Tuesday, July 5, 2011

Timbangan Kata-kata

4 comments
-Bismillahirrahmanirraheem-

Setiap perkara ada timbangannya.Tinggi rendah, panjang pendek, ada skala dia. Kata-kata pula bagaimana? Bagaimana kita mengukur kata-kata seseorang ya?

Tatabahasa? Kalau begitu ada sahaja cakap orang kampung yang tunggang langgang tapi lebih didengari dari cakap orang akademik. ( tapi tak semua orang kampung macam tu eh?)

Kehalusan bahasa? Kadang-kadang bahasa yang simple dan kasar lebih diterima dari yang berlenggok lentok. Pernah kena 'pangkah' dengan kawan? Haa, macam tu la rasanya.

Cakap yang berapi? Ada sahaja mereka yang menguap sekalipun ada speaker yang begitu bersemangat menghamburkan kata-kata di hadapan.

Bagaimana? Apa sebenarnya menjadi timbangan kata-kata, yang membezakan nilai dan keberatannya?