Showing posts with label Ikut Sedap Hati. Show all posts
Showing posts with label Ikut Sedap Hati. Show all posts

Friday, October 18, 2013

Papan Kekunci Bebas Kembali!

0 comments
-Bismillahirrahmanirraheem-

Syukur tak berhabuk lagi!


Agak sukar sekarang nak tekan papan kekunci.

Really, really hard.

Sebelum ni kita mungkin pandai melontarkan idea. Segala bagai cadangan kritikan kita boleh sumbangkan.

Kita anggap dengan menjadi vokal kita mampu lihat perubahan mampu tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Aku menjadi ragu lepas beberapa lama memegang watak tersebut.

Bila kita betul-betul inginkan kebaikan, kita takkan melepaskan batuk ke tangga.

Aku belajar yang kita memerlukan lebih dari kemampuan untuk articulate ideas untuk mengubah keadaan.

Keadaan kita pula adalah natijah tingkah laku manusia.

Untuk mengubah keadaan kita perlu mengubah manusia.

Manusia itu pula banyak komponen. 

Ada jasmani.

Ada aqal.

Ada hati.

Kita mungkin sudah master bab menundukkan aqal manusia.

Tapi aku yakin andaikata bukan semua orang, aku sendiri tidak mahir menawan hati manusia.

Kerana hati manusia itu milik Allah.

Tiada siapa yang mungkin mampu melenturkan hati-hati manusia kepada kata-kata, idea-idea & prinsip melainkan dia sudah ada hubungan baik dengan tuan pemilik hati-hati manusia.

Bringing change isn't about being concerned with what other people are suffering from.

It is about being concerned first with the evils that we have.

The heart only receives messages believed by hearts. Not something justified only by logic. But something which has taken root in someone & permeates in his or her everyday life.

Kini papan kunci sudah bebas kembali.

Kerana berdiyam diri bukan satu option yang bijak.

Uhuk2.

Friday, December 21, 2012

Move!

0 comments
-Bismillahirrahmanirraheem-

Hoho, meremang bulu roma!

Kini lah masa kita

Masa untuk kita bersinar

Aku dan kau jadi superstar!

"Isy, serius memekak je lagu. Tak de mende laen ke nak tiru?"

"Dah la semua orang Melayu, Islam pulak tu, haisy!"

Ngomelan tipikal saya dan keluarga bila pulang dari masjid usai solat isya'. Melihat iklan di kaca TV, boleh kata tipikal jugalah rasa mual kami.

Sebuah rancangan media prima yang menjaja anak muda untuk tampil ke pentas berentap title superstar ya?

Kejap, izinkan saya check dengan skala Deen saya;