Bismillahirrahmanirrahim...
Subhanallah,
Walhamdulillah,
Wallahuakbar.
Tamat juga akhirnya semester-1 CFS. Exam dah habis, assignment pun dah tak ada, tunggu result sahaja.
Namun cuti kali ini terasa amat sunyi sekali. Seolah-olah kehilangan barangkali. Kiranya hikmah sudah tentu boleh dicari, bagaimana pula dengan sahabat-sahabat yg keluar pergi mencari hikmah?
Di mana pun mereka berada Ya Allah, teguhkanlah hati mereka di jalan-Mu, dan satukan hati kami dalam matlamat meninggikan Syariat-Mu. Sematkanlah dalam hati kami amanah agar mereka tidak mengkhianati harapan yang ummah kini pikulkan atas pundak-pundak yg lemah ini.
Segalanya dengan izin dan inayah-Mu Ya Allah..
Inginku bersama mereka dalam saf-saf perjuangan nanti di masa hadapan.
Ameen Ya Rabb!
Sunday, September 26, 2010
Saturday, September 4, 2010
Hamba Tuhan, Bukan Ramadhan
Labels:
Ramadhan
0
comments
Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi-Nya, Zat yang telah mengizinkan diri ini untuk terus bernaung di bawah cara hidup yang telah Dia perturunkan kepada kita, melalui Kekasih yang dirindui, Muhammad S.A.W.
Segala puji baginya jua, pada hari pertama cuti daripada kampus, Dia telah memberikan kekuatan untuk mendirikan solat subuh berjemaah di masjid. Alhamdulillah!
Udara nyaman waktu pagi yang menyegarkan, disambut pula dengan turunnya keberkatan yang begitu besar pada waktu ini sepatutnya tidak dilepaskan.
Friday, August 27, 2010
Pesanan Ramadhan
Labels:
Ramadhan
0
comments
Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum saya ucapkan kepada saudara-saudari sefitrah semua.
Sudah agak lama saya tak berceloteh, mungkin sebab kehidupan baru di kampus yang sememangnya sibuk, atau mungkin tandus buah fikiran untuk dikongsikan.
Tapi syukur Alhamdulillah, dapat juga saya meluangkan masa dengan anda semua di bulan Ramadhan ini, bulan penyucian Fitrah.
DIRI DI BULAN DI RAMADHAN
Antara keisitimewaan bulan Ramadhan yang sentiasa disebutkan ialah musuh kita yang nyata, Syaitan Laknatullah dibelenggu. Terdapat banyak pendapat berkenaan hadith yang dikhabarkan daripada Junjungan Rasulullah S.A.W. ini, antaranya :

Tuesday, July 13, 2010
Apa lagi?
Di manakah kehadiran kita di medan akademik , sedangkan begitu ramai orang kafir memegang post2 penting di pusat2 kajian?
Di manakah kehadiran kita di medan ekonomi , sedangkan begitu ramai orang kafir menikmati aliran wang daripada saku dan dompet kita?
Di manakah kehadiran kita di medan masyarakat , sedang begitu banyak orang kafir menyumbang ke arah kebajikan golongan yang tidak bernasib baik?
" Laa.. Kalau diorang buat banyak benda baik pun ,bukan dapat ganjaran hari akhirat nanti."
Betul. Amalan orang yang tidak beriman bagai debu. Tiba hari pembalasan ia akan berterbangan , tidak mempunyai nilai di Mizan.
Tetapi , adakah itu jaminan bahawasanya iman kita akan bernilai disisi-NYA?
Sedang Iman itu MEMBENARKAN dengan HATI , BERIKRAR dengan LISAN dan semestinya

MEMBUKTIKAN DENGAN AMALAN!!
Satu peringatan bagi anda semua dan diri ini. Islam bukan sahaja solat , puasa dan zakat malah mencakupi segala urusan muslim itu. Muslimkah anda di luar solatmu? Sama-sama kita renungkan................
Subscribe to:
Posts (Atom)