Showing posts with label Ukhuwwah. Show all posts
Showing posts with label Ukhuwwah. Show all posts

Sunday, August 26, 2012

The F word

2 comments
-Bismillahirrahmanirraheem-

We all have  dark pasts.

Whether we admit or not, the fact that we are human beings denies any right for us to nonchalantly claim that we are pure from our wrongs and sins.

Some part of it may not be our fault; friends, families, acquaintances may be the reasons why those memories become so bitter for us to reflect and remember.

And let us not forget to whom we recklessly put aside in the aisle of disregard everyday, belittling every piece of goodwill shown to us by HIM.

To my family, friends and acquaintances, I'll try my best to forget and forgive what had occurred between us all for the past 8 years I've become a mukallaf.

To HIM, i cannot express enough gratitude for the promise of tomorrow YOU keep giving me despite all the bad things I've done.

To myself, don't put that long face too long. When you were created human, committing faults IS your standard programming. With said default features, HE also made one thing certain;

My door to forgiveness is always open

Ask for forgiveness and give others that same privilege as well.

Only then will we ever be able to move forward.

.........................................................................

Diriwayatkan pernah dalam suatu majlis Rasulullah S.A.W., baginda mengumumkan ketibaan seorang lelaki yang dimaktubkan namanya dalam daftar ahli syurga.

Dalam majlis yang sama, kedapatan Abdullah ibn Umar, seorang sahabat yang terkenal dengan ghairah dalam beramal. Mendengar kata-kata Rasulullah S.A.W., timbul minat Abdullah ibn Umar untuk mendekati lelaki tersebut.

Peristiwa ini berlaku bukan sekali, malah dalam 3 majlis Rasulullah S.A.W. mengisytiharkan bahawa lelaki itu penghuni syurga.

Curiosity overwhelmed Abdullah ibn Umar, lalu beliau merancang untuk bermalam di rumah lelaki tersebut. Logikanya mudah; menetap disana, intip kelebihan beliau sehingga dijamin tiket paling OSEM ke syurga, TIRU beliau.

Namun tiada kelainan di mata Abdullah apabila memerhatikan rekod amalan lelaki tersebut. Biasa. Mediocre. Dalam bahasa kita-kita; "Eccceeh~ Beta pun BOLEH buat".

Hari pertama berlalu. Sama.

Hari kedua melabuhkan tirai. Juga.

Hari ketiga, batas menetap seorang tetamu tiba. Nothing special.

Abdullah ibn Umar dalam keadaan kecewa dalam 'misi' beliau terus berdepan dengan lelaki tersebut;

"Apakah amalan yang kau lakukan hingga Rasulullah S.A.W. mengisytiharkan engkau penghuni syurga?"

Lelaki tersebut terdiam, cuba untuk mengimbas jalur dan corak kehidupan sehariannya. Beliau menjawab mudah;

"Aku HANYA memastikan sebelum tidurku segala khilaf dan dosa orang telah lakukan aku maafkan dan redhai. Dalam hatiku tiada dendam dan hasad dengan keadaan dan urusan mereka."

Maaf dan ridha, itu sahaja sudah cukup untuk mengangkat darjat seorang manusia menjadi penghuni estate paling high class yang pernah wujud dalam ciptaan Maha sang Pencipta.

Taqabballahu Minna wa Minkum!
Selamat menyambut Syawal!
Teruskan momentum Ramadhan!
\(>U<)/





Wednesday, May 23, 2012

PJ Life- The Evil Twin

3 comments
-Bismillahirrahmanirraheem-

'Untuk setiap entiti baik pasti ada buruk.'

-Sekadar hiasan (>W<)-
Hemm, kelas Religions in Malaysia kadang-kadang agak berat. Pembentangan berterusan tentang details kecil-kecil kepercayaan yang wujud di Malaysia. Tapi lecturer kami, madam Rahimah Embong agak lain dalam pendekatan kelas beliau. 'Provocative' adalah tema besar dalam setiap sesi kelas. Sayalah antara orang yang paling cepat react dengan setiap usaha merensa lecturer kami;

'Err, madam. Bukan ke..'

'Madam, sepatutnya...'

Hoho, Alhamdulillah sempat minta maaf dengan Madam Rahimah sebelum habis semester. TQ madam very much!

Kelas RIM merupakan kelas yang menarik bagi saya keran kita dikerah untuk berfikir. Fikir kita untuk melepaskan diri daripada menjadi Muslim yang reaktif ketika isu-isu sensitif tentang agama ini dicucuk. Kita belajar untuk mengatakan dengan berhemah 'MARI SAYA TUNJUKKAN SESUATU YANG LEBIH BAIK UNTUK KAMU' bukan, 'MENGAPA AGAMA KAMU LEBIH BURUK DARI SAYA!'.

Antara agama yang disentuh dalam subjek tersebut ialah agama Zoroastrian yang sinonim dengan Majusi di Parsi.

In the beginning, it can be said that Zoroastrian is actually the teaching of ancient Prophets of Allah before being corrupted into the current form today.

Ini boleh dilihat dalam evolusi kepercayaan Tauhid yang dahulunya menjadi teras agama tersebut berubah menjadi kepercayaan dualistik, menegaskan wujudnya dua entiti yang sama Perkasa dan Kuasa yang mentadbir Alam.

Hoho, terlalu akademik bagi anda?

Owh, exam sudah berlalu rupanya?

Tak apa, tak apa, cuma saya ingin menarik perhatian anda kepada konsep dualistik yang wujud ini.

Bagi Setiap Ada Pasangannya

Di dalam Al-Quran wujud pelbagai ayat yang menyatakan bahawa ciptaan dunia ini mempunyai tema pasangan.

Langit dan bumi.

Siang dan malam.

Lelaki dan perempuan.

Saya cuba memahami dalam kerangka ketidaksempurnaan diri kita dilengkapi dengan kehadiran seseorang atau sesuatu yang berbeza sifat dengan kita.

Tapi tampak susah untuk telan ya perbezaan tu.

Hoho, enter the evil twin.

Saya bukanlah seorang yang gemar merujuk kepada plot-plot novel dalam menerangkan fenomena kehidupan, tapi kali ini saya terpaksa mengalah.

Sering saya terbaca kisah doppleganger dalam sastera barat dan kembar seiras dalam kisah-kisah dongeng. 

A merupakan seorang gadis baik yang mempunyai kembar B. Walaupun mereka seiras, sifat mereka berbeda bagai langit dengan bumi. Perbezaan antara mereka banyak menimbulkan masalah....

Tak sangka saya bakal melalui antara fasa paling dramatik di PJ.

The First Encounter

Okay, okay, nak kata first encounter tidak tepat sebab saya sudah mengenali 'beliau' sejak dahulu lagi. Tapi titik ini menandakan interaksi rasmi atas satu interest saya dengan 'beliau'

Siapakah beliau anda tanya? Saya rasa lebih manis jika di'anonymous'kan sahaja ya di sini. Tapi anda mungkin boleh substitekan dengan nama raksasa dalam siri rancangan Ultraman dan Power Rangers instead of the beliau. Contohnya:

Beliau adalah seorang yang hensem, bergaya lagi kacak

Anda ganti dengan...

Raksasa Zoltan adalah seorang yang hensem, bergaya lagi kacak

Saya sendiri confuse kadangakala, kerana kebencian saya terhadap beliau boleh memuncak sehingga menganggap saya sedang berurusan dengan makhluk asing yang ingin merosakkan bumi.

Hoho, ekstrem anda kata?

Meh kita gali dalam-dalam sikit ya Encik Hazwan?

Saya menganggap beliau seperti role model dalam setiap perkara, kerana beliau mempunyai kelebihan dalam bidang yang saya jujur lemah tahap panglima.

Saya seorang yang gagap, beliau fasih berbicara.

Saya seorang yang kurang membaca, beliau menghadam buku macam ular sawa.

Saya seorang yang tidak mahir membentang pendapat, beliau macam hantu merasuk orang.

Saya seorang yang berlatar belakang kampung, beliau elit bandar.

Saya seorang yang tidak kacak, beliau memukau sisters dengan rambut halus menutupi mata ala Sasuke yang sedang murung.


Paling ketara, beliau berada dalam asuhan para dai'e sedang saya baru mengecapi nikmat itu saban tahun.

So, errrr, macam nak banding arang dengan berlian la ya?

Tapi hohoho, betapa ilusi itu hanya mampu bertahan sebentar cuma.

Dunia saya berombak dengan hadirnya tahun ke dua asasi saya.

The Journey Begins


Fuhhhhhh..

Agak jauh saya tenggelam dalam lautan ingatan ni. Rehat jap, sambung next post kay?

(P/S: Agak tegang menaip post ni. Anda akan tahu lebih lanjut in subsequent post.)

-Memegang panji bukan kerana kemegahan, tapi amanah-

Monday, April 2, 2012

It is fairly thin

1 comments
What i can't accept, I bear.

What I can't bear, I let go.

What I let go, I accept.

What I accept, I bear.

What I bear, I keep it hidden .

What I kept hidden will one day be laid bare.

For my liberation, for your comprehension.

O little heart! Stay strong!

Thursday, February 23, 2012

Baik telan dari luah...

3 comments
-Bismillahirrahmanirraheem-

"Kau ni Halim perangai ko macam ni, macam ni, macam ni..."

"? Eh, tapi."

"Ni kajian lama dah yang orang buat. Sejak zaman Greek lagi."

"Okayyy, tttapi kan."

Muka semuanya berkerut. Nada sudah tidak lagi mesra.

Fuuh, telan je la Halim oii.

Dari kau terus bertekak, baik kau diam. Masalah tak selesai tapi KONFLIK berjaya dielakkan.

Kita ada banyak isu yang kita tak puas hati kan?

Boleh kata semuanya remeh-remeh dan kecil-kecil wal tak menganggu nyawa dan agama kita. Nak dibahaskan memang boleh, sampai angkat kain, berterbangan kerusi meja boleh sahaja kita teruskan sesi AKU LEBIH BENAR DARI KAU!

Tapi apa yang dapat dicapai di hujung bicara salam? Ego tercalar dan hati yang cedera tahap kritikal sampai perlu transplant.

Rosak sebab dah berkurap dengan rasa tak puas hati dan pandang senget kepada sahabat-sahabat yang berjumlah sekecil cuma di alam yang sementara ni.

Berapa ramai manusia member kita yang sampai kita perlu angkat senjata hanya untuk menegakkan benang yang basah?

Berapa ramai manusia yang baik Islamnya seperti rakan kita sampai kita perlu menggunakan hujah agama untuk memenangkan pendapat dalam bertelagah?

Berapa ramai manusia yang begitu baik kepada kita sampai sanggup kita layan sahabat kita macam lalang yang tumbuh meliar?

Jangan la hidup macam dalam PMS, relaks dan pertimbangkan yang BESAR daripada yang besar.

Kena ambil wudhu' cepat-cepat ni. /(>W<)\


Thursday, June 9, 2011

Perahu Kecil

2 comments
-Bismillahirrahmanirraheem-

Dah pergi dah seorang. Hmmmm, kami sangka kapal-kapal besar yang dah lama berlabuh ni lebih dahulu meninggalkan pelabuhan.

Tapi perahu kecil yang utuh yang itu sudahpun mengangkat sauh meneruskan perjalanan.

Sayu.

Sedih.

Kerana kami dinilai masih tidak bersedia untuk berlayar ke sana.

Utuhnya kayu sampan itu tidak reput dimamah hakisan laut.

Masih cerah varnis dan cat yang menyaluti badannya.

Jauh sudah ia menerokai selat-selat dan lautan yang sarat dengan nikmat-Nya.

Sememangnya dia pergi dalam keadaan yang terbaik, sebagaimana dia menegakkan kehidupannya dengan kebaikan.

Syahsiyyah, akhlak, amal dan mujahadah.

Perahu kecil itu tidak syak lagi sudah bersedia.

Dan kami kapal-kapal besar rasa bangga dan redha meruntun kembali memori membelah dunia dengannya.

Selamat perjalanan wahai perahu kecil yang utuh.

Bagaimanapun pengakhiran kamu di sana, kami semua yakin it's a very good one.

Muhammad Faiz bin Jamaludin, air mata kami sudah kering mengiringi kamu ke sana.

Kini peluang kami untuk melakukan yang sama. Terima kasih Ya Allah atas pemergian beliau, ia sememangnya tazkirah yang sangat-sangat bermakna.

Permudahkanlah bagi kami Ya Allah, sebagaimana engkau memudahkan perjalanannya.

Al-Fatihah kepada al-marhum......



Monday, March 28, 2011

Hitam, Putih dan Kelabu

3 comments
Bismillahirrahmanirrahim


Alangkah senang hidup kalau segalanya hitam putih.


Jelas.


Terang.


Tak Kabur.


Muktamad.



Tapi realiti kehidupan memang penuh dengan ketidakjelasan, kekaburan dan ketidakmuktamadan.


Kawasan kelabu nak dikatakan.

Thursday, March 24, 2011

Teman, Kambing, Kawanan.

3 comments
Bismillahirrahmanirraheem


Saya memang cenderung untuk berseorangan dari dahulu lagi. Bukan anti-sosial eh? Cuma rasa kalau duduk semeja pun bukan buat apa sangat pun. Cakap pasal rancangan televisyen, match bola sepak semalam dan macam-macam gossip lazat yang memang sedap didengar telinga.


Tapi manusia sudah diprogramkan untuk hidup saling bergantung dan berkomunikasi. Kalau lama sangat lawan instruction yang dah pre-installed ni, sah malfucntion.

-Kesunyian pun boleh membunuh per?-

Malfunction yang dimaksudkan bukan maksud lepas ni tecabut tangan, longgar pinggang atau contoh-contoh yang boleh dinisbahkan kepada mesin, tidak. Malfunction yang berlaku ialah malfunction emosi, jiwa, HATI.

Saturday, February 12, 2011

Ana, Saya dan Aku

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..


Siapakah ANA?


Siapakah SAYA?


Siapakah AKU?


Bagaimana kita merujuk diri kita seringkali menggambarkan personaliti yang ingin kita persembahkan kepada orang lain.


"Adik nak makan nasi ayam petang ni", pinta seorang anak kelaparan kepada ayahnya pada waktu tengahari.


"I nak jumpa you kat cafe malam ni eh? Ssssayang!", gedik seorang buayafriend kepada gelifriend beliau.


"Along bukan tak nak ziarah, tapi dah ada plan cuti ni!" terang seorang cucu kepada neneknya yang kerinduan sebelum cuti semester bermula.


Begitulah kita sebagai manusia membahasakan diri kita apabila berdepan dengan orang lain. Semuanya bersebab, antaranya untuk adab sebagai anak, hormat sebagai orang yang lebih muda, dan paling meluat sebab nak ambil hati, macam pasangan buaya dengan gelifriendnya atas tadi.


Tetapi, kalau kita buang segala macam RUJUKAN DIRI tersebut, siapakah diri kita sebenarnya?