Monday, March 28, 2011

Hitam, Putih dan Kelabu

3 comments
Bismillahirrahmanirrahim


Alangkah senang hidup kalau segalanya hitam putih.


Jelas.


Terang.


Tak Kabur.


Muktamad.



Tapi realiti kehidupan memang penuh dengan ketidakjelasan, kekaburan dan ketidakmuktamadan.


Kawasan kelabu nak dikatakan.

Thursday, March 24, 2011

Teman, Kambing, Kawanan.

3 comments
Bismillahirrahmanirraheem


Saya memang cenderung untuk berseorangan dari dahulu lagi. Bukan anti-sosial eh? Cuma rasa kalau duduk semeja pun bukan buat apa sangat pun. Cakap pasal rancangan televisyen, match bola sepak semalam dan macam-macam gossip lazat yang memang sedap didengar telinga.


Tapi manusia sudah diprogramkan untuk hidup saling bergantung dan berkomunikasi. Kalau lama sangat lawan instruction yang dah pre-installed ni, sah malfucntion.

-Kesunyian pun boleh membunuh per?-

Malfunction yang dimaksudkan bukan maksud lepas ni tecabut tangan, longgar pinggang atau contoh-contoh yang boleh dinisbahkan kepada mesin, tidak. Malfunction yang berlaku ialah malfunction emosi, jiwa, HATI.

Monday, March 14, 2011

KONPIP 2011, 3rd Day -Finale-

0 comments
Bismillahirrahmanirraheem


" Halim, kepala anta."


" Owh, ana panas la Latiff, tu tanggal kopiah tu."


Latiff risau peserta akan pandang lain macam kepada para pemerhati. "Kami kena pakai baik-baik, dia semacam je tak ikut!". Mungkin ini tanggapan mereka yang Latiff risaukan. Saya pun pakai kembali kopiah. Betul juga cakap Latiff.


Kami sedang menunggu masa untuk pulang. Solat Zhuhur sudah, makan tengahari pun sudah, hanya menunggu segelintir eksekutif muslimat yang memutuskan untuk menumpang bas sekolah seperti kami.


Melihat kelibat perwakilan-perwakilan yang begitu gembira mengangkat beg-beg ke dalam van dan coaster sekolah masing-masing menimbulkan rasa sebak sepertimana banyak pengakhiran program-program lain.

Friday, March 11, 2011

KONPIP 2011, 2nd Day -Aftermath-

1 comments
Bismillahirrahmanirraheem


" Syukran ye kemaskan dewan?"


" Owh,  tak ada masalah lah. Syukran ye bagi pengisian?"


" Afwan, afwan."


Janggal pula rasanya mengucapkan terima kasih kepada kakak-kakak fasilitator yang membantu mengemaskan dewan. Sebelum ini saya turut serta dalam menyusun kerusi dan meja, sekarang hanya menyusun kembali hasil kerja peserta daripada bengkel sebentar tadi.


Alhamdulillah, selesai.


Siap menerima cenderahati daripada pihak penganjur pula tu.


Tapi tak terasa pun lebih tinggi daripada mereka, saya lebih suka sekiranya saya boleh menjadi seorang fasilitator. Lebih dekat dengan generasi baru, lebih hampir dengan perkembangan mereka.


Jangan salah faham ya? Ini bukannya usaha cuba menjual diri saya sebagai orang yang rendah diri. Mereka yang rendah diri punya kemuliaan dan dengan rasa hamba mereka tidak berbangga dengan kemuliaan tersebut.


Seperti orang kaya yang memilih untuk memakai baju yang berjahit sana-sini dan orang miskin yang sememangnya memakai baju yang berjahit sana-sini. Siapa antara dua ni yang merendah diri?


Saya masih jauh daripada menjadi seorang murabbi, mereka yang berada dihadapan dan memberi panduan.Namun pengalaman tadi benar-benar membuat saya sedar.


Kita masih jauh dari TARBIYAH & DAKWAH yang berkesan.


Kita cuba menjaga buah, sedang pokok yang menghasilkan buah tidak pula kita jaga, siram dan baja.


Ini kesimpulan yang dapat saya buat.


Latiff juga membuat kesimpulan yang sama hasil dari pembentangan beliau.


Kami selaku pemerhati yang sudah melalui checkpoint KONPIP perlu memberitahu generasi seterusnya agar tidak terlepas pandang kesilapan dan kekurangan yang kami dahulu lakukan.


Next task, review, rethink, reorganize, record.


Kami ada satu hari untuk melakukan segala di atas.


Ya Allah, permudahkan.


(Bersambung......)