Friday, June 4, 2010

Segalanya Bermula dari Asas

"Macam-macam dah berlaku sekarang! Hari2 kite duk dengar kes2 sosial berlaku! Baru-baru ni heboh kes buang  anak. Tengok ni Pak Rahim , SEORANG BAYI DITEMUI DI DALAM TONG SAMPAH"

"Ye2 btul tu. sampai artis2 pun buat lagu pasal anak2 yang kene buang nie! Siti Nurheliza ade , Moowi ade , Anitu Sarawak ade. Ramai-ramai join nak sedarkan masyarakat daripada jenayah nie!"

"Tapi pelik kan? Rasenye sebelum nie dah ade dah kempen macam nie. Apsal makin menjadi la pulak orang-orang kite buat kerja x senonoh tu?"

"Ye tak ye jugak Pak Mat nye. Rasenye lagu-lagu macam tu dah banyak dah dikeluarkan sebelum ni. Tapi satu rangkap pun tak melekat kat telinga!"


Terdetik juga di hati mengapa kes-kes begitu terus meningkat saban hari. Kita melihat dewasa kini makin besar kesedaran dalam masyarakat berkaitan isu buang anak ni. Tak termasuk isu-isu lain seperti buli , rogol , merompak , rata-rata semua pihak memberikan perhatian yang begitu tinggi. Kerajaan , sekolah , ibu bapa malah media berusaha untuk membendung gejala ini.

Tetapi,

Manakah kesannya?

Satu Kisah


Mungkin kisah ini dapat memberikan sedikit penjelasan.

    Di suatu hutan , sang monyet dan sang kura-kura sedang berbincang tentang sebatang pokok pisang yang mereka sama-sama tanam dan jaga. Sekarang pokok pisang tu berbuah , maka al-maklumlah mereka nak bahagikan buah-buah pisang tersebut. Tetapi sang monyet ni fikir die ni cerdik sangat , daripada membahagikan hasil pokok itu sama-rata dia nak bolot semua. Ikuti dialog sang monyet yang 'CERDIK' ni dengan sang kura-kura.

"Eh kura-kura , aku rase la kan daripada kita bahagikan buah ape kate kite bahagikan pokok? Aku ambik bahagian atas kau ambik bahagian yang lain?"

" Mane boleh? Kalau macam tu kau bolot semua buah! "



" Cube fikirkan , aku ambik bahagian atas jer, tapi kau kan dapat bahagian lain yang lebih besar?"

   Terkedu sang kura-kura tatkala mendengar hujah sang monyet. Apa lagi , melihat sang kura-kura yang sudah memakan umpan, sang monyet terus ' CAW ' dengan semua buah pisang yang sepatutnya dinikmati sama rata dengan rakan kongsi beliau.

 " Hehe. Pendek akal betul makhluk bercengkerang ni!"



Lalu , melantaklah sang monyet dengan satu , dua , tiga bahkan banyak lagi sikat pisang  sampai perut buncit sedang sang kura-kura terus setia dengan pokok pisang yang hanya tinggal separuh. Hari demi hari , tumbuh pula pokok pisang yang baru hasil jagaan sang kura-kura . Malah buahnya juga lebih banyak dari sebelum ni.

Kata sang monyet yang 'CERDIK' itu tatkala melihat kegirangan sang kura-kura menuai hasil beliau:-

"Adussss! Mengapa la aku tak ambik bahagian bawah pokok pisang dulu ? Dah lah tumbuh balik! Buah lagi banyak!"

Anda dapat tangkap apa yang saya maksudkan? Berbanding buah dengan akar dan batang pokok mana lagi penting?

SALAH FAHAM


Itulah hakikat masyrakat kita sekarang ni. Inginkan hasil buah yang baik , kita hanya membuat persediaan dan usaha untuk menjaga buah. Kita halau serangga-serangga , tupai-tupai dan macam-macam lagi haiwan perosak daripada menyentuh buah-buah kesayangan kita.

Tetapi , pada masa yang sama kita tak terfikir pun untuk jaga 'foundation' ; akar pokok itu sendiri. Kita tak pernah siram atau membaja pun pokok kita yang sebatang ni , kalau siram pun sekali-sekala sahaja. Selepas segala usaha sekerat jalan ni, berani pula kita memasang angan-angan pokok yang kita abaikan ini akan berbuah lebat lagi ranum?

Memang sah kita ni tak ada bakat nak jadi pekebun!

Itu bab pokok , nak semaikan dan membentuk insan yang mempunyai akhlak yang baik macam mana?

Oleh sebab itulah kita lihat begitu banyak kempen dan program yang tergendala atau tidak mencapai matlamat    ; kerana silap percaturan dalam membentuk individu-individu melindungi diri daripada maksiat.

ASAS! ASAS! ASAS!


AKHLAK yang baik ialah 'BUAH' yang ranum.

BUAH yang ranum hanya tumbuh daripada POKOK yang subur.

POKOK bagi AKHLAK yang baik ialah IMAN.

IMAN yang subur , apakah bajanya?

Inilah pokok , asas , foundation yang ramai antara kita seringkali pandang lepas. Kita mahukan 'results' , keputusan yang baik tetapi kita tidak meneliti jalan pertama ke arah merealisasikan keputusan tersebut.

IMAN yang subur ialah hasil siraman ilmu terhadap Aqidah Islamiyyah dan Syariat-NYA.

Sejurus itu , IMAN itu tidak hanya kekal kepercayaan semata-mata tetapi dibuktikan dan dikukuhkan dengan AMALAN.

AMALAN pula proportional dengan IMAN. IMAN yang lemah hanya mampu melakukan sekelumit amalan sedang IMAN  yang kukuh bukan sahaja MAMPU melaksanakan Fardhu A'in bahkan MAMPU memikul tuntutan Fardhu Kifayah.

Sekiranya segala langkah dan peringkat direncana mengikut aturan ini , maka dengan izin-NYA yang Memegang Hati yang Berbolak-balik ; nescaya akan lahir jiwa yang dilindungi dengan IMAN-nya daripada terpalit dengan maksiat. Malah lebih penting lagi , jiwa itu mampu menjadi Panji-Panji Islam. Contoh bagi semua untuk diikuti.

Ya Allah , jadikanlah diriku dari kalangan mereka!

Kuatkanlah Imanku! Tambahkanlah Ilmuku! Teguhkanlah Amalanku!

Jadikanlah aku dari kalangan orang yang membuktikan kata-katanya!

Salam Perjuangan dari sahabat mu.


0 comments:

Post a Comment