Friday, December 21, 2012

Move!

-Bismillahirrahmanirraheem-

Hoho, meremang bulu roma!

Kini lah masa kita

Masa untuk kita bersinar

Aku dan kau jadi superstar!

"Isy, serius memekak je lagu. Tak de mende laen ke nak tiru?"

"Dah la semua orang Melayu, Islam pulak tu, haisy!"

Ngomelan tipikal saya dan keluarga bila pulang dari masjid usai solat isya'. Melihat iklan di kaca TV, boleh kata tipikal jugalah rasa mual kami.

Sebuah rancangan media prima yang menjaja anak muda untuk tampil ke pentas berentap title superstar ya?

Kejap, izinkan saya check dengan skala Deen saya;

Anak-anak muda yang penuh potensi menjadi mabuk dengan berlatih petang pagi, siang dan malam dengan rutin tarian yang hanya berfungsi untuk memuaskan mata-mata penonton? Check.

Penayangan anggota badan atau berselindung dengan fabrik nipis lagi ketat atas dasar mendapatkan sokongan dan perhatian? Check.

Gerak-geri tarian yang banyak berunsurkan elemen kurang sopan (baca lucah)? Check.

Kebanyakan daripada mereka adalah Muslim? Check.

Eh2, pengacara & judges pun ada yang Muslim? Hallamak, Check!

Berdasarkan skala Deen saya, rancangan ini dilabel; UNACCEPTABLE!

Garu kepala kan setiap hari melihat fenomena ni berleluasa dalam kalangan masyarakat Muslim kita? Dahulu ada la satu dua rancangan TV yang telah meracuni minda muda-mudi kita tapi ombak penjahiliyahan ni tak berhenti setakat itu.

Ya, ombak PENJAHILIYYAHAN.

Dari mengetahui erti sebenar kehidupan kita hanyut mengejar ilusi

Dari menjadi kuat peribadi kita menjadi lemah, hanya mengikut arus ombak itu.

Dari kemuliaan akhlaq, kita menjadi hina kelakuan dan pekerjaan.

Dari kesatuan utuh antara saudara seMuslim kita, kita berpecah menjustifikasikan kehidupan dengan kepentingan masing-masing.

Dari satu generasi ke satu generasi, cycle ini seolah-olah sudah menjadi ketetapan. Selepas satu gugus benih ditukar struktur genetik mereka, satu gugus yang lain turut mengikut sama.

Akhirnya yang tumbuh bukanlah buah, padi atau pokok yang boleh dimanfaatkan. Yang melata hanyalah lalang. Menyemak, yang manusia akan cantas dan bakar!

Saya rasa ramai yang berkongsi perasaan saya berkenaan dengan isu ini. Cuba anda lihat feed anda di FB, Tweeter or any other social sites. Bila keluar sahaja satu event ke, program ke, sebarang function yang terserlah elemen-elemen penJAHILIYYAHAN mesti melata juga komentar, statements, status yang condemn, memarahi atau sekadar menzahirkan pencegahan kemungkaran dengan hati.

Namun kita jarang lihat mereka-mereka yang berpendirian sebegitu menjadi pro-aktif; mencari jalan agar keadaan berubah bukan sekadar memberi tindak balas (reaktif).

"Jadi salahlah kami-kami semua ni buat post-post yang tak bersetuju, memarahi mereka yang terlibat hah? Hah? HAAAAH???!"

Erk, saya rasa tak maksudkan macam tu bro/sis/saudara/saudari.

Saya rasa sudah sampai masa kita tidak lagi sekadar melepaskan batuk di tangga. Itulah kemampuan yang kita ada; benar, sebagaimana kita ingin menyantuni sabda Nabi Muhammad S.A.W.

"Barangsiapa daripada kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan KUASA, andaikata tidak mampu maka dengan KATA-KATA, andaikata tidak mampu jua maka sekadar dengan HATI; dan itu adalah selemah-lemah iman."
(Hadith riwayat Muslim) 

Tetapi saya yakin, andaikata kebencian itu benar-benar tertanam di dalam hati seorang Muslim ia takkan menjadi beku. Seperti satu tempayan yang diisi dengan air, setiap kali ia diisi level air itu akan naik, sehinggalah satu tahap ia akan melimpah.

Iman yang benar akan terserlah, bukan sahaja mengurung diri di pentas online, ruang legar masjid dan kedai makan.

Iman yang benar akan tergerak untuk melakukan sesuatu untuk memperbetulkan keadaan dan menggantikan kemungkaran dengan kemakrufan.

Isy, kalau guna istilah arab ni mesti ramai yang dah timbul macam-macam sentimen.

Kay, sambung nanti lah. Nak fikir macam mana nak kawal syarikat ASTRO.

Wassalam~


0 comments:

Post a Comment