Alhamdulillah,
Setelah lama berpisah ngan skrin komputer rumah , dapat jugak update blog ni.
Tapi peluang ini hanya muncul setelah lama berpergian di Darul Quran dan perjalanan itu sudah pun berakhir.
Satu perjalanan yang begitu sukar , meskipun pada mulanya agak memandang enteng pada cabaran yang wujud di bumi barakah itu.
30 juzu' sudah pun dihafaz di otak , dalam hati pula bagaimana ? Apatah lagi ingin memasyikan ( melancarkan ) hafazan itu dalam kehidupan sebenar?
1 pengakhiran yang membawa 1001 persoalan , dan juga datangnya permulaan yang membawa 1001 persoalan jua.
Siapakah diriku selepas perjalanan ini?
Apakah yang telah aku peroleh?
Adakah aku bersedia untuk perjalanan seterusnya?
Kepada semua rakan-rakan seperjuangan persijilan Darul Quran / UIAM sesi 09/10, jadikanlah sejarah kita sebagai peringatan atas kesilapan yang pernah kita lakukan dan bersyukurlah dengan identiti dan kemampuan kita hari ini.
Hari esok yang mendatang , jadikanlah ia peluang untuk berubah dan memperelokkan diri.
Jika anda juga menghadapi perjalanan yang baru seperti kami juga , doakanlah kekuatan untuk melihat hari esok dengan sangkaan yang baik ( Husnuz Zhan) dan optimis atas segala ketentuan-Nya dalam meniti kehidupan.
Dan dilindungi dari waswas syaitan yang membelenggu kita dengan kisah silam yang hanya patut direnung bukan dijadikan sebagai igauan yang membantut kemajuan diri.
Salam Perjuangan daripada Sahabatmu...
Saturday, May 22, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)