Sunday, January 23, 2011

KONPIP 2010 : Satu Muhasabah

1 comments
' Hari ini kamu semua berada di bawah naungan dewan yang mulia! Mulianya dewan ini bukanlah kerana mahalnya bahan binaannya atau kompleks dan canggih strukturnya, tetapi kerana pada hari ini, ia berpeluang untuk menaungi anda semua! Manusia bergelar Khalifah!!'


Masih terngiang-ngiang kata-kata yang saya ucapkan pada hari itu.


Di hadapan satu generasi baru, penggalas impian pendahulu, harapan agar mereka meneruskan perjuangan ini begitu terbuak-buak. Namun begitu, terselit sedikit keraguan dalam hati; apakah maksud 'perjuangan' ini dalam kehidupan mereka?


Laungan Semangat & Teriakan Kesedaran


' Allahuakbar!!'


'Allahuakbar!!'


'ALLAHUAKBAR!!!!'


' Semangat gila kau takbir tadi Man! bergegar dewan aku rase mase kau jerit tadi!' kata seorang pelajar yang mengikuti satu program.


' Biase la tu. kite kene semangat bab-bab jihad ni. Khilafah tujuan kita!' Balas sahabat yang dipanggil Man itu.


Saya hanya mampu tersenyum simpul. Umpama melihat cerminan diri suatu masa dahulu. Penuh dengan semangat.  Menyala bagai obor yang bakal menerangi jalan di padang pasir yang gelap gelita.


Tetapi, mampukah obor itu bertahan?


' Manusia didorongi oleh dua perkara, kedua-duanya saling melengkapi tetapi satu daripadanya sudah mampu membawanya mencapai matlamat; iaitu semangat dan kesedaran.'


'Semangat bagaikan obor yang marak. Jelas lagi terang nyalanya tetapi cepat dan mudah terpadam, sedang kesedaran itu bagai pelita. Sederhana nyalaannya, tetapi berterusan dan kekal buat masa yang lama. Jika ditakdirkan ia bakal terpadam, sentiasalah minyak ILMU boleh diisi untuk mengekalkan cahayanya..'


Terima kasih Ustaz Ubaidillah atas peringatan ini.


Kini kita menyaksikan satu gelombang generasi Muslim yang peka dengan isu semasa ummat ini. Namun, lebih kerap kita melihat mereka turun ke medan demonstrasi menghadiri ceramah sejurus selepas itu semangat untuk mempertahankan agama ini padam. Ke mana perginya semangat itu?


Di sinilah kesedaran menjadi pembeza. Samada kepekaan kita terhadap suatu isu itu semata-mata atas dasar meraikan suasana, atau menyedari kepentingan perkara tersebut.


Ummat yang lemah kini hilang tiang seri kekuatannya. Apakah sebenarnya tiang seri itu?


Adakah ia semata-mata kuasa pemerintahan?


Atau dana dan peruntukan yang besar?


Atau sesuatu yang lebih mendasar? Merangkumi perkara yang paling asas dalam kehidupan kita?


ILMU, IMAN & IBADAH?


Bagaimana pula world view dan perception kita terhadap 3 perkara ini? Hanya sekadar definisi dalam buku teks? Atau sesuatu yang mereka dapat harmonikan bukan sahaja di dalam masjid, tetapi dalam rangka kehidupan?


PERJUANGAN YANG PERLU DITERUSKAN


Saya merenung dan berfikir, adakah saya benar-benar Muslim dalam kehidupan saya? Adakah saya mampu membawa solat, puasa dan zikir saya di luar masjid?


Ketahuilah! Ini perjuangan sebenar. Me-Muslimkan kehidupan sendiri sebelum Me-Muslimkan hidupan di bumi!


(Memang lewat buat post ni, setahun gap dari event yang berlaku. xpelah, yang penting peringatan dibuat..)