ke bawah.

Yang melihat ke ufuk selalu menghiasi mindanya dengan mimpi-mimpi dan ilusi yang manis. Mengidamkan semua yang dicita menjadi. Satu langkah dimajukan, terus terbayang kejayaan-kejayaan yang gemilang bakal dicapai.

Pencapaian akademik yang hebat. 4 leper dari awal semester hingga yang akhir.

Pembasmian merokok di sekitar kawasan asrama.

Zero coupling dan masalah sosial di kawasan kampus.

Pembinaan kesatuan antara semua ahli masyarakat.

Revival mahasiswa dan mahasiswi Muslim tentang tanggungjawab mereka terhadap ummat.

And the list goes on...