Di manakah kehadiran kita di medan ekonomi , sedangkan begitu ramai orang kafir menikmati aliran wang daripada saku dan dompet kita?
Di manakah kehadiran kita di medan masyarakat , sedang begitu banyak orang kafir menyumbang ke arah kebajikan golongan yang tidak bernasib baik?
" Laa.. Kalau diorang buat banyak benda baik pun ,bukan dapat ganjaran hari akhirat nanti."
Betul. Amalan orang yang tidak beriman bagai debu. Tiba hari pembalasan ia akan berterbangan , tidak mempunyai nilai di Mizan.
Tetapi , adakah itu jaminan bahawasanya iman kita akan bernilai disisi-NYA?
Sedang Iman itu MEMBENARKAN dengan HATI , BERIKRAR dengan LISAN dan semestinya
MEMBUKTIKAN DENGAN AMALAN!!
Satu peringatan bagi anda semua dan diri ini. Islam bukan sahaja solat , puasa dan zakat malah mencakupi segala urusan muslim itu. Muslimkah anda di luar solatmu? Sama-sama kita renungkan................