Inna Lillahi Wa innalillahi Rajiun...
Itu sahaja yang terungkap ketika mana mendengar Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah menjadi mangsa kebakaran Syaitan yang bertopengkan manusia.
Manakan tidaknya? Sebuah sekolah agama yang selama ini telah mendidik begitu ramai generasi muda ummah ini, dimusnahkan tanpa mempunyai sebab yang dibenarkan oleh Syara! Dan sekalipun wujud sebab itu sekalipun mana-mana manusia yang waras takkan berbuat demikian!
Lalu ramailah antara anak didik sekolah ini , baik yang masih belajar atau alumni meluahkan rasa x puas hati , mengangkat tangan berdoa , mendirikan solat hajat agar culprit kebakaran ini menerima balasan atas jenayah yang dilakukan.
Tetapi, sekadar itu sahajakah nilai sekolah kita? Pada bangunan yang pernah menaungi? Tempat menyimpan memori gelak-tawa? Tempat kita bermain dan belajar? Sekadar satu tempat rakaman sejarah hidup kita?
Sekalipun ranap dan hancur menjadi debu semua bangunan sekolah itu, Al-Khairiah tetap megah dalam diri ana. Kerana Sekolah itu akan terus megah sekiranya anak didiknya menghargai masa yang telah mereka tempuh di bawah naungannya , demi mencipta masa depan dan kegemilangan Islam. Tak kira siapa mereka dan di mana mereka berada.
Usah sedih dengan Jasad yang hancur , jika Semangat masih utuh
di dada MU!
Friday, April 9, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)