Thursday, June 9, 2011

Perahu Kecil

2 comments
-Bismillahirrahmanirraheem-

Dah pergi dah seorang. Hmmmm, kami sangka kapal-kapal besar yang dah lama berlabuh ni lebih dahulu meninggalkan pelabuhan.

Tapi perahu kecil yang utuh yang itu sudahpun mengangkat sauh meneruskan perjalanan.

Sayu.

Sedih.

Kerana kami dinilai masih tidak bersedia untuk berlayar ke sana.

Utuhnya kayu sampan itu tidak reput dimamah hakisan laut.

Masih cerah varnis dan cat yang menyaluti badannya.

Jauh sudah ia menerokai selat-selat dan lautan yang sarat dengan nikmat-Nya.

Sememangnya dia pergi dalam keadaan yang terbaik, sebagaimana dia menegakkan kehidupannya dengan kebaikan.

Syahsiyyah, akhlak, amal dan mujahadah.

Perahu kecil itu tidak syak lagi sudah bersedia.

Dan kami kapal-kapal besar rasa bangga dan redha meruntun kembali memori membelah dunia dengannya.

Selamat perjalanan wahai perahu kecil yang utuh.

Bagaimanapun pengakhiran kamu di sana, kami semua yakin it's a very good one.

Muhammad Faiz bin Jamaludin, air mata kami sudah kering mengiringi kamu ke sana.

Kini peluang kami untuk melakukan yang sama. Terima kasih Ya Allah atas pemergian beliau, ia sememangnya tazkirah yang sangat-sangat bermakna.

Permudahkanlah bagi kami Ya Allah, sebagaimana engkau memudahkan perjalanannya.

Al-Fatihah kepada al-marhum......



Jalan Ini

0 comments
-Bismillahirrahmanirraheem-

'Ketikamana surah Hud diwahyukan kepada Rasulullah S.A.W, para sahabat hairan dengan perubahan fizikal baginda S.A.W'

'Sepanjang mereka ra.h bersama dengan baginda, inilah kali pertama mereka melihat helaian-helaian rambut putih di kepala Rasul yang mulia'

'Para sahabat terdorong untuk bertanya.'

'Ya Rasulullah! Adakah begitu berat wahyu kali ini sehingga beruban rambutmu?'

'Tidak wahai sahabat-sahabatku, bukanlah kerana berat seluruh wahyu ini rambutku mula beruban tetapi semata-mata kerana satu ayat!'


.......................................................................................


Dalam sepi merenung kembali perjalanan, biasanya perkara-perkara yang simple lah menjadi penentu sama ada kita dapat meneruskan langkah ataupun tidak.

Kita menyimpan impian untuk sampai ke pelbagai destinasi, kebanyakan masanya jarak kita dengan destinasi tersebut tersangat-sangat jauh. namun atas dasar ingin membuat perbezaan kita tetap utuh mempercayai suatu hari nanti kita akan sampai jua.

Monday, May 16, 2011

Sabo Je la

0 comments
-Bismillahirrahmanirraheem-


'Aduhhh, frust nyer Ya Allah!'
-Bengang sungguh Mr. Kura-kura kan?-

'Macam mana pulak post semalam dia tak save? Rasanya dah tekan banyak kali dah button save malam tu!'

'Aiyoooo! Dah la panjang aku taip, boleh pulak lenyap macam tu je? Memang tak boleh diharap betul la blogger ni!'

Haduuhh..

Hadooiii..

Ya Allah, aku minta maaf kiranya rungutan aku ini bertentangan dengan kedudukan aku sebagai hamba.

Siapa tak rasa kecewa kalau usaha keras dalam menyiapkan sesuatu tiba-tiba sahaja lenyap kan?

Wednesday, May 11, 2011

Suhbah

1 comments
-Bismillahirrahmanirraheem-


"Laaa, benda ni aku dah lama dah tahu!"

"Buang masa je aku duk sini, alik-alik benda sama je nak die cakap."

"Aduhh, mengantuknye, ko ni tak tahu ke bila nak berenti hah?"

Saya rasa ini mungkin bisikan kecil hati kita jika disajikan dengan pesanan dan nasihat dari seseorang.

Lebih-lebih lagi mereka yang menghadiri kuliah, kelas atau mengikuti mana-mana majlis ilmu. Kita pasti akan terdengar pengisian yang sama atau 'sepesen' je dari ustaz-ustaz, guru-guru, abang-abang dan kakak-kakak kita.

Saya pun begitu.

Pernah sekali saya datang dalam suatu kuliah yang disampaikan oleh seorang senior di kampus saya, masa tu tajuk yang dibawanya berkisarkan kepentingan mencari sahabat yang baik.

Macam biasalah (nampak dah kan mood?), dibentangkan bagaimana pilihan seseorang dalam mencari teman menggambarkan kecenderungan dia, bagaimana seorang teman boleh mempengaruhi kita, etc.

BENDA KLASIK. KLISE. SUDAH DIJANGKA.

Dah la cara cakap tak fasih, eye contact pula minimum, lawak dah la basi, isi pula kurang meyakinkan, HAISY, memang buang MASA!

Begitulah persepsi saya mula-mula.

Persepsi buruk yang timbul dari penyakit orang yang sudah tahu.

Menyangka apa yang dia miliki adalah lebih baik daripada orang lain.

Contoh Kibr klasik.

Pedas juga nak menerima hakikat, maklumlah, siapa nak mengaku dia dah pakai pakaian Allah kan?

Apakah pakaian Allah?

"Kesombongan adalah selendang-KU dan keagungan adalah pakaian-KU.Barangsiapa yang melepas salah satu dari keduanya maka AKU akan melemparkannya ke dalam neraka Jahannam."
(Hadits Qudsi Riwayat Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Haaa, berani nak mengaku ada tiket ke neraka?

Suhbah itu Ada Pengajarannya Juga

Jadi, apa sebab untuk kita terus mengikuti kuliah-kuliah, majlis-majlis ilmu dan sesi bagi nasihat yang 'lapuk' ini?

Kerana Suhbah.

Kerana nilai kebersamaan.

Kerana duduk dalam majlis bersama mereka ada khazanah ilmunya yang tersendiri.

Jika isi yang disampaikan lapuk, saya mula sedar sebab apa isi yang sama sering diputarkan.

Kerana ia isu yang tak pernah selesai dan cuba diselesaikan oleh mereka yang sudah tahu.

Jika cara penyampaian mereka tidak mantap, saya menilai kembali siapakah saya yang tak pernah ke depan untuk menyampaikan ilmu yang sudah saya hadam.

Kerana lebih dasyat azab mereka yang tahu tetapi tidak menyebarkan ilmu mereka.

Jika slot mereka meleret, saya cuba bersabar kerana mereka telah mengorbankan tenaga, wang dan masa mereka untuk kita-kita yang tak bayar apa-apa pun untuk kesusahan mereka, malah kerapkali juga bilangan yang hadir ke majlis mereka hanya cukup satu barisan.

Kerana melihat kesungguhan mereka untuk bersama dengan kita sepatutnya menjentik rasa yang tak pernah mengumpul daya untuk melakukan pengorbanan yang sama.

Jika saya bad-mood, tetap juga saya hadirkan diri ke majlis mereka.

Kerana menghadirkan diri ke dalam majlis mereka membuahkan rasa tenang.

Berada dalam majlis orang-orang yang memperingati kematian, mengenang jasa Rasulullah S.A.W., bencikan maksiat, mencintai kebenaran dan cuba menzahirkan KEHAMBAAN kepada Allah S.W.T. kadangkala tidak perlu sebarang bicara.

Hanya duduk sebentar dan memandang muka mereka.


Suhbah sudah cukup untuk memberi tujuan dan makna.....